Thursday, August 19, 2010
BURUNG KAKAK TUA
Cerdik bersuara tapi tidak tahu apa yang diperkatakannya.
Awdapun tahu tentang sifat Burung Kakak Tua. Dia suka meniru suara orang walaupun mungkin tidak mengerti tentang apa yang ditiru. Begitu juga dengan kita manusia. Kita bak burung Kakak Tua terus mengikut lagu Burung Kakak Tua dari satu genarasi ke genarasi seterusnya.
Saya sendiri mengikuti lagu Burung Kakak Tua dari sejak kecil lagi. Seingat saya bila genarasi pop yeh yeh bangkit pada tahun 60an, lagu Burung Kakak Tua dipermodenkan mengikut rentak kesukaan ramai pada masa itu. Saya masih menyimpan piring hitam kumpulan Dara Puspita yang mempopkan lagu berkenaan.
Satu yang tidak berubah ialah lirik lagu itu. Sama ada lagu itu dinyanyikan oleh anak yang baru berumur dua tahun dan baru pecah-pecah biji untuk membentuk ayat yang betul sehinggalah lagu itu disampaikan oleh kumpulan band wanita yang tersohor dari Indonesia, Dara Puspita. Mereka mengekalkan lirik yang kurang lebih berbunyi Burung Kakak Tua, hinggap di jendela, nenek sudah tua, giginya tinggal dua.
Biasa bukan awda mendengarnya ? Sekali lalu memang melucukan. Dan itulah barangkali yang ingin dicapai oleh menulis asal lirik lagu itu. Namun zaman sudah berubah. Kalau dulu tahun 60an awda muda dan mahu berlelochon dengan orang tua. Sekarang awda sudah menjadi orang tua atau sekurang-kurangnya orang dewasa. Bila mendengar lagu itu dalam lirik yang asal perasaan awda tersentuh.
Sejak kecil sudah anak-anak di ajar untuk mempersendakan orang tua. Apa lagi bila dewasa kelak. Lama kelama lirik semudah ini boleh menjadi agen pembentuk jurang genarasi yang kita cuba elakkan antara orang muda dan orang tua.
“Syukurtah kitani yang sudah berumur ini masih inginkan bahaum-haum. Itu tandanya kita masih alert. Keupayaan kita berfikir dan bergerak masih ada. Dan bahkan ia menandakan bahawa kita yang dalam usia lepas zuhur masuk asar membawa ke senja ini masih lagi bertenaga.
Dengan masih bertenaga itu kita masih juga kuai-kuai yang tentu menyenangkan hati anak cucu melihatnya. Sebab kita tahu mereka itu bimbang kalau-kalau kita ini jatuh sakit. Lebih-lebih lagi kalau kita tiba-tiba nuhun.Kalau kita sakit dan uzur mereka akan susah menjaga. Kalau kita nuhun mereka bukan sahaja akan kehilangan bahkan juga keunjaran.
Ada kalanya kita rasakan aneh dengan keolahan mereka. Memang orang dalam peumuran kita ini mudah tersentuh, sensitif. Tidak apa kalau kita setakat sedih dan tidak sampai merajuk. Tidak apa juga kalau kita setakat marah dan tidak sampai mengutuk-ngutuk. Kalau orang tua macam kita ini merajuk maka payah pula dapat dipujuk. Dan kalau marah sampai mengutuk-ngutuk takut mulut kita masin. Anak cucu akan menerima padahnya.
Balik pada cerita lirik lagu Burung Kakak Tua. Memang ada orang tua yang sensitif tersentuh oleh lagu itu yang dinyanyikan oleh cucu-cucunya. Mereka merasakan dipeibunkan oleh insan-insan kecil yang tidak sepatutnya berlaku.
Seorang kenalan dalam satu perbualan memberitahu tentang pentingnya lirik-lirik lagu ini. Terkait dengan lagu Burung Kakak Tua ini, dia mencuba memperbaikinya sesuai dengan peredaran zaman. Maka pada anak-anak yang kecil, anak dan cucunya, teman saya itu mensyorkan bila menyanyi lagu Burung Kakak Tua di hadapan nenek atau datuknya supaya tidak menggunakan lirik asal sebaliknya mengubah kepada:
Burung Kakak Tua....hinggap di jendela.....Nenek pernah muda....nasihatnya amat berguna.
Bagaimana saudara ? Saya pasti lirik itu dapat menyumbang usaha mengurangkan genaration gap dan dalam masa yang sama mengiktiraf orang tetua sebagai mentor genarasi baru. Selamat berpuasa.
Wednesday, July 21, 2010
ROKOK
Sedut,,,sedut dan terus sedut.
Dia ini sedang mencari ilamkah ?
Kalau ada penguatkuasa Kempen Anti Rokok, pasti bertambah perolehan mereka.
Pada suatu ketika dulu rokok sering dikaitkan dengan ilham. Ilham pula dikaitkan dengan seniman atau penulis. Jika penulis kehilangan ilham mereka merokok. Bagaikan rokok itu pancing untuk memanggil ilham. Bagaimana penulis yang tidak merokok mencari ilham ?
Baru-baru ini berlangsung Pertemuan Sasterawan Nusantara ke 4 di BSB. Perasmian diadakan di tingkat atas bangunan PGGMB. Selepas makan, ramai antara mereka yang duduk semeja dengan saya menghilangkan diri. Ke mana mereka ? Rupanya dibalkoni bangunan itu amat indah sekali pemandangan waktu malam apa lagi ketika negara menyambut Hari Keputeraan Kebawah DYMM ke 64. Bukan saja delegasi Indonesia, Malaysia dan Thailand terpegun melihat suasana itu kami dari Brunei juga ikut teruja.
Saya pun ke balkoni. Sekejap saja. Kerana dalam suasana indah itu rupanya mereka yang berada di balkoni menyambung nyawa “bepenabun”. Saya teringat berita beberapa orang ditangkap kerana merokok di kawasan bangunan awam. Kalaulah ada penguatkuasa di tempat itu malam itu, bertambahlah pendapatan negara hasil dari denda perokok.
Saya turunkan fakta sebatang rokok yang bagi perokok biasa-biasa saja. Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok ialah Tar (bahan untuk membuat jalan raya) Ammonia (bahan dalam pencuci lantai), Napthylamine (ubat gegat), Arsenik (racun anai-anai), Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan), Kadmium (terdapat dalam bateri) , DDT (Ubat nyamuk), Formaldehyde (untuk mengawet mayat), Butane (gas yang boleh membunuh), Methanol (Bahan pembakar untuk roket), Hydrogen cyanide (racun), Toluene (bahan pelarut), Carbon Monoxide (gas beracun)
Bagaimanalah pelbagai bahan beracun ini boleh menimbulkan ilham ?
Tuesday, July 20, 2010
PELITA BRUNEI
Tetamu Kehormat DP Haji Abdul Wahab Junid Tim. Menteri di JPM melihat secara dekat pengawalan proses percetakan Pelita Brunei.
Wajah Pelita Brunei setelah 54 tahun bersama masyarakat.
Tangan ditadah, memohon doa bagi kesempurnaan majlis pelancaran.
Petugas perlu berhati-hati menyemak naskah yang sudah sampai ke hujung proses percetakan. Yang kurang baik di asingkan. Dari 11 naskah setiap pengeluaran kurang lebih seribu naskah tidak dapat diedarkan kerana rosak. Bagaimanapun kutas yang rosak dikitar semula.
Naskah Pelita Brunei yang siap dicetak.
RTB 35 TAHUN
Teman baik saya Haji Morshidi sempat bertausyih mengalunkan suara bersama anak-anak muda.
Peralatan menggambar ini mengimbau masa lalu; 30an lalu di mana kamera dan peralatan merakam suara ini merupakan kebanggaan bagi liputan apa saja menjadikan RTB stesen pertama mengendalikan perkhidmatan dalam bentuk warna.
Zaman baru penyiaran di Brunei dengan pengenalan pada sistem digital. Banyak boleh dibuat dan diusahakan.
Syarikat swasta juga menjadi tulang belakang perkhidmatan digital. Harlif teman saya dari Regalblue menerangkan sesuatu kepada tetamu Pmk Pengarah RTB.
Membaca Surah Yasin dan bertahlil bagi memohon kelanjutan usaha dan perkhidmatan RTB kepada masyarakat.
Sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak sebagai pertanda mulanya sambutan perkhidmatan RTB ke 35 tahun. Orang baru dan orang lama sama-sama memohon ke hadrat Illahi bagi
karyawan RTB mengendali perkhidmatan penuh cemerlang.
Thursday, July 15, 2010
RAINFOREST, WILDERNESS ADVENTURE,RAPIDS
You’re most welcome. My contact is 673-8-871520. E mail: sipugut@hotmail.com
CARI KERJA
Peserta bengkel dalam bidang pelancongan. Senang menerima penerangan dari wakil Trandie Marina Resort.
Lagi peserta bidang pelancongan. Banyak soalan lagi bagus. Jangan berpandu kepada buku teks saja. Sebahagian dari pelajar bidang pelancongan dari MTSSR.
Banyak pilihan dalam bengkel ini. Peserta boleh memilih bidang batik, landskap, jahitan, permakanan, tenunan, asesori fesyen dan termasuk pelancongan.
Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri melihat pameran dari pembingkel kain tenunan ditemani oleh Pengerusi Bengkel WBC Dayang Hajah Mordiah Haji Zakiah.
Saya hampir lupa, beberapa bulan lalu saya ada mendaftarkan nama ke Women Business Council. Ketika itu ialah Pameran Kerjaya di ICC. Saya bertugas di booth berdepan dengan booth WBC. Saya secara berjenaka minta kerja. Kata pegawai yang mengawasi booth WBC itu, boleh, sila daftarkan nama. Pegawai itu sebenarnya teman saya semasa kami belajar di Malaysia. Jadi saja-sajalah bekurapak sementara menunggu pengunjung booth. Lagi pula di dinding booth WBC itu ada di letakkan kursus-kursus yang boleh diikuti. Boleh saya memberi kursus ? Sekali lagi saya disuruh isi borang. Ya isi borang untuk jadi fasilatator kursus.
Jadi kira-kira dua minggu lalu saya menerima surat undangan untuk mengikuti bengkel, bukan untuk menjadi pembimbing bengkel. Saya menelipon teman saya itu. Katanya datang saja tah. Semasa bengkel peserta yang kebanyakannya pencari kerja disuruh memilih bidang yang disukai. Kebanyakannya untuk ladies. Seorang lagi teman dalam WBC sambil berjenaka kata kau ani salah kirup. Tidak apalah, terlanjur saya menghadirinya saya memilih bidang yang lelaki juga banyak menyertai iaitu Pelancongan.
Ketika memberi maklumat wakil Trandie Marina Resorts Sdn Berhad kata syarikat itu mengendalikan lawatan-lawatan ke Ulu Belalong, Wilderness, Adventure Visit dan kami boleh menyertai kegiatan itu sebagai pemandu pelancong. Ini bagus, kata minda saya. Saya boleh dapat banyak bahan menulis. Selanjutnya Haji Moksin Tahir, wakil Trandie Marina kata, bossnya ialah Haji Hussin Ahmad. Wah dia ini memang saya kenal benar. Dia pernah bertugas satu jabatan dengan saya dulu. Saya decide untuk dapat membantu teman saya itu mendatangkan pelancong ke destinasi Trandie Marina sama ada dari luar atau dalam negara.
Sunday, July 4, 2010
KAHWIN
Ini jemputan Hajah Jauyah Haji Chuchu/Haji Abdul Rahman Haji Lahap
anak mereka Muhammad Waqiuddin.
Ini jemputan dari Hajah Mardina Haji Wahab/Haji Muhammad Riidzuan Han. Anak mereka Nadhirah Raihana Han
Antadi 4hb Julai 2010 saya menghadiri dua majlis perkahwinan. Baik jua dua-duanya berlangsung di ICC. Dua-dua yang mengundang itupun mantan staf saya. Mardina Haji Wahab bertugas sebagai vision mixer sementara satu lagi jemputan adalah undangan Hajah Jauyah Haji Chuchu,(dan suami) sekarang seorang Penerbit. Baguslah kedua-duanya menjadi besan.
Ada kelainan majlis perkahwinan ini. Persembahan penyanyi , penari dan juga pelawak jenaka adalah dari kalangan artis yang pernah menyerikan RTB. Sayang saya tidak membawa kamera. Saya sempat menemui sahabat-sahabat lama termasuk mantan boss saya Haji Wahab Mohamad yang sama-sama meri’kan majlis perkahwinan cucunya (anak Mardina).
Semoga mempelai bahagia hingga ke anak cucu
Saturday, June 26, 2010
SKRIP... SKRIP.
Menulis menghendakkan kekuatan minda. Pemain musik ini juga menghendakkan kekuatan minda. Dia dianugerahi Allah hidup tanpa mata !
Tengah hari tadi saya jalan-jalan ke kolmpleks RTB di Sungai Akar dan di bandar. Biasalah bagi orang pencen untuk jumpa kawan-kawan lama, sambil cari peluang dan ilham. Ramailah yang menegur, tanya khabar dan sebagainya. Ada juga singkir bahu bila diberi salam, mungu saja. Bukan tidak mendengar. Jarak kami dekat saja. Biasalah bila sudah tidak ada power, nak jawab salampun berat. Adalah orang yang bersifat begitu. Tidak ada hard feeling pada yang berkenaan. Biarkan tia. Satu masa nanti ia akan pencen juga. Mudah-mudahan ramai yang menegur dia nanti bila masuk alam pencen.
“Baru ku menyabut-nyabut nama kita” sapa seorang pekerja wanita. Dia ini mantan presenter saya masa mengendalikan Rampai Pagi dulu. “Apa hal ? “ Saya tanya dia. “Anakku kan kahwin. Kan minta buatkan skrip arah abis kita”
Seorang pegawai yang bersama kami bertanya: Skrip apa ? Dayangku bukan Penerbit”
“Buat-buat menunggu pengantin laki nanti dihebahkan tah mengikut skrip yang ditulis atu; latar mempelai, bila mereka bertemu, berapa lama berkenalan dan sebagainya.”
“Oh cam atukah majlis perkahwinan karang ani”
“Ya, bukan saja buat coverage video dan foto, ada lagi hebahan” jelas wanita itu.
Nah ini lagi satu bentuk tugasan yang saya buat masa ani dalam bidang penulisan. Bukan saja untuk rancangan radio atau televisyen atau video korporat, buat skrip untuk private function inipun sudah menjadi sumber rezeki.
Siapa yang interested ikut jejak saya boleh hubungi sipugut@hotmail.com. Atau 8871520.
Wednesday, June 23, 2010
MENGHANTAR BARIAN
Ani dia sanak saudara yang menjadi ahli rombongan Menghantar Barian
Dato Haji Yusof menjadi kepala rombongan Menghantar Barian
Sebahagian dari barang hantaran
Bakal bisan.
Menyemak balasan hantaran.
"Ani indah-indah balasan kami...."
Nah, nyamannya masakan kampung.
Bergambar bersama bakal saudara. Anitah untie-untie dan pupu sekali.
Macam nervous si Syam atu begambar dengan tunangnya .
Saya ke KK pada 18hb Jun 2010 yang lalu bagi menghadiri majlis menghantar barian anak saudara. Tempat yang dituju sebuah kampung dalam kawasan pekan Beaufort. Seronok juga mengunjungi ke kampung ini yang dihuni oleh masyarakat Bisaya. Nampaknya banyak pohon buah di sana. Ada sudah yang mengeluarkanl buah. Tapi buah-buah atu belum matang. Seronoklah si Syam nanti bila sudah berumahtangga; puas makan buah.
LEPAK
Alif sebagai pengacara dan seorang lagi pembicara dari Jabatan Pembangunan Masyarakat Hajah Siti Aynah Haji Mohd Yaakob.
Berdiri di samping set rancangan.
Pada 22hb Jun 2010 lalu saya diundang untuk menjadi “artis” rancangan Kan Halnya. Ini ialah rancangan bualbicara. Saya bersama seorang pegawai konseling dari Jabatan Pembangunan Masyarakat memperkatakan tajuk LEPAK. Pengacara rancangan Alif Amsyar.
Sudah lama juga saya tidak diundang untuk menyertai rancangan TV. Terima kasihlah pada Penerbitnya Sumariah Haji Abdul Rahman. Saya tidak membuat apa-apa persediaan. Bicara hari itu mengalir bagaikan air sungai surut. Bahan yang dicakapkan keluar dari pengamatan, pengalaman dan respon dari pembicara yang seorang lagi.
Monday, June 21, 2010
AIRMATA DUYUNG
Biasanya pada hujung minggu saya memastikan saya membeli akhbar Weekend dan dua buah akhbar dari semanajung; Malaysia Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Sebabnya dalam akhbar-akhbar itu banyak ditulis rencana.
Saya tidak sempat membeli akhbar itu pada pagi ahad di Kota Kinabalu kerana akhbar itu hanya ada dijual pada sebelah petang.
Saya mengikuti jalan darat pulang ke Brunei an singgah di Kuala Penyu sebuah kampung pedalaman. Harapan saya dapat membeli akhbar berkenaan di Beaufort. Putar-putar tidak juga menjumpai akhbar berkenan. Saya teruskan lagi perjalanan dan singgah di Sipitang. Di pekan itu saya hanya mampu membeli cucur-cucuran di gerai terbuka. Orang di sini tidak baca akhbar dari Semananjungkah ? Otak saya mula berfikir.
Harapan saya untuk mendapatkan akhbar itu bagitu tinggi kerana pada hari saya pulang itu ialah hari penghujung cuti persekolahan. Pasti ramai orang mulih dan menggunakan khidmat feri. Kalau ada akhbar tidak juga jemu untuk menunggu edaran menyeberang sungai di Pendaruan dan Sungai Temburong. Pasti kereta berjanjar-janjar.
Harapan saya hanya tinggal untuk mendapatkan akhbar berkenaan di Limbang. Ketika sampai di pekan itu hari sudah bertukar Maghrib. Keadaan sudah mulai gelap apalagi diiringi oleh hujan renyai-renyai. Saya berlari anak ke kedai tempat biasa saya membeli akhbar. Sampai di sana warung itu sudah di tutup dengan kain. Saya tanya gadis yang masih membersihkan kawasan gerainya. Tidak ada akhbar itu katanya, atau ia malas untuk membuka tukup ruang buku-buku dan akhbar jualannya. Peluang terakhir ialah pergi ke tingkat satu. Sampai di sana kedai itu juga sudah tutup. Jadi hampalah saya untuk membeli akhbar Minggu Malaysia dan Berita Minggu.
Baik juga saya ada membeli majalah berbentuk akhbar semasa singgah di Beaufort. Niat membeli itu timbul kerana terasa ada firasat yang saya tidak mungkin dapat membeli akhbar yang saya kehendaki. Betul juga. Tidak pernah saya membeli majalah berbentuk akhbar itu sebelumnya. Tajuk berita di muka depannya amat memikat: Pelakon Melayu Berani dan ada gambar di atas ranjang yang dikatakan dilakunkan oleh orang Melayu. Terdapat juga gambar gadis manis dengan kepsyen: Siwartawan jelita. Memang gadis itu jelita.Pada kolum kecil ada tajuk: kehebatan tangkal orang Iban. Sayapun beli. Harganya $2.80 sen Malaysia.
Kerana tiada apa yang hendak dibaca semasa melalui barisan panjang untuk menyeberang sungai dengan feri dan melalui kawalan imigresen saya baca dari muka pertama hingga muka terakhir termasuk juga iklan-iklan. Ada sebuah iklan yang mempaparkan tentang pengamal traditional. Saya ceritakan tentang iklan ini kepada rakan-rakan pencen keesokan harinya.
“Apa iklan atu ? Mun sudah majalah kita baca atu bercorak gossip tentu iklan atu pun panas gayanya ?” Teman pencen ani bagitu ghairah intuk mengetahuinya.
“Ani terpulang pada sudut pandangan masing-masing” kata saya sebelum menyambung cerita : “Mun orang muda bersemangat membaca ni.” ujar saya lagi membuatkan teman pencen itu bertambah memberi perhatian pada saya. “Saya mahu biskita memberi komen” Saya meningkatkan lagi keadaan suspen.
“Bari tahu dulu, baru dapat kami komen” cepat teman pencen itu meningkah. Saya kesihan melihat wajahnya yang bagitu beria-ia hendak tahu. Saya mengeluarkan akhbar berkenaan dan mula membaca “ Pengamal Tradational atu menjual Pengasih dan Pelaris. Antaranya Minyak Cenuai Asli, Minyak Cinta Berahi, Minyak Airmata Duyung, Pasak Kasih Sayang, Seribu Pengasih, Minyak Kayu Pengikat.” Saya diam sebentar.
“Ada lagi ?” kedengaran satu soalan.
“Ada. Tapi saya kan dengar komen abiskita dulu”
“Mun indah-indah ani, bukan saja orang muda-muda yang beguna, orang pencen macam kitani anipun rasa-rasa ada keperluannya” Komen itu di iringi dengan ketawa. Kawan-kawan lain yang mendengar pekurapakan kami juga ketawa. Bila ketawa reda, seorang teman pencen pula menyampuk.
“Macam mana mendapatkan airmata duyung atu ah ? Pertama di mana kan kan beroleh duyung ? Kedua bila masa kan menunggu air matanya keluar ? Mun keluarpun payah jua kan mengambil. Duyung menanang dalam air.” Saya dapat membayangkan apa yang tergambar dalam minda teman pencen ani.
“Kita ani inda peratian. Atu nama minyaknya saja. Artinya payah kan mendapat. Ia tah trick iklan atu” Si kawan ani cuba meluruskan.
“Banar jua. Payah kan mendapat indah-indah yang disebutkannya atu. Cenuai Asli yang kita sabut awal-awal atu antadi atu, apa ? Si kawan ani ingin tau.
“Akupun inda tahu. Apa lagi kegunaannya” Saya berterus terang.
“Nyanta antadi banyak lagi khidmat yang ditawarkan.” Bersuara pula teman pencen yang lagas kepalanya. Mungkin ingin tau macam mana cara melabatkan t rambut.
“Banyak lagi ni nah” Saya terus membaca. “Penunduk Umat Adam, Susuk Seri Emas, Kenaikan Pangkat/Darjat, Magnet Jodoh, Mangga Nafsu, Cahaya Seri Roh, Aura Seribu Seri, Pelaris Niaga…”
“Bah sudah ta eh. Bukannya banar tu. Iklan saja.” Si kawan ani memintas. Kami ketawa lagi.
“Siapa kan merespon iklan ani ? Ada kali orang kan behajat ?. Baik tah beri tahu sebelum saya buang majalah ani” Sekali lagi diikuti dengan ketawa ramai.
“Macam-macam orang cari usin karang ani. Mun banar amalannya atu inda payah ia mengiklankan. Abis saja usinnya membayar kos iklan. Guna saja minyak pelaris atu“ Komen atu membuatkan ramai teman pencen tebahagga. Banar jua. Mun inda hati-hati nama-nama amalan atu saja boleh memikat untuk orang memberi respon pada iklan seperti itu.
Wednesday, June 16, 2010
BENGAWAN SOLO
Lagu ini bagitu popular sehingga bila orang menyebut ibu Negara Brunei Darussalam, mereka terpengaruh dengan sebutan Bengawan Solo, bukan Begawan dalam nama Bandar Seri Begawan. Orang-orang tua lingkungan 50 ke 70 tahun pasti ingat melodi lagu tersebut. Sungguh mendayu-dayu. Apa lagi alunannya dalam irama keroncong dan digual pada waktu malam. Melodi asalnya dimainkan dengan menggunakan seruling.
Cerita tentang lagu Begawan Solo timbul bila mana penciptanya bapak Gesang Martohartono meninggal dunia baharu-baharu ini pada usia 92 tahun. Lagu Begawan Solo dicipta pada tahun 1940 menceritakan tentang sebuah sungai solo yang mengalir melalui bahagian tengah dan Timur Pulau Jawa. Oleh sebab melodinya yang menarik lagu ini telah di terjemahkan ke sekurang-kurangnya 13 bahasa termasuk ke dalam Bahasa Inggeris, China dan Jepun. Jadi bayangkan sebanyak mana pendengar lagu Bengawan Solo. Lagu itu juga telah disampaikan oleh penyanyi-penyanyi handalan seperti Pan Xiuqiong, penyanyi traditional Jawa Waljinah dan Francis Yip.
Bengawan Solo dinyanyikan dalam Singapore Youth Festival, dipadankan ke lagu Bahasa Inggeris River of Love dan dinyanyikan oleh Rebecca Pan. Lagu yang sama juga dimasukkan dalam sebuah filem Hongkong oleh Pengarahnya Wong Kar Wai dalam filem bertajuk The Mood for Love pada tahun 2000.
Khabarnya bapak Gesang Martohartono, pencipta lagu ini mendapat royalti sekitar 21 juta rupiah dari bulan Julai hingga Disember tahun lalu sahaja. Ini satu pencapaian yang amat besar bila mengenang bahawa lagu Bengawan Solo dicipta oleh seorang yang mendalami ilmu musik secara sendirian dan pada mulanya hanya dinyanyikan di pesta-pesta kampung.
Cerita-cerita sebegini walaupun dipandang sebagai cerita “stail lama” perlu juga diambil peduli oleh insan-insan yang terlibat dalam dunia musik. P2F baru saja selesai. Mungkin ada rangsangan dari pengalaman bapak Gesang ini dan penyanyi gemerlapan yang disokong oleh peminat tidak hanya bergantung kepada undian sms.
Pelangi FM berungkayah mengeluarkan CD penyanyi tempatan setiap tahun. Moga lagu-lagu itu terus berkumandang. Kalaulah boleh melodinya meresap ke genarasi akan datang.
BLACKBERRY
Bila sampai ke destinasi, selain urusan passport, perkara utama yang harus di beri keutamaan ialah membuka jalur komunikasi. Dan sudah tentu membuka suis telefon yang dimatikan semasa dalam penerbangan.
Sebenarnya tidaklah bagitu payah untuk mendapatkan simcard tempatan di bandar yang dituju. Warung-warung telefon bagaikan mengucapkan selamat datang kepada pengunjung. Selain warung pertukaran matawang, warung telefon biasanya ada di bahagian depan dewan ketibaan. Saya mencari-cari warung itu semasa tiba di Jakarta baharu-baharu ini. Saya tidak nampak. Keadaan bendara itu seakan sama seperti dulu kira-kira tujuh ke lapan tahun bilamana saya sering mengunjungi negara jiran itu.
Di stesen teksi saya didatangi oleh seseorang yang menawarkan simcard. Cara dia berurusan dengan saya meragukan “Jaga-jaga kamu bila sampai di sana: nasihat kawan saya orang Indon yang bertugas di Brunei.
Sepuluh tahun dulupun saya sudah mendengar cerita ini; cerita tentang bagaimana amah-amah yang turun dari pesawat terbang dari Brunei didatangi oleh orang-orang yang menjemput mengatakan dia adalah saudaranya. Naik saja ke kereta dan bila sampai sekerat jalan, pengemudi kereta memberhentikan kereta dan mulalah memeras penumpangnya yakni amah yang baru pulang dari Brunei. Pemeras itu tahu amah-amah ini membawa banyak wang. Sungguh menghairannya amah-amah itu tidak kenalkan saudara maranya. Mungkin sudah lama berada di Brunei, sudah lupa pada sanak saudara atau pemeras itu memang cekap bersuara lembut semasa memujuk mangsanya untuk naik keretanya. Flashback ini mengingatkan saya supaya berhati-hati. Maka pujuk rayu insan yang mendatangi saya untuk menjual simcard tidak berjaya melembutkan hati saya. Benar juga, keesokan harinya bila saya membeli simcard di warung sah, harganya jauh lebih murah seperti yang ditawarkan. Sebenarnya saya menolak tawaran insan palsu itu lebih kepada ganggunya minda saya mengira ribu-ribu rupiah. Saya merasakan tawarannya itu terlalu tinggi sehingga mencapai tiga ratus ribu rupiah.
Teman bersama saya mendapati satu jenis jenama telefon bagitu popular di Jakarta. Blackberry. Diapun bertanya berapa harganya. Kerana belum mesra dengan harga ratus ribu rupiah iapun menawar harga, memohon jika dapat di kurangkan sepuluh ribu rupiah. Nasib baik tukang kedai itu leka dan tidak mendengar. Saya yang mendengar jumlah tawar-menawar itu menarik tangan kawan saya dan berbisik. Berapa kita tawar harga telefon yang nilai harga Brunei melebihi lima ratus ringgit. Dia menjawab sepuluh ribu rupiah. Saya tanya: tau biskita berapa nilai sepuluh ribu Rupiah dalam wang kita ? Cuma seringgit lebih. Kenapa kita menawar untuk harga diturunkan seringgit saja? Mendengar itu mulutnya terlolong. Pasti kawan saya itu belum akrab dengan nilai ribu-rubu rupiah. Kami segera beredar ke kedai lain. Banyak lagi Blackberry dipamerkan di kedai lain.
Di Brunei terutama di kalangan anak-anak muda mudah menukar telefon bimbit mereka. Jika ada jenama baru jenama itu cuba didapatkan dengan apa jua kos. Maka di kedai-kedai banyaklah jenama yang terdapat untuk menjadi pilihan pembeli. Di kedai tempat saya pergi itu tidak banyak jenama untuk pilihan. Rata-rata kedai menjual satu dua jenis jenama saja. Terutama Blackberry. Saya tanya kenapa orang menyuka jenama tersebut. Tukang kedaipun mengatakan jenama itu digunakan oleh Presiden Amerika Barak Obama. Wah, dengan informasi itupun sudah dapat memancing ramai pelanggan. Tidak apa tidak menjadi seorang presiden, asal mempunyai telefon bimbit yang sama dengan telefon bimbit Presiden Amerika; itu sudah menaikkan imej diri.
Saudara mara dari Malaysia juga banyak terpikat dengan Blackberry. Katanya ramai MP dan Menteri pakai Blackberry.
Jadi, adakah saya membeli jenama telefon bimbit yang dipunyai oleh Barak Obama ?. Jawabnya tidak. Sebabnya, setelah berada di Jakarta selama seminggu saya kembali ke Brunei dan bagi saya mencukupilah menggunakan telefon saya yang ada sekarang untuk tujuan berkomunikasi dan bukan untuk mengangkat diri.
CINTA DAN ANUGERAH
Gini rupanya di luar set Cinta dan Anugerah
Pemain utama Cinta dan Anugerah
Saya tidak mempunyai banyak kesempatan untuk menonton drama TV Indonesia semasa berada di Jakarta baharu-baharu ini. Pertama kerana masa yang terhad berada di dalam hotel penginapan. Hanya larut malam dan sebelah pagi saja saya berpeluang untuk menghadap skren TV. Itupun berebut-rebut untuk menonton berita terkini dalam dan luar negara.
Kedua ialah banyaknya channel yang harus ditonton. Hampir semuanya ada menghidangkan drama TV. Ada berpuluh-puluh channel yang menyediakan rancangan-rancangan yang bagus-bagus.
Semasa berada di Jakarta, saya terasa kehilangan sesuatu. Saya meminati sebuah drama Indonesia bersiri yang disiarkan di Rangkaian Dua Televisyen Brunei. Drama yang sama sudah disiarkan di Indonesia pada tahun 2009. Masa ini, Brunei dam Malaysia masih menyiarkannya.
Saya menyukai drama itu secara kebetulan sahaja. Sebelumnya saya mengikuti siri drama Indonesia bercorak komidi. Saya tidak sempat mengikuti cerita di episod awal. Namun setelah duduk menonton dua tiga episod saya bagitu tertarik hingga sekarang. Siri itu bagaikan sauh dan tidak memudahkan saya beralih ke channel lain pada jam 9.00 malam setiap hari kecuali hujung minggu bila siri itu tidak disiarkan.
Semasa rencana ini di tulis Cinta dan Anugerah sudah masuk ke episod 48. Maknanya drama berkenaan sudah menemui penonton selama 12 minggu atau tiga bulan. Saya tidak tahu samada siri itu disiarkan semasa dunia menumpukan kepada Pertandingan Bolasepak Dunia. Mudah-mudahan ada ruang drama ini terus disiarkan. Kalau tidak “muak”lah penonton yang tidak menyukai bola dan tertunggu-tunggu serta merindui tayangan Cinta dan Anugerah.
Saya bertanya-tanya kepada rakan dan saudara mara tentang cerita ini. Ramai juga yang menyukainya. Dilihat secara imbas jalan cerita berputar pada soal dakwah dan masalah sosial. Tapi ia tidak dibentangkan secara melulu. Plot dicipta bersandarkan situasi kontemporari. Jika melihat cerita-cerita sebegini saya menonton sampai habis. Maksudnya saya juga membaca credit lineupnya. Nyata bahawa drama ini diarahkan oleh seorang yang bernama Sanjeev Kumar dan penerbitnya ialah Leo Sutanto. Drama ini dibintangi oleh nama-nama besar dari Malaysia dan Indonesia seperti Nabila Syakieb, Ashraf Sinclair, Giovanni Yosafat Tobing, Yasmine Wildblood, Wilda Hamid, Adipura, Miller, Marcell Darwin, Eva Anindhita, Hanna Hasyim dan lain-lain.
Watak-watak telah dibentuk supaya penonton bersikap simpatik, marah, benci geram, meluat. Lakonan mereka cukup meyakinkan walaupun jalan ceritanya kadang-kadang tidak munasabah. Awda terus dipancing untuk mengikuti sambungannya setiap malam kerana penciptaan cliff hanger yang mendebarkan. Slot komersial juga diletakkan bagi meningkatkan unsur suspen.
Saya, sekurang-kurangnya buat masa ini, seboleh-bolehnya tidak mahu mengikuti rancangan-rancangan hiburan yang bercorak gossip yang melibatkan pelakon-pelakon Cinta dan Anugerah. Kalau tidak maklumat-maklumat gossip itu boleh mengganggu konsentrasi bila menonton drama tersebut. Maklum saja, biasanya sudut gossip di majalah, rancangan TV dan Internet mengenai bintang Indonesia panas-panas belaka. Kalau Yasmine Wildblood mempunyai penampilan seksi di luar drama itu tidak mengejutkan kerana dalam drama tersebut jua ia berperwatakan sedemikian dan mulutnya sedikit celepur. Tapi kalau keadaan yang sama berlaku pada Nabila Syakieb itu sudah bertentangan dengan watak penayabar, simpatik yang diketarakannya dalam Cinta dan Anugerah.
Di sebalik publisiti yang meluas ini harus diingat stesen yang menerbitkan drama ini telah mengaut untung. Drama-drama masa kini sudah menjadi industri yang menambah pendapatan negara. Lihatlah drama Korea diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di seluruh dunia.Bahasa asal drama bukan menjadi masalah. Bukan bagitu saudara
Saturday, May 1, 2010
Bermula dari kelompok keluarga. Sekarang sempadan geografi itu semakin luas. Ada kalangan keluarga yang bermastautin di luar negara; di Australia, Kanada, England, Malaysia, Singapura.
Sekarang ramai yang menggunakan facebook sebagai pengerat hubungan. Dari sekecil-kecil anak hinggalah kepada nenek-nenek. Syaratnya mereka mampu menekan kekunci komputer. Orang jauh dapat didekatkan. Mereka yang lama berpisah boleh dicari. Oleh yang demikian jangan kita ditinggalkan oleh perahu siber. Jika tidak kita akan ternganga bila orang memperkatakan tentang facebook; suatu kemudahan sosial masakini. Banyak yang boleh dilakukan. Bersembang-sembang, mengirim gambar, mengiklan barangan hinggalah mengedarkan cakap-cakap politik.
Yang dulu kurus sudah jadi gemuk. Yang berambut ikal kini kepala diliputi rambut putih. Atau lebih mengelirukan jika dulu ia berambut lebat kini kepala sudah licin berkilat. Dulu barisan giginya yang bagus menjadi buruan pengiklan ubat gigi sekarang sudah rongak dan bertagar pula kesan dari merokok bertahun-tahun.
Baharu-baharu ini saya ke Kulim Kedah menghadiri majlis perkahwinan cucu saudara. Sayapun terfikir, ini peluang saya berjumpa kawan-kawan lama yang sama-sama menuntut di sebuah sekolah berasrama lebih empat puluh tahun lalu. Benar, seperti yang dijanjikan ada seorang yang datang ke rumah penginapan saya. Lucunya saya tidak mengenalinya. Siapa dia ini walaupun saya pasti ia sahabat rapat saya dulu. Dia tidak menghadapi masalah kerana memang hajatnya untuk menjumpai saya. Tapi saya dijanjikan oleh beberapa orang yang ingin menemui saya. Segan juga hendak bertanya siapa dia. Jadi saya hanya mengintai clue dari percakapan kami. Sedikit-sedikit saya mula mencam dirinya.
Sungguh bertukar wajahnya. Dulu dia aktif dalam musik. Maka rambutnya juga mengikut trend penyanyi tahun enam puluhan. Leper ke dahi. Sekarang kawasan yang sama di kepalanya sudah tidak ditumbuhi rambut. Lasak di dahi. Saya terus mengingati dirinya. Kulitnya saya lihat lebih gelap dari zaman persekolahan dulu. Mungkin lama terdedah pada cuaca tepi laut di Pulau Pinang. Giginya pun sudah rongak.
Dia mengajak saya minum di sebuah restoren dan di sana kami bersembang mengingat kesah lama. Katanya dia sudah bersara. Jawatan terakhirnya ialah sebagai pengetua sekolah. Dia mengeluarkan sigup daun. Ini bagitu kontras dengan tempat kami membasahi leher; hotel empat bintang. Masih jadi perokok rupanya dia, hati saya berkata-kata. Cepat sekali dia menggulung tembakau dengan sigup daun.
Dia menyebut nama beberapa orang rakan kami dulu. Katanya ada yang jadi Menteri. Ada yang memegang gelaran Dato Seri. Ada juga yang kurang bernasib baik tinggal di pelusuk kampung dan tidak mahu keluar dari daerah itu. Mungkin segan kerana dulu kawan itu pernah jadi ketua darjah. Lepas itu dia merista nama seorang teman berasal dari Brunei.
“Saya ingat betui dia ni,” katanya dalam loghat Kedah pekat. “Satu Jamaat kami tuang sembahyang. Tak pii sembahyang Jamaat. Releks ataeh katil. Cikgu Singh buat roll check Saya pii cabut laghi. Tapi kawan Brunei diam. Hang tau pasai apa ?” Dia menyoal saya. Saya diam terus mendengar ceritanya “Cikgu Singh tanya why are you not going for Friday prayer ? Kawan Brunei kata dia bukan Islam. Dia orhang Dusun. Dia terlepah. Aku yang kena belasah pongkok. Kena public canning" katanya sambil ketawa menampakkan gigi bertagar kena sigup daun.
Bila kami mengira masa yang kami lalui, rupa-rupanya sudah lebih empat puluh dua tahun kami tidak bertemu. Patutlah dia, pagi-pagi lagi sanggup memandu kereta dari Alor Star ke Kulim, mengambil masa lebih sejam . Lepas itu putar-putar mencari rumah penginapan saya di Taman Kemuning selama sejam lagi. Kesal juga saya. Kalaulah saya berhubungan lebih awal melalui facebook alangkah mudahnya perjalanan dan perjumpaan itu.
Thursday, April 29, 2010
TETAMU HARMONI FM
Terima kasih kerana memberi ruang bekurapak melalui radio. Suara saya pasti boleh di dengar ke seluruh Negara, ke negeri jiran dan juga dunia jika kebetulan ada orang mengikutinya melalui Radio Net. Itulah dia teknologi.
CUTI PENDEK
Khosum Hassan. Lebih 40 tahun saya tidak jumpa kawan rapat saya ini setelah berpisah setelah kami tamat sekolah Tingkatan 5 pada tahun 1967 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh.
Minggu lepas saya menghadiri satu lagi majlis perkahwinan. Kali ini agak jauh iaitu di Kulim Kedah. Perkahwinan itu bagi cucu kemanakan Nurul dengan suami Yusuf. Untuk ke sana melalui Pulau Pinang. Sudah jauh bezanya pulau itu. Dulu masa mula-mula saya ke sana ialah dalam tahun 1964. Jembatan menyeberang selat belum ada. Sekarang jembatan kedua sudah dalam proses pembinaan.
Saya cuba jejak kasih dengan kawan-kawan lama semasa menuntut di STAR Ipoh. Masa terlalu singkat. Saya hanya berjumpa seorang. Kalau sinkir bahu memang inda kenal. Berubah betul wajahnya. Dalam masa perjumpaan kira-kira sejam banyak kenangan lama di imbas kembali.
Walaupun masa lawatan itu pendek, perjumpaan dengan kawan dan saudara mara amat menggembirakan. Sempat juga saya merasa laksa Penang yang popular itu. Dari lawatan singkat itu saya berhasil membuat tiga rencana pendek dalam Katak Atas Tempurung.
Tuesday, April 13, 2010
TITIAN PUISI
RENCANA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
LAGI MAJLIS KAHWIN
SPEAKERS' CLUB
Walau bagaimanapun banyak yang dipelajari dari kegiatan Speakers’Club ini bagi memperbaiki tatacara berkomunikasi yang tepat, bagus dan meyakinkan. Saya menghadiri aktiviti ini kali pertama pada malam 13hb April 2010 dan merasakan sesi itu sesuatu yang berguna untuk dihadiri.
Tuesday, March 30, 2010
HARI ADAT ISTIADAT
Saya fikir Hari Adat Istiadat perlu diberigakan lebih luas sesuai dengan falsafah Negara Melayu Islam Beraja.
Selamat menyambut Hari Adat Istiadat
HARI BUMI
Fadelia Zurainie Penerbit Ole Ole POP setiap minggu mengingatkan saya tarikh dan masa rakaman. Ini dilakukan sudah bertahun tahun sejak dia mengambil alih penerbitan Ole Ole POP
Saya perturunkan sebahagian dari pekurapakan dalam rancangan POP, Penulis Orang Pencen minggu ini. Rancangan ini dapat diikuti melalui siaran Nasional FM Radio Brunei setiap Hari Rabu jam 8.45 pagi.(sila layari RTB website melalyu rtbcity.
“Ada kita mendangar tentang Hari Bumi ?” Saya mengajukan soalan semasa santai di sebuah kantin, buat-buat menunggu urusan saya selesai dengan sebuah Jabatan.
“Apakan tu ?” Mungkin dia terganggu dengan nama itu. Dari jawapannya atu nyata kawan saya ani inda tahu tentang Hari Bumi. Mungkin ia inda membaca akhbar atau mendengar berita.
“Hari Bumi atau Earth Hours ani bermula di Sydney Australia tahun 2007 dulu yang diketuai oleh Andy Retley. Asalnya untuk menyeru orang di sana supaya peka terhadap alam sekitar. Kurangkan tenaga elektrik. Karang ani penyelenggara utamanya ialah World Wide Fund for Nature. Inda lama betutup karan atu. Sejaham saja dari pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam. Oleh kerana konsep atu berkait dengan pemeliharaan alam sekitar, ramaitah orang mengikut.” Saya memerhati kedua wajah teman pencen. Ada riak mereka ingin saya becerita terus.
“Mun nganya sejaham, inda jua banyak elektrik kan dijimatkan atu” Teman seorang atu mengulas.
“Siapa berucap” Empat ribu bandaraya dari 126 negara mengadakannya majlis atu di seluruh dunia temasuk Negara kitani. Di Brunei jalak-jalak Pusat Kebudayaan Kampung Air patang.” Teman pencen seorang lagi memberi penjelasan tanpa disuruh.
“Patuttah malam atu inda keliatan bangunan atu. Kami makan soto di gerai Kianggeh. Biasanya tarang Pusat Kebudayaan atu.” Si kawan yang kurang tahu tentang Earth Hours bersuara.
“Ku dangar ada persembahan.” Saya menyampok
“Ada lagu-lagu oleh artis tempatan” kawan yang seorang ani terus memberi maklumat.
“Dalam patang atu bah ?” Dia bersuara bagaikan tidak percaya.
“Ada jua cahaya dian tu. Di hotel lagi bisai.” Saya mencelah “Orang makan memakai dian. Penghawa dingin inda pulang ditutup. Macam atu jua tempat-tempat utama. Hospital, lapangan terbang.”
Wednesday, March 24, 2010
SAJAK
Teman saya Haji Sulaiman Haji Duraman sedang menyampaikan sebuiah sajak. Dia memerlukan tenaga yang banyak untuk menyalurkan hasrat dalam hati dan mindanya !
Ruang bilik kerja saya kecil. Di depan atas meja, buku-buku berselirak.
Di belakang terletak pula peti TV yang hanya mampu menerima stesen RTB. Sambil bekerja di hadapan monitor komputer, telinga juga mencuba mendengar bahan rancangan. Jika ada yang menarik saya putarkan saja kursi roda saya dan beri tumpuan pada bahan rancangan itu. Bagitulah cara saya menonton TV. Tidak luxurious
Minggu lepas saya terdengar dalam sudut sastera seseorang memperkatakan tentang sajak. Katanya sajak mengandungi kata-kata curahan rasa seorang penyajak. Perkataan-perkataan itu mudah dan boleh juga sulit untuk dimengerti. Terpulang kepada pembaca atau penggemar sajak membuat pernilaian dan penafsiran.
Berputar juga minda saya memikirkan kenyataan itu.. Saya sampai sekarang tidak mampu mencipta sajak kerana saya tidak tahu apa sebenarnya sajak itu. Pendeklamasiannya juga berbagai-bagai. Keras, lembut, sedih, merayu, lunak dan macam-macam.
Mudah-mudahan ada rakan penulis dapat membantu. Bertambah lagilah nanti genre penulisan saya.
Tuesday, March 16, 2010
MAISARAH DAN AZZAHRA
nyanyaknya tidur dalam pangkuan mama .....
yang ani dalam buaian. Nyaman jua tidurnya.
Nah cuba teka, cucu yang sama di atas atau yang seorang lagi.
Sama bukan ? Sebelah kanan adalah kaka yang tua Batrisya.
Kata orang belajarlah sepanjang zaman. Saya yang sudah
Sunday, March 7, 2010
PERUBAHAN MAJLIS KAHWIN
Dyg Bazeerah Haji Timbang dan suami Awg Muhamad Ali Raiyan Hamzah. Foto ini akan menjadi kenangan sepajang zaman
Tarian rentak kesukaan ramai masa ini, Poco Poco yang menggantikan tarian Joget dan Dangdut di Majlis Ambil-Ambilan atau Majlis Berbedak
Lengkap pakaian baju Melayu dan kreasi baru; sehati segaya di atas pelamin dalam majlis Ambil-Ambilan. Sekarang Majlis Ambil-Ambilan juga telah diselitkan dengan Majlis Potong Kek Perkahwinan.
Saya menghadiri majlis perkahwinan Dyg Bareezah bte Haji Timbang dengan Awg Muhamad Ali Raiyan bin Awg Hamzah.pada 7hb Mac 2010. Bazeerah adalah anak kepada Haji Timbang dan Dyg Hajah Adizah dan cucu kepada abang saya Allahyarham Haji Azahari. Maknanya Bazeerah adalah cucu kemanakan saya dan merupakan genarasi ketiga dalam susur galur keluarga.
Dalam perhimpunan begini ramai yang tidak dikenali terutama yang masih kecil-kecil. Anak kepada siapa atau cucu kepada siapa. Yang pasti mereka adalah sanak saudara dari rumpun yang sama. Bila memerhati mereka terasa benar diri sudah berada dalam lingkungan senior citizen.
Majlis sempurna diadakan dengan meriahnya dari majlis akad nikah dan menghantar barian di Jame Asr Hassanil Bolkiah, Majlis Berbedak dan Berpacar, Majlis Persandingan dan Majlis Ambil-Ambilan.
Sedikit-sedikit cara dulu sudah berubah dengan adanya nyanyi-nyanyian karaoke dan di sebelah malam ada lucky draw dengan kegembiraan tarian rentak Puco-Puco. Bagitupun majlis dikir dan doa selamat masih tidak di tinggalkan.