Teman saya Haji Sulaiman Haji Duraman sedang menyampaikan sebuiah sajak. Dia memerlukan tenaga yang banyak untuk menyalurkan hasrat dalam hati dan mindanya !
Ruang bilik kerja saya kecil. Di depan atas meja, buku-buku berselirak.
Di belakang terletak pula peti TV yang hanya mampu menerima stesen RTB. Sambil bekerja di hadapan monitor komputer, telinga juga mencuba mendengar bahan rancangan. Jika ada yang menarik saya putarkan saja kursi roda saya dan beri tumpuan pada bahan rancangan itu. Bagitulah cara saya menonton TV. Tidak luxurious
Minggu lepas saya terdengar dalam sudut sastera seseorang memperkatakan tentang sajak. Katanya sajak mengandungi kata-kata curahan rasa seorang penyajak. Perkataan-perkataan itu mudah dan boleh juga sulit untuk dimengerti. Terpulang kepada pembaca atau penggemar sajak membuat pernilaian dan penafsiran.
Berputar juga minda saya memikirkan kenyataan itu.. Saya sampai sekarang tidak mampu mencipta sajak kerana saya tidak tahu apa sebenarnya sajak itu. Pendeklamasiannya juga berbagai-bagai. Keras, lembut, sedih, merayu, lunak dan macam-macam.
Mudah-mudahan ada rakan penulis dapat membantu. Bertambah lagilah nanti genre penulisan saya.
No comments:
Post a Comment