Sunday, March 7, 2010
WACANA SENI TARI
Saya bersama Suhaimi Magi, kreaagropher tari dari ASWARA Malaysia. Dia berasal dari Tenom Sabah
Cara dia menyampaikan ceramah bagitu bersahaja membuatkan peserta terpaku dengan maklumat-maklumat dalaman dalam seni tarian.
Sebahagian dari peserta ceramah bidang seni tari. Banyak perkara baru yang diperolehi dari menghadiri majlis ilmu sebegini.
Saya menerima sms dari sdra Jefri Arif Pensyarah di FASS UBD mengundang untuk mendengar Wacana Seni Tari di Bilik Hijau Stadium tertutup pada 25hb Februari yang lalu. Majlis itu dimulai sendiri oleh sdra Jefri Arif demgan memperkatakan tentang tarian khususnya tarian asli Brunei.
Tiba giliran penceramah udangan, saya merasakan terlalu banyak yang saya tidak ketahui. Suhaimi Magi adalah pensyarah di Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia. Dia berasal dari Tenom Sabah. Malah semasa menyampaikan ceramah, bahasa Melayu Sabahnya begitu pekat. Dia seorang kreographer tarian Melayu khususnya tarian-tarian traditional Sabah dan Sarawak.
Saya masih teriyang-iyang mendengar apa yang dikatakannya sebagai “Bila Kita menjadi Kita” Dia melihat konsep “kita” itu berlainan antara di Semanjung dengan Sabah dan Brunei.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment