Tuesday, March 16, 2010

MAISARAH DAN AZZAHRA


nyanyaknya tidur dalam pangkuan mama .....


yang ani dalam buaian. Nyaman jua tidurnya.


Nah cuba teka, cucu yang sama di atas atau yang seorang lagi.


Sama bukan ? Sebelah kanan adalah kaka yang tua Batrisya.

Kata orang belajarlah sepanjang zaman. Saya yang sudah lima tahun pensen ani juga belajar masa kini. Bukan belajar a b c tapi belajar untuk mengenali cucu. Saya mahu cari perbezaan cucu kembar yang lahir pada 6hb Disember 2010. Beza tarikh lahirnya hanya dalam lingkungan satu minit. Ya, yang tua hanya satu minit lebih awal melihat dunia. Teman-teman kata tunggu umurnya enam bulan. Akan kelihatan perbezaannya. Buat masa ini suaranya pun kurang lebih masa menangis. Bagitulah yang saya dapat catitkan tentang Nur Aleesya Maisarah dan Nur Qaleesya Azzahra. Member baru keturunan saya. Teman-teman ada acai gimana mengenali anak kembar ?

No comments: