Monday, September 28, 2020

MENYEBERANG SEMPADAN

Kali terakhir saya membawa kereta saya menyeberang sempadan ke Malaysia ialah pada bulan Januari 2020 ke Miri. Sekarang sudah hampir tamat bulan September.  Nampaknya Covit 19 bukan beransur kurang malah bertambah terutama di Sabah selepas Pilihanraya Negeri. Rindu juga untuk mengunjungi saudara mara dan kawan-kawan di seberang sana.  Tapi apakan daya. Sebelum Covit 19, sekurang-kurangnya saya menyeberang masuk sekali dalam sebulan.

 



Tuesday, September 1, 2020

Baca Buku

 

Agak lama juga saya menghabiskan membaca Antologi Cerpen Aurora yang mempunyai 300 lebih muka surat.  Hampir sebulan baru selesai. Penulisnya adalah kumpulan penulis muda Brunei.  Maka itu ada yang bereksperimen, membuatkan saya membaca perlahan dan cuba memahami kandungan tulisan.

Tamat membaca bulu itu saya mula membaca novel penulis Korea dalam Bahasa Inggeris bertajuk Good Son.  Buku ini sudah agak lama saya beli.  Baru sekarang mendapat que untuk ditatap isinya. Dua tiga lembaran pertama agak kabur. Sekarang sudah lebih 60 muka telah saya baca dari 350 lebih muka surat.