Friday, June 26, 2020

Tajuk Yang Suspen




Bila membaca tajuk  buku ini saya mula tertanya-tanya apa temanya. Saya baca  halaman pengantar.  Belum juga dapat saya ketahui atau cam.  Aha, baca saja. Mungkin ada sesuatu yang menarik dari tulisan anak Sabah, Siti Rahmah Ibrahim.

Belumpun sampai setengah buku yang saya baca sudah ada acai tajuk buku itu.  Rupanya Kuning Bersimpul Tujuh  itu ialah tangkal, tangkal yang disemunyikan oleh seorang isteri di bawah katil tempat ia dan suami tidur.

Soal tangkal dan benda-benda seumpamanya ini memang berlaku dalam masyarakat Sabah.  Masakan daging tak mendidih atau kemaluan seseorang hilang….  Ini yang membuat saya terus menbaca Kuning Bersimpul Tujuh  ini. Apa pengakhit dan kesudahannya.

Wednesday, June 17, 2020

Hari Raya 2020

Syawal 1441 sudah hampir berlalu.  Hariraya tahun ini amat istimewa.  Tidak ada kunjung berkunjung kerana penularan Covit 19.  Hanya saudara mara terdekat saja yang dibenarkan berhariraya.  Itupun dihadkan paling ramai 30 orang (mengikut sais rumah).

Saya tidak pergi ke mana mana.  Anak-anak, cucu-cucu serta menantu-menantu yang berkunjung ke rumah.  Itupun tiada semuanya ada..Untuk saudara mara serta mertua di seberang laut kami hanya membuat perjumpaan secara maya.

Alhamdulllah puasa tahun ini saya tiada berhalangan.  Complete sebulan.  Puasa 6 pun saya laksanakan bermula 2 Syawal berturut-turut enam hari.

Tuesday, June 16, 2020

Lama tak jumpa

Ingatkan saya yang berada di Brunei ini saja yang jarang/tidak pernah jumpa kawan-kawan STAR. Rupanya antara rakan di Semananjung pun ada yang tidak pernah bertemu sejak meninggalkan sekolah pada tahun 1967.

Semasa rombongan batch 67  berkunjung ke pantai timur Malaysia, saya dan rakan-rakan sempat bertemu dengan kawan seangkatan (sama batch).  Kalau tak diperkenalkan mungkin bertemu bahupun tak akan mengenali kawan rapat.  Contoh Pak Daud Darus.  Ini peluang bertemu dengan Pak Jain Awang dari Trangganu. Pak Jain pun mulanya tak kenal dengan kawan sepermainan di asrama.
Masa telah memisahkan kami. Namun alhamdulillah bertemu juga di usia tua ini.

Sunday, June 14, 2020

Tempat jatuh lagi di kenang

Cerita tiga tahun dulu semasa menghadiri STAR Old Boys Weekend.  Tak tahu tahun 2020 ini macam mana Weekend itu nanti diadakan bila Convid 19 masih ada. Lima tahun saya berada di sekolah itu bermula 1962 hingga 1967. Banyak kenangan pahit manis yang terakam dalam pengalaman hidup. Saya baru terbaca cikgu Chan Teng Hong meninggal dunia.  Guru Photographic Club yang banyak mengajar bagaimana mencetak gambar (zaman itu gambar hitam putih) dan juga membawa saya menjadi ahli Cinema Club dan projectionist mingguan. (juru tayang wayang di d
ewan besar sekolah)  Pengalaman itu amat berguna dalam kerjaya saya di bidang  televisyen bermua 1975 hingga saya bersara pada tahun 2005.

Sembahyang Jumaat

Jumaat lepas 12hb Jun 2020 baru saya berpeluang bersembahyang Jumaat di mesjid dalam suasana penularan Convid 19 ini.  Semasa mesjid di bukakan bagi jemaah bersembahyang Jumaat dua minggu lalu saya tidak berpeluang menyertainya kerana  kad Bruhealth saya berwarna kuning.  Jadi saya mis dua Jemaah. Minggu ini selepas saya menghadiri perjumpaan perubatan di RIPAS kad Bruhealth saya berubah menjadi hijau.

Esok bermula sembahyang Subuh mesjid dibukakan untuk sembahyang lima waktu dengan syarat-syarat yang sama.  Bawa Bru


health, pelitup muka, sejadah sendiri dan diambil temperature badan.  Bersembahyang juga dalam jarak sosial satu meter sertiap jemaah.

Thursday, June 11, 2020

Selamat Malam Tan Sri

Saya sekarang membaca Selamat Malam Tan Sri.  Novel tulisan Sri Diah ini saya beli  di KK semasa menghadiri bengkel penulisan di sana.  Lama tersimpan kerana saya mendulukan membaca simpanan buku-buku lain dulu.  Agak lambat saya membaca kerana fon yang digunakan agak kecil. Saya bawa ke sana sini bagi cepat menghabiskannya tapi kurang tumpuan dibandingkan saya membaca dalam tandas. (haha jangan ikut cara saya ini)   Tadi saya semak rupanya sudah sampai ke bab 31. Sebelum hujung bulan ini saya rasa saya siap membacanya.