Tuesday, June 16, 2020

Lama tak jumpa

Ingatkan saya yang berada di Brunei ini saja yang jarang/tidak pernah jumpa kawan-kawan STAR. Rupanya antara rakan di Semananjung pun ada yang tidak pernah bertemu sejak meninggalkan sekolah pada tahun 1967.

Semasa rombongan batch 67  berkunjung ke pantai timur Malaysia, saya dan rakan-rakan sempat bertemu dengan kawan seangkatan (sama batch).  Kalau tak diperkenalkan mungkin bertemu bahupun tak akan mengenali kawan rapat.  Contoh Pak Daud Darus.  Ini peluang bertemu dengan Pak Jain Awang dari Trangganu. Pak Jain pun mulanya tak kenal dengan kawan sepermainan di asrama.
Masa telah memisahkan kami. Namun alhamdulillah bertemu juga di usia tua ini.