Thursday, June 11, 2020

Selamat Malam Tan Sri

Saya sekarang membaca Selamat Malam Tan Sri.  Novel tulisan Sri Diah ini saya beli  di KK semasa menghadiri bengkel penulisan di sana.  Lama tersimpan kerana saya mendulukan membaca simpanan buku-buku lain dulu.  Agak lambat saya membaca kerana fon yang digunakan agak kecil. Saya bawa ke sana sini bagi cepat menghabiskannya tapi kurang tumpuan dibandingkan saya membaca dalam tandas. (haha jangan ikut cara saya ini)   Tadi saya semak rupanya sudah sampai ke bab 31. Sebelum hujung bulan ini saya rasa saya siap membacanya.