Wednesday, May 27, 2020

Sekali sekala saya membaca novel remaja. Sayapun baca Dua Garis Biru  Saya tertarik kerana beberapa sebab.  Pertama novel ini diterbitkan P Gramedia Indonesia, salah satu penerbit terkenal di Indonesia.  Saya mendapatkan novel ini semasa Pesta Buku Brunei pada Januari 2020 yang lalu.  Sebab kedua ialah novel ini di adaptasi dari sebuah filem. Skenario asal Gina S Noer dan ditulis kembali jadi novel oleh  Lucia Priandarini. b Biasanya ramai pengusaha yang adaptasi filem dari novel.  Tapi ini sebaliknya.  Saya mahu melihat bagaimana.  Jadi kena tonton juga filemnya.

Isinya pasti  tentang soal-soal keremajaan.  K Pop dan sebagainya.  Siapa Jongkook atau band BTS. Saya orang tua 70an.  Cucu saya berumur 7 tahun datang ke rumah.  Pinjam komputer, katanya.  Untuk apa?.  Mau menonton band BTS
.Nah budak-budak berumur 7 tahunpun sudah terdedah dengan budaya Korea.  Nampaknya saya kena  baca juga soal-soal  K POP ini supaya tidak ketinggalan.

No comments: