Wednesday, June 17, 2020

Hari Raya 2020

Syawal 1441 sudah hampir berlalu.  Hariraya tahun ini amat istimewa.  Tidak ada kunjung berkunjung kerana penularan Covit 19.  Hanya saudara mara terdekat saja yang dibenarkan berhariraya.  Itupun dihadkan paling ramai 30 orang (mengikut sais rumah).

Saya tidak pergi ke mana mana.  Anak-anak, cucu-cucu serta menantu-menantu yang berkunjung ke rumah.  Itupun tiada semuanya ada..Untuk saudara mara serta mertua di seberang laut kami hanya membuat perjumpaan secara maya.

Alhamdulllah puasa tahun ini saya tiada berhalangan.  Complete sebulan.  Puasa 6 pun saya laksanakan bermula 2 Syawal berturut-turut enam hari.