Monday, March 1, 2010

JALAN-JALAN KE NEGERI JIRAN

Di hujung bulan Februari saya terberhenti lagi untuk memuat turun bahan tulisan. Saya tidak memetik komputer kerana saya pergi ke KK. Saya pergi belah pagi. Tidak pula ramai yang keluar pagi Jumaat itu. Mungkin terikat dengan peratoran kerja. Lancar saja perjalanan. Macam biasa tidak ada yang baru saya lihat. Cuma maklumat bagi menaikkan bendera Brunei membuatkan saya memerhati kiri kanan jalanraya. Banyak juga bendera yang dikibarkan di negeri jiran itu. Tidak tahu untuk acara apa. Ada bendera yang bergandingan dengan bendera parti politik. Bendera itu terlalu lama dikibarkan tanpa peduli untuk diturunkan menjadikan bendera compang camping. Hanya kelihatan bulan dan pecahan bintangnya saja. Taris memanjang itu sudah putut. Keadaan ini mengingatkan saya pada maklumat di Negara sendiri. Turunkan bendera bila maklumat untuk diturunkan itu tiba. Ya betul juga. Kalau tidak ada orang naikkan bendera dan tidak peduli untuk menurunkannya sehingga luntur, carik dan hanya tinggal sebagai secarik peraca saja.

Pulang ke Brunei saya melalui laluan Menunbuk-Serasa dengan menaiki feri Shuttle Hope. Lama saya tidak ke Menumbuk membuatkan penglihatan menjadi menarik. Feri melalui Labuan. Nampaklah banyak kapal yang berlabuh. Di kuala Muara saya nampak kapal pelancong bagaikan hotel terapong.keluar dari perlabuhan Brunei. Pasti ramai pelancong yang baru menghabiskan masa di Brunei. Perjalanan feri menarik. Khidmat yang diberikan berpadanan dengan harga tambang dan boleh mengundang untuk menggunakan khidmat yang sama di masa hadapan.

No comments: