Tuesday, July 20, 2010

RTB 35 TAHUN


Teman baik saya Haji Morshidi sempat bertausyih mengalunkan suara bersama anak-anak muda.


Peralatan menggambar ini mengimbau masa lalu; 30an lalu di mana kamera dan peralatan merakam suara ini merupakan kebanggaan bagi liputan apa saja menjadikan RTB stesen pertama mengendalikan perkhidmatan dalam bentuk warna.



Zaman baru penyiaran di Brunei dengan pengenalan pada sistem digital. Banyak boleh dibuat dan diusahakan.


Syarikat swasta juga menjadi tulang belakang perkhidmatan digital. Harlif teman saya dari Regalblue menerangkan sesuatu kepada tetamu Pmk Pengarah RTB.


Membaca Surah Yasin dan bertahlil bagi memohon kelanjutan usaha dan perkhidmatan RTB kepada masyarakat.


Sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak sebagai pertanda mulanya sambutan perkhidmatan RTB ke 35 tahun. Orang baru dan orang lama sama-sama memohon ke hadrat Illahi bagi
karyawan RTB mengendali perkhidmatan penuh cemerlang.


Radio Televisyen Brunei mencapai umur 35 tahun pada 9hb Julai 2010. Di sebalik kesibukan (bila masanya RTB tidak sibuk) menyelenggara sambutan Israk dan Mikraj serta sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli ke 64, mereka berjaya mengendalikan pameran sehari di Kompleks Sungai Akar. Saya diundang untuk merai’kan bersama. Sudah 35 tahun juga saya memulakan karier di bidang penyiaran dan sekarang hanya sebagai pemerhati dari luar setelah 5 tahun bersara. Rasa nostalgik itu memang ada setiap kali melihat peralatan dan gambar-gambar lama. Sekarang RTB sudah bergerak untuk migrasi sepenuhnya ke dunia digital. Kita orang lama yang menjadi akar di sana hanya menumpang pertumbuhan kejayaan awda. Selamat maju jaya RTB.

No comments: