Thursday, July 15, 2010

CARI KERJA


Peserta bengkel dalam bidang pelancongan. Senang menerima penerangan dari wakil Trandie Marina Resort.



Lagi peserta bidang pelancongan. Banyak soalan lagi bagus. Jangan berpandu kepada buku teks saja. Sebahagian dari pelajar bidang pelancongan dari MTSSR.



Banyak pilihan dalam bengkel ini. Peserta boleh memilih bidang batik, landskap, jahitan, permakanan, tenunan, asesori fesyen dan termasuk pelancongan.




Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri melihat pameran dari pembingkel kain tenunan ditemani oleh Pengerusi Bengkel WBC Dayang Hajah Mordiah Haji Zakiah.


Saya hampir lupa, beberapa bulan lalu saya ada mendaftarkan nama ke Women Business Council. Ketika itu ialah Pameran Kerjaya di ICC. Saya bertugas di booth berdepan dengan booth WBC. Saya secara berjenaka minta kerja. Kata pegawai yang mengawasi booth WBC itu, boleh, sila daftarkan nama. Pegawai itu sebenarnya teman saya semasa kami belajar di Malaysia. Jadi saja-sajalah bekurapak sementara menunggu pengunjung booth. Lagi pula di dinding booth WBC itu ada di letakkan kursus-kursus yang boleh diikuti. Boleh saya memberi kursus ? Sekali lagi saya disuruh isi borang. Ya isi borang untuk jadi fasilatator kursus.
Jadi kira-kira dua minggu lalu saya menerima surat undangan untuk mengikuti bengkel, bukan untuk menjadi pembimbing bengkel. Saya menelipon teman saya itu. Katanya datang saja tah. Semasa bengkel peserta yang kebanyakannya pencari kerja disuruh memilih bidang yang disukai. Kebanyakannya untuk ladies. Seorang lagi teman dalam WBC sambil berjenaka kata kau ani salah kirup. Tidak apalah, terlanjur saya menghadirinya saya memilih bidang yang lelaki juga banyak menyertai iaitu Pelancongan.
Ketika memberi maklumat wakil Trandie Marina Resorts Sdn Berhad kata syarikat itu mengendalikan lawatan-lawatan ke Ulu Belalong, Wilderness, Adventure Visit dan kami boleh menyertai kegiatan itu sebagai pemandu pelancong. Ini bagus, kata minda saya. Saya boleh dapat banyak bahan menulis. Selanjutnya Haji Moksin Tahir, wakil Trandie Marina kata, bossnya ialah Haji Hussin Ahmad. Wah dia ini memang saya kenal benar. Dia pernah bertugas satu jabatan dengan saya dulu. Saya decide untuk dapat membantu teman saya itu mendatangkan pelancong ke destinasi Trandie Marina sama ada dari luar atau dalam negara.

No comments: