Tuesday, July 20, 2010

PELITA BRUNEI


Tetamu Kehormat DP Haji Abdul Wahab Junid Tim. Menteri di JPM melihat secara dekat pengawalan proses percetakan Pelita Brunei.


Wajah Pelita Brunei setelah 54 tahun bersama masyarakat.



Tangan ditadah, memohon doa bagi kesempurnaan majlis pelancaran.


Petugas perlu berhati-hati menyemak naskah yang sudah sampai ke hujung proses percetakan. Yang kurang baik di asingkan. Dari 11 naskah setiap pengeluaran kurang lebih seribu naskah tidak dapat diedarkan kerana rosak. Bagaimanapun kutas yang rosak dikitar semula.


Mesyen besar percetakan jenis Goss Magnum dapat pencetak ribuan naskah dalam beberapa jam.

Ini gambar dekat Pelita Brunei di dalam mesyen cetak yang menggunakan kertas woodfree.


Naskah Pelita Brunei yang siap dicetak.

Bayangkan golongan kertas ini. Satu golong kertas berapa harganya ? Dapatlah dibayangkan kos penerbitan yang diedarkan kepada orang ramai secara percuma.
Pelita Brunei, akhbar rasmi Kerajaan sekarang diterbitkan tiga kali seminggu. Pelancarannya berlangsung pada 19hb Julai 2010. Diterbitkan dalam bentuk cyclostyle pada tahun 1956 sebanyak 300 naskah kini akhbar itu diedarkan sebanyak 22 ribu naskah setiap kali keluaran dengan menggunakan jenis kertas Woodfree. Pelita Brunei menjadi penerbitan dua kali seminggu pada tahun 2008 iaitu selepas lebih 50 tahun bersama masyarakat dan kini, (selepas dua tahun lagi) akhbar itu diterbitkan tiga kali seminggu. Pelita Brunei juga boleh diakses melalui perkhidmatan on line melalui www.pelitabrunei.gov.bn

No comments: