Wednesday, July 21, 2010
ROKOK
Sedut,,,sedut dan terus sedut.
Dia ini sedang mencari ilamkah ?
Kalau ada penguatkuasa Kempen Anti Rokok, pasti bertambah perolehan mereka.
Pada suatu ketika dulu rokok sering dikaitkan dengan ilham. Ilham pula dikaitkan dengan seniman atau penulis. Jika penulis kehilangan ilham mereka merokok. Bagaikan rokok itu pancing untuk memanggil ilham. Bagaimana penulis yang tidak merokok mencari ilham ?
Baru-baru ini berlangsung Pertemuan Sasterawan Nusantara ke 4 di BSB. Perasmian diadakan di tingkat atas bangunan PGGMB. Selepas makan, ramai antara mereka yang duduk semeja dengan saya menghilangkan diri. Ke mana mereka ? Rupanya dibalkoni bangunan itu amat indah sekali pemandangan waktu malam apa lagi ketika negara menyambut Hari Keputeraan Kebawah DYMM ke 64. Bukan saja delegasi Indonesia, Malaysia dan Thailand terpegun melihat suasana itu kami dari Brunei juga ikut teruja.
Saya pun ke balkoni. Sekejap saja. Kerana dalam suasana indah itu rupanya mereka yang berada di balkoni menyambung nyawa “bepenabun”. Saya teringat berita beberapa orang ditangkap kerana merokok di kawasan bangunan awam. Kalaulah ada penguatkuasa di tempat itu malam itu, bertambahlah pendapatan negara hasil dari denda perokok.
Saya turunkan fakta sebatang rokok yang bagi perokok biasa-biasa saja. Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok ialah Tar (bahan untuk membuat jalan raya) Ammonia (bahan dalam pencuci lantai), Napthylamine (ubat gegat), Arsenik (racun anai-anai), Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan), Kadmium (terdapat dalam bateri) , DDT (Ubat nyamuk), Formaldehyde (untuk mengawet mayat), Butane (gas yang boleh membunuh), Methanol (Bahan pembakar untuk roket), Hydrogen cyanide (racun), Toluene (bahan pelarut), Carbon Monoxide (gas beracun)
Bagaimanalah pelbagai bahan beracun ini boleh menimbulkan ilham ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment