Wednesday, June 16, 2010

CINTA DAN ANUGERAH


Gini rupanya di luar set Cinta dan Anugerah



Pemain utama Cinta dan Anugerah

Saya tidak mempunyai banyak kesempatan untuk menonton drama TV Indonesia semasa berada di Jakarta baharu-baharu ini. Pertama kerana masa yang terhad berada di dalam hotel penginapan. Hanya larut malam dan sebelah pagi saja saya berpeluang untuk menghadap skren TV. Itupun berebut-rebut untuk menonton berita terkini dalam dan luar negara.

Kedua ialah banyaknya channel yang harus ditonton. Hampir semuanya ada menghidangkan drama TV. Ada berpuluh-puluh channel yang menyediakan rancangan-rancangan yang bagus-bagus.

Semasa berada di Jakarta, saya terasa kehilangan sesuatu. Saya meminati sebuah drama Indonesia bersiri yang disiarkan di Rangkaian Dua Televisyen Brunei. Drama yang sama sudah disiarkan di Indonesia pada tahun 2009. Masa ini, Brunei dam Malaysia masih menyiarkannya.

Saya menyukai drama itu secara kebetulan sahaja. Sebelumnya saya mengikuti siri drama Indonesia bercorak komidi. Saya tidak sempat mengikuti cerita di episod awal. Namun setelah duduk menonton dua tiga episod saya bagitu tertarik hingga sekarang. Siri itu bagaikan sauh dan tidak memudahkan saya beralih ke channel lain pada jam 9.00 malam setiap hari kecuali hujung minggu bila siri itu tidak disiarkan.
Semasa rencana ini di tulis Cinta dan Anugerah sudah masuk ke episod 48. Maknanya drama berkenaan sudah menemui penonton selama 12 minggu atau tiga bulan. Saya tidak tahu samada siri itu disiarkan semasa dunia menumpukan kepada Pertandingan Bolasepak Dunia. Mudah-mudahan ada ruang drama ini terus disiarkan. Kalau tidak “muak”lah penonton yang tidak menyukai bola dan tertunggu-tunggu serta merindui tayangan Cinta dan Anugerah.
Saya bertanya-tanya kepada rakan dan saudara mara tentang cerita ini. Ramai juga yang menyukainya. Dilihat secara imbas jalan cerita berputar pada soal dakwah dan masalah sosial. Tapi ia tidak dibentangkan secara melulu. Plot dicipta bersandarkan situasi kontemporari. Jika melihat cerita-cerita sebegini saya menonton sampai habis. Maksudnya saya juga membaca credit lineupnya. Nyata bahawa drama ini diarahkan oleh seorang yang bernama Sanjeev Kumar dan penerbitnya ialah Leo Sutanto. Drama ini dibintangi oleh nama-nama besar dari Malaysia dan Indonesia seperti Nabila Syakieb, Ashraf Sinclair, Giovanni Yosafat Tobing, Yasmine Wildblood, Wilda Hamid, Adipura, Miller, Marcell Darwin, Eva Anindhita, Hanna Hasyim dan lain-lain.
Watak-watak telah dibentuk supaya penonton bersikap simpatik, marah, benci geram, meluat. Lakonan mereka cukup meyakinkan walaupun jalan ceritanya kadang-kadang tidak munasabah. Awda terus dipancing untuk mengikuti sambungannya setiap malam kerana penciptaan cliff hanger yang mendebarkan. Slot komersial juga diletakkan bagi meningkatkan unsur suspen.
Saya, sekurang-kurangnya buat masa ini, seboleh-bolehnya tidak mahu mengikuti rancangan-rancangan hiburan yang bercorak gossip yang melibatkan pelakon-pelakon Cinta dan Anugerah. Kalau tidak maklumat-maklumat gossip itu boleh mengganggu konsentrasi bila menonton drama tersebut. Maklum saja, biasanya sudut gossip di majalah, rancangan TV dan Internet mengenai bintang Indonesia panas-panas belaka. Kalau Yasmine Wildblood mempunyai penampilan seksi di luar drama itu tidak mengejutkan kerana dalam drama tersebut jua ia berperwatakan sedemikian dan mulutnya sedikit celepur. Tapi kalau keadaan yang sama berlaku pada Nabila Syakieb itu sudah bertentangan dengan watak penayabar, simpatik yang diketarakannya dalam Cinta dan Anugerah.
Di sebalik publisiti yang meluas ini harus diingat stesen yang menerbitkan drama ini telah mengaut untung. Drama-drama masa kini sudah menjadi industri yang menambah pendapatan negara. Lihatlah drama Korea diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di seluruh dunia.Bahasa asal drama bukan menjadi masalah. Bukan bagitu saudara

No comments: