Monday, November 23, 2009

YANG BERBEZA DAN YANG SAMA


Para penulis mengerumuni meja jualan buku-buku baru terbitan Pusat Dakwah Islamiah


Lama inda jumpa sejak kitani sekolah di SOAS, kata Dahlan kepada Suryani Haji Arifin pemenang kedua pertandingan Sajak anjuran Pusat Dakwah Islamiah.


Persembahan Lagu Puisi: Ini Zat Bukan Bayangku karya Badarudin HO disampaikan oleh Hans Anwar, Rosman Masri, Joe M dan Fakhrul Razi.


Perbincangan serius dua penulis, Hidup Zin dan Haji Masri Haji Idris.


Johan menulis Esei anjuran Institut Perkhidmatan Awam Siti Rozidah bte Jelani bertajuk Performance Management / Appraisal System in the Brunei Civil Service: Importance of the Benefits Associated with Performance Management / Appraisal System and Their Contributions in the Existing Performance Appraisal System.


Tetamu Kehormat Awang Sa Bali Abas, SUT Jabatan Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan.


Wajah meyakinkan dari ketua Jemaah Hakim Awang Zainal Tinggal ketika memberi ulasan tentang prestasi penulisan peserta.


Sebahagian dari para penulis yang menyertai Pertandingan Menulis Esei anjuran Institut Perkhidmatan Awam Brunei.


Petang 23hb Nov 2009 saya diundang ke Institut Perkhidmatan Awam bagi Majlis Penyampaian Hadiah Menulis Esei. Saya “kaya” lima puluh ringgit kerana memenangi hadiah sagu hati dalam pertandingan menulis itu. Itu saja yang saya dapat. Tidak ada sijil pengakuan ikut serta atau sijil penghargaan. Yang hadir Setiausaha JPM, Pmk Pengarah IPA dan ketua jemaah hakim pertandingan. Lepas itu kami dijamu minum petang. Ada teh ada kopi dengan kueh Melayu dan roti sandwich telur.

Malamnya saya hadir pula ke Majlis penyampaian hadiah Penulisan Rencana, Sajak dan Cerita Bergambar berbentuk Islam anjuran Pusat Dakwah Islamiah. Penulis yang dapat hadiah sagu hati membawa wang dua ratus ringgit dan sijil. Yang hadir Menteri dan beberapa orang Timbalan Menteri, SUT dan ahli cendikiawan UBD. Saya duduk di meja penerima hadiah, tidak di meja yang disediakan makanan dalam “dome”. Makanan kami berbentuk buffet. Yang demikian meja kami kosong. Tunggulah acara makan jam sembilan malam. Ada rakan semeja kelihatan “rapan-rapan” melihat orang mengunyah kacang di meja ber dome sambil minum minuman yang malar di refill.

Ketika makan, meja ada dome disaji dengan air sop. Saya tanya pelayan, tidakkah ada sop bagi mereka yang disediakan makanan buffet. Katanya tidak. Kerana melihat sop itu, saya tais liur dan meminta jika saya dapat semangkok. Alhamdulillah pelayan atu membawa ke meja saya sop yang sama dihidangkan di meja ada dome. Lepas makan meja ada dome disajikan dengan minuman panas. Saya tanya lagi tidakkah ada minuman itu untuk meja buffet. Bila pelayan kata tidak, saya menyurungkan gelas plastik untuk air sejuk; bukan cawan berlapik bagi di isi dengan air teh.

Saya ternampak seorang rakan yang ada gelaran dato. Ia di dudukkan di meja yang tiada dome sama macam meja kami. Masa berdiri mengambil makanan saya bisikkan padanya: ada juga cerita beza-beza di majlis sebegini. Saya fikir semuanya sama. Ia hanya senyum.

Bagitulah cerita yang diadakan di suatu tempat terhomat; Dewan Persantapan dalam Dewan Majlis Mesyuarat yang baru. Itu kali pertama saya berada dalam Dewan Persantapan itu.

Banyak rakan yang duduk di meja yang tidak ada dome itu terdiri dari para penulis termasuk yang memenangi anugerah SEA Write Award dan penulis veteran. Mereka pasti mencari bahan untuk penulisan. Tidak kira dalam bentuk sajak, syair, cerpen atau seperti saya ani. Bagi saya inilah yang saya hidangkan. Mungkin cerita kecil tapi boleh dibuat bahan berfikir. Tajuknya ada beza dan ada sama. IPA adakan majlis penyampaian hadiah. Majlisnya sedarhana. Tetamu kehormat SUT. Wang hadiahnya kecil dan tidak ada sijil. Peserta dijamu minum petang. PDI juga mengadakan majlis penyampaian hadiah penulisan. Tetamu kehormatnya Menteri Hadiahnya besar dan ada sijil lagi. Majlis diadakan di Dewan Majlis Mesyuarat Negara. Nah biskita bolehlah banding-bandingkan yang ada beza-beza dan yang sama antara dua majlis itu termasuk susunan meja yang ada "dome" dan yang tiada ada "dome...."

Tuesday, November 17, 2009

DEBAR HATI MEMPELAI


Tanda ikatan cinta


Pigang kuat-kuat lai


Debar menunggu 'Akad Nikah


Minggu ani saya ambil gambar kahwin jauh sedikit. Dari Lambak Kiri menuju Sungai Liang. Mempelai yang bakal menaiki jenjang pelamin pada 22 November 2009 ialah Awang Abuali Haji Hosaini dan Dayang Syarifah Norinshan Haji Wan Ali. Jarang saya ambil gambar jauh-jauh apa lagi Jalan Sungai Liang atu diketahui sentiasa sesak. Tapi sekali sekala pergi ke sana seronok jua.

APA ADA PADA NAMA



Beginikah rupanya ais kacang yang bernama Muntah Jin ?

Minggu ani dalam Penulis Orang Pencen saya menulis tentang nama. Saya perturunkan sedikit sedutannya:


Cerita pasal buah-buahan bagaikan inda abis. “Pasal buah-buahan aku ada pengalaman menarik.Ari atu baru ku kan betanyaku arah penjual. Penjual atu lakas menyabut, Rambutan Anak Sekolah tuan. Inda tahku jadi membali.”

“Auw jangan keliru” teman pencen ani sudah tau pangkal cerita.


“Ku fikir rambutan untuk dijual arah kanak-kanak sekolah. Rupanya nama rambutan atu. Karang ani tau tah ku sudah. Nyaman pulang. Manis, inda banyak aying, bijinya tu pun damit. Sesuai tah dengan pemakanan anak sekolah. Mun licin dan belaing, takut kesigukan anak sekolah. Bijinya damit atu pun sesuai dengan kanak-kanak”

“Barangkali di sana tah orang mencipta nama Rambutan Anak Sekolah atu.” Si kawan ani membuat kata pemutus. Sepi sebentar. Lapas atu timbul lagi satu cerita.

“Aku ada telintas satu nama hebat.” Suspen saja nada si kawan ani.

Nama apa tu ?

“Nama ais kacang. Kitani di Brunei ada Puspa. Biasanya ais kacang disebut jua ABC; Air Baru Campur. Untuk menghebatkan lagi nama ABC atu ditaruhnya nama hebat.” Kawan yang duduk di siring kelihatan girigitan

“Apa namanya, luan batah jua kan membari tau ani” Yang membawa cerita memandang kiri kanan. Semuanya menunggu apa yang bakal keluar dari mulutnya.

“Ais Kacang Muntah Jin.”

“Rakan-rakan pencen tebahangga. Buat beberapa saat baru kedengaran ketawa berdekah-dekah.

“Barangkali tekana macam-macam ditaruhnya di dalam ais kacang atu; agar-agar, jagung, buah-buahan, susu, manisan.”

“Macam atu kan muntah jin ?. Jin moden kali.” Dalam ketawa si kawan ani buat komen.

Sunday, November 8, 2009

PERKAHWINAN MANUSIA DAN LEMBU


Salah seorang profesor yang menyertai persidangan membahas selesai saja Kertas Kerja dibentangkan.


Bergambar bersama artis terkenal dari Malaysia juga seorang profesor di Jabatan Anthropology dan Sociology Universiti Malaya Profesor Wan Zawawi Ibrahim. Beliau menyampaikan Kertas Kerja bertajuk Popular Culture,Identity and the Nation in Malaysia.



Antara pembentang Kertas Kerja ialah Profesor Suleman Dangor dari University of Kwazulu Natal Cape Town Afrika Selatan

Saya merasa kerdil. Perasaan diri begitu kerdil mungkin di alami juga oleh orang lain bila berada di majlis tertentu seperti dalam majlis diraja yang berisitiadat atau mesyuarat menteri-menteri. Baharu-baharu ini perasaan itu juga hadir bila berada dalam sebuah majlis ilmu, International Confererance on Malay Culture and Society yang dikendalikan oleh Universiti Brunei Darussalam bersama Nasional Universiti of Singapura yang dihadiri oleh para cendikiawan, profesor dan ilmuan dari pelbagai negara.

Kertaskerja yang dibincangkan melibatkan pelbagai bidang seperti State of Malay Studies in Brunei, soal Gender, Culture and Development, Islam Nationalism and Identity, Islamic Education in the Malay World dan Arts in the Malay World. Sudah tentu dalam lingkungan para ilmuan ini pelbagai hal di dengar termasuk isu yang pelik dan menakjubkan.

Misalnya ketika seorang Profesor dari National University of Singapura membentangkan kes Major Impediments to Reform of Ideas on The Muslim Law: the case of Singapore beliau menyatakan terdapatnya banyak hadangan dan masalah dalam isu-isu agama Islam kerana terdapatnya bidang kuasa yang berlainan antara yang mengurus soal agama Islam (MUIS) dengan pemerintah disatu pihak.

Pandangan ini dibahas dalam sesi soal jawab. Ada dapatan-dapatan yang lebih (mungkin) belum terfikir oleh kalangan tokoh agama di Negara sebelah sini. Soal perkahwinan sesama jantina di Barat sudah juntah didengar. Apa yang diperkatakan oleh seorang lagi profesor dari negara yang sama ialah tentang satu perkahwinan manusia dengan lembu di India. Maka ditanyakanlah pada “religious authority” apa hukumnya ? Tidak cukup dengan soalan itu timbul pula soalan apa hukumnya memakan daging lembu yang dikahwinkan dengan manusia itu ? Kemudian didedahkan lagi dalam isu yang sama tentang bagaimana hukum “berjima’” dengan lembu tersebut ? Jawapannya yang didapat dari “religious authority” dari India mengikut apa yang dikatakan oleh profesor berkenaan, bergantung kepada penetrasi alat jantina semasa kegiatan hubungan kelamin. Ini bermakna seolah-olah ada restu tentang perkahwinan antara manusia dengan binatang.

Persidangan seumpama ini merupakan wadah berkesan untuk mengungsi hasil penyelidikan dan pengetahuan dengan masyarakat. Persidangan ini juga dapat mengumpulkan perspektif yang berbeza daripada pakar-pakar dari luar negara yang diundang untuk sama-sama mengongsikan kepakaran dan ilmu mereka bagi meningkatkan lagi professionalisma dan intelektualisma dalam pelbagai bidang dan isu.

Bagitulah bila berada dan dikelilingi oleh para ilmuan dari pelbagai bidang. Bicaranya juga beranika perkara yang ada belum pernah didengar

INTNL CONFERENCE ON MALAY CULTURE & SOCIETY

Saya dihubungi oleh Penerbit RTB pada 2hb November 2009 untuk menulis skrip rancangan Tinjauan mengenai International Conference on Malay Culture and Society yang bertemakan Memertabatkan Budaya Melayu di Era Globalisasi anjuran Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan usahasama Universiti Kebangsaan Singapura dan sokongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 3hb hingga 6hb November 2009. Dua perkara yang terlintas di kepala saya pada masa itu. Pertama skop persidangan. Yang kedua visual bagi melengkapkan rancangan ini. Sudah tentu dalam persidangan akan berlaku pembentangan kertas kerja. Itu saja. Membuat rancangan sekadar memperlihatkan tokoh akedamik menyampaikan kertas kerja tidak akan menghasilkan rancangan yang baik. Perlu ada visual. Untuk membubuh visual pula perlu mengetahui skop perbincangan. Maka itu saya perlu mendengar pembentangan kertas kerja.

Dalam kata alu-aluan VC Universiti Brunei Darussalam menyebutkan persidangan ini merupakan wadah penting dan berkesan untuk mengongsi hasil penyelidikan dengan masyarakat dan mengumpulkan perspektif yang berbeza daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara bagi meningkatkan lagi profesionalisme dan intelektualisme dalam pelbagai bidang dan isu.

Empat orang pakar menyampaikan ucaptama. Mereka ialah
Dr Mataim Bakar Acting Director Research, Development and Public & International Relation Section KKBS Brunei Darussalam tajuk Kertas: Masa Depan Bahasa Melayu sebagai Jatidiri Bangsa Brunei.
Professor Wan Zawawi Ibrahim, Professor Dept of Anthropology and Sosiology University of Malaya tajuk Kertas: Popular Culture, Identity and the Nation of Malaysia.
Professor Dr Bambang Purwanto Head Centre for Southeast Asian Sosial Studies Gadjah Mada University Indonesia.
Professor Dato Dr Shamsul Amri Baharuddin, Founding Director Institute of Ethnic Studies (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia tajuk Kertas The Organisation of Social Difference: Ethnicity as aresource’ shapes ethnic studies in the Malay World

Lain-lain pembentang kertas kerja ialah: (hari pertama)
Dr Syed Farid Al-Atas, Associate Professor Deparment of Sociology National University of Singapore tajuk Kertas Eurocentrism in Malay Studies
Professor James Collin Director Centre for Southeast Asian Studies, Northern Illinois University. Tajuk kertas Origin of Malay Language including Jawi
Datin Dr Hajah Saadiah DDW Haji Tamit Senior Lecturer Academy of Brunei Studies UBD tajuk Kertas Pendidikan Islam Membentuk Keluarga Berkualiti
Dr Yabit Alas Director Language Centre UBD tajuk kertas The Origin and Dispersal of Malay Dialects in Brunei
Dr Abdullah Mohd Noor and Aliamat Omarali, Senior lecturer SHBIOE UBD tajuk Kertas The Teaching of Malay Language and the Culture of Thinking.
Associate Professor Dr Awang Hasmadi Awang Mois Associate Professor FASS UBD tajuk Kertas Brunei and Beyond


Hari kedua
Profsor Madya Ampuan Dr Haji Brahim Ampuan Haji Tengah FASS UBD tajuk Kertas Sastera Klasik Brunei
Dr Suriani Suratman Deputy Head Dept of Malay Studies National Universiti Singapore.
Dr Syed Khairudin Al-Juned Associate Professor Dept of Malay Studies National University of Singapore tajuk Kertas Theory of Colonialism.
Associate Professor Dr Haji Hussainmiya FASS UBD tajuk Kertas Death of Malay ‘Classicalism’ Case of Sri Langka and ‘Lumpen’ Malay Cultures.
Pg Dr Hidup Pg Shamsuddin Penolong YDP Adat Istiadat Jabatan Adat Istiadat Brunei tajuk Kertas Adat Perkahwinan Melayu Brunei Membentuk Genarasi Pembangun Negara
Dr Mohamad Nasrin Nasir FASS UBD tajuk Kertas Confronting the treat of Relativism:View from Malay Philosophy.
Professor Suleman Dangor, Professor of Islamic Studies University of Kwazulu Natal tajuk Kertas The Malays of the Cape: History, Culture and Identity
Associate Professor Dr Iik Ariffin Mansurnoor FASS UBD tajuk Kertas Mentuankan Islam di Dunia Melayu: Terobosan Br unei dalam Bidang Hukum.

Hari ketiga
Dr Mark Woodward Associate Professor Dept of Religious Studies Arizona State University tajuk Kertas Reflections on Malay and Malayness in the Discourse of Nationality and Culture in Southeast Asia.
Dr Noor Azam OKMB Haji Othman Lecturer FASS UBD tajuk Kertas Bruneiness: Linguistics of Identity Expression
Dr Noor Aisa Abdul Rahman Assistant Professor Dept of Malay Studies National University of Singapore tajuk Kertas Major Impediments to Reform of Ideas on the Muslim Law: the case of Singapore
Dr Purwo Santoso Deputy Academic Affairs Universitas Gadjah Mada Indonesia tajuk Kertas Cross-Cultural Learning: Securing Indonesia’s Democratisation and Decentralisation
Professor Dr Mohd Anis Md Noor, Professor Cultural Centre University of Malaya tajuk Kertas Malay-Islamic Performative Nuances: Performing the Zapin in Malay World
Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfeh Director Academy of Brunei Studies UBD tajuk kertas The Contiunity of Material Culture in the Royal Customs and Tradations of Brunei Darussalam
Dr Haji Baharudin Mohd Arus Lecturer FASS UBD Seni Dunia Melayu, Satu Perspektif Seni Melayu di Negara Brunei Darussalam

Dari topik yang dibincangkan nyata perbincangan begitu meluas dan mendalam. Banyak perkara yang dipelajari semasa menghadiri persidangan empat hari tersebut.


Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Institute of Ethnic Studies UKM menyampaikan ucaptama The Organisation of Social Difference.


Antara peserta Persidangan; mahasiswa Universiti Brunei Darussalam.


Sesi soal jawab. Seorang lagi pakar mengajukan pandangan dan soalan kepada pembentang Kertas Kerja


Pakar tempatan Pg Dr Hidup bin Pg Shamsuddin membentangkan tentang budaya tempatan perkahwinan orang Melayu Brunei.



Associate Profesor Dr Syed Farid Al Atas dari National University of Singapore bukan calang-calang orang bila mebahas satu-satu isu. Kertas Kerja beliau bertajuk Eurocentrism in Malay Studies


Lagi sebahagian dari audien dan pembentang Kertas Kerja/pakar dari luar negeri.


Sunday, November 1, 2009

ANUGERAH PELANGI


One of the participants Dayat with peminat.



Macam-macam cara menimbulkan perhatian. Dua orang penonton di sebalik topeng.


Lihatlah crowd selepas pertandingan. Masing-masing mau ambil foto.


Stage persembahan Anugerah Pelangi 2009

I was a bit reluctant to attend the Anugerah when last week Helen said datang saja, inda payah ada tiket. But on the afternoon of the show, Head of Pelangi (Helen) call me again inviting me to the show. I arrived late at the Theater in Jerudong. The hall was full of young and not so young people shouting at the top of their voice. It was a bit awkward for me to be there among young people. The music was so noisy; not fit for those old man like me. Out of the 18, I think only 4 songs I found nice to hear. The rest was all bising. Anyhow that was not the point I went to the show. I tuned to Pelangi FM before arriving. The sound quality in radio was not the same as on stage. Then on the TV production side I felt like screaming. Many shots were like those in 80ies. This is the problem when you know how to produce musical programme. Then I remember sequences in Michael Jackson’ Here It Is. The producer should see the movie and learn the negotiation and discussion about lighting, sound, stage and camera work. Can’t remember who won. I was lazy to write when MC announced the result. Anyhow I managed to take some photos of the function.

CANON EOS 7D

I was invited by Interhouse Company, authorized dealer of Canon Brunei to a launching of yet another new DSLR brand Canon Eos 7D camera. The unveiling was by done by Pehin Dato Lau Ah Kok, Japanese Ambassador to Brunei and Interhouse GM Mr Wong.

EOS 7D offers a high continuous shooting rate of eight frame per second to capture fast moving action sequences at maximum burst of approximately 94 shots for jpeg images and 15 shots in RAW. There was a talk on photo journalism following the function by Brunei Times Chief Photographer. I gain a few hints such as the difference of general photography with a photo journalist photography. When composing the picture, general photography is just like a “noun” whereas photojournalism is like “a verb”



The new Canon EOS 7D

Wednesday, October 28, 2009

MENUNTUN PENGANTIN

Ada perkara yang sering dilihat dan kelihatannya mudah. Tapi bila dipohonkan untuk awda melakukannya, ada yang memberi seribu alasan supaya dia tidak dipilih. Saya belum cukup ilmu… saya kurang tau apa yang perlu dilakukan, ada orang lain lagi yang berpengalaman dan macam macam alasan.



Jadi penunda pengantin indalah membari ijap seperti yang dianggap oleh ramai orang. Mungkin ditakutkan oleh pandangan orang lagi dauli.

Hari minggu lepas saya diwakilkan oleh anak saudara saya untuk menunda anaknya yang menjadi raja sehari. Itu pengalaman pertama saya. Saya tidak banyak soal. Januari akan datang ini insya Allah saya bakal menerima pencen tua. Maknanya saya sudah tergolong dalam kumpulan orang tetua. Saya rasa ini satu task yang orang tua perlu laksanakan. Nah bagaimana rasanya ? Bagi saya biasa-biasa saja. Saya kena menyemak susunannya saja. Keluar rumah langkah kanan. Apa sebabnya ? Saya tidak tahu dan belum mahu tahu. Lepas itu memastikan bunga dian ada bersama. Begitu juga tukang kiap dan pembawa payung. Sebagai penunda saya harus sekereta dengan pengantin dan pengangun.

Masa dulu mengikut cerita orang tetua memang memberi watir. Tukang tunda pengantin mesti ada ilmu penghadang. Jika tidak pengantin yang ditunda boleh semena-mena tumbang, pitam atau tersungkur. Zaman sekarang sudah banyak perubahan.. Kalaupun ada ilmu cuba-mencuba itu apalah gunanya digunakan semasa orang menyambut majlis gembira. Lainlah ada yang upah kerana cemburu si jejaka tertambat dan dapat ditawan hatinya oleh sidara.

Zaman moden ini belum lagi majlis kahwin sudah kelihatan kemesraan kedua mempelai itu. Jalan ke sana sini bersama-sama. Majlis kenduri dirangka sebegitu rupa supaya ketibaan pengantin lelaki untuk majlis persandingan berlangsung semasa undangan pengantin perempuan masih menjamu selera. Jika tidak, jemputan itu akan cepat bersurai. Mereka kata tidak payahlah lihat wajah mempelai kerana sudah sering bertembung semasa belum nikah lagi. . Ini bukan zaman dulu di mana ramai orang begitu ternanti-nanti untuk melihat si dara atau si teruna.

Saya perlu pegang erat tangan pengantin. Sebelum masuk saya bimbing pengantin untuk putar naga dulu. Putar hala mana ? Ikut putaran jam atau anti putaran. Akhirnya buat anti putaran jam. Putar naga ini pun satu hal juga. Saya tidak tahu cerita di sebaliknya. Kerana sebutannya naga, mungkin ada pengaruh cerita naga cina yang mencari kumala. Tapi bagi saya mudah saja. Mungkin dalam proses berputar itu para hadirin berpeluang menjenguk wajah pengantin yang dipakaikan pakaian terbaik . Itu saja. Naik pelamin tentu mata menghala kepada pengantin. Saya sebagai penunda tidak gagaran kerana sudah terbiasa naik pentas masa kerja dulu. Kemudian tiba bab menapakkan tangan pada kepala pengantin perempuan. Ini pun satu hal. Yang membatalkan air sembahyang ialah tangan pengantin lelaki bukan tangan saya. Saya pastikan saya tidak tersentuh kepala pengantin bini. Soal kedua ialah mahu tapak bahu sebelah kanan atau kiri dulu. Saya ambil keputusan untuk tapak bahu kanan pengantin perempuan atau sebelah kiri saya.


Salawat ? Anak buah saya yang mengepalai. Kemudian doa pengantin. Saya diwakilkan untuk membaca. Saya hanya diberitahu untuk menunda pengantin sehari sebelum majlis persandingan itu. Kena research juga. Tidak payah masa sekarang ini. Buka Internet. Ada banyak doa di sana. Sesuaikan saja.

Bagitulah pengalaman pertama kali jadi penunda pengantin.

Saturday, October 24, 2009

PESTA BUAH-BUAHAN TEMBURUNG

Jumaat lepas saya ke Temburung. Hajatnya untuk membeli buah-buahan dalam pesta buah-buahan yang dianjurkan selama tiga hari berakhir esok hari (Ahad.) Kuat hati ke sana bila mendengar iklan makan sepuas-puas hati buah-buahan yang disediakan dengan membayar pada kadar minimum-lima ringgit. Sayang saya tidak berpeluang masuk ke gerai itu kerana sasaran untuk makan durian sudah tertutup. Durian sudah habis. Masa akan datang jika acara sebegini hendak diadakan cuba cari penaja yang dapat menyediakan durian dalam jumlah yang banyak atau insan yang bersedia untuk bersedekah durian. Tidaklah orang-orang dari BSB rapan-rapan. Perjalanan ke Temburung mengambil masa panjang terutama menunggu que untuk menyeberang dengan feri. Saya sampai dalam jam sembilan setengah pagi. Yang ada cuma Rambutan dan Tampui. Saya tersengih bila memikirkan perlu membayar harga minimum. Lebih baik saya membeli seikat rambutan di luar gerai yang lebih murah harganya. Mengenai tampoi itu berapa banyaklah yang dapat saya makan. Paling banyak lima biji. Lima biji itu berapa harganya. Inda kan sampai lima ringgit ?


Nah bukan mudah untuk mendapatkan harga murah waimapun buah itu dipunyai oleh penjual sendiri dan bukan di dapat dari orang ketiga.



Suatu yang menarik dalam pesta buah-buahan Temburung ialah pengetengahan buah-buahan yang jarang dilihat. Tahu saudara apa nama buah ini ?


Lagi dua contoh jenis buah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.


Buah Surapit ini pun jarang-jarang ada di jual di tamu. Masa damit dulu saya dikenalkan oleh orang tua dengan buah Santul yang seakan-akan buah Surapit. Mungkin dari famili buah yang sama

.
Antara kerjatangan yang dipamerkan oleh orang Temburung. Saya lupa bertanya berapa harganya.

11th ASEAN FOOD CONFERANCE 2009.

Minggu ini Saya hendak memperkatakan tentang 11th ASEAN Food Conference 2009. Saya menghadziri bersama Penerbit yang menjadikan bahan itu sebagai isu dalam rancangan Tinjauan yang saya menjadi penulis skripnya. Kehadiran saya di Persidangan itu ialah untuk memahami secara dekat perbincangan dan pembentangan kertas kerja. Menghadiri acara persidangan ASEAN bukan baru pada saya. Terasa juga nostalgiknya bila mengingati penglibatan saya dalam ASEAN COCI di masa dalam perkhidmatan dulu. Masa kini saya hanya mengenali beberapa orang tempatan yang menjadi sauh persidangan. Di masa lalu dalam sidang seperti ini malah berjumpa dengan rakan-rakan dari negara sahabat walaupun dalam komiti ASEAN yang berlainan. Mungkin mereka juga sudah berpencen seperti saya.

Banyaknya kertas kerja yang dibincangkan. Ada yang mudah difahami dan ada pula terlalu saitifik. Maklum saja tema persidangan ini ialah Sains Makanan dan Teknologi: Pendekatan Inovatif dan Peluang Bagi Pasaran Global. Ini memanglah penting dari segi kecukupan makanan dan untuk memastikan keselamatan makanan yang menjadi keutamaan penting dunia terutama dalam menghadapi pertumbuhan penduduk dunia yang dijangka meningkat ke 2.6 umat menjelang 2025.

Ada kertas kerja yang memperkatakan tentang catfish. Salah satu ialah cadangan untuk menjadikan ikan itu bahan sosej. Okey pulang tu. Tapi bila saya katakan apa dia catfish kepada Penerbit saya, dia memberi reaksi yang kurang selesa. Sebenarnya dia tidak tahu apa dia catfish. Saya terangkanlah pengalaman saya semasa berada di Vietnam. Saya melihat catfishnya itu seperti Badukang tapi saisnya amat besar. Hampir tiga kali ganda dengan Badukang tempatan yang sudah dewasa. Mungkinkan itu bahan yang dijadikan sosej itu ? Atau catfish mungkin boleh saja diterjemah sebagai Keli, Sumbilang, Utik, Gaguk atau yang sempama di bawah satu keluarga yang sama. Saya melihat di Kampung Air, Badukang sudah pupus. Dulu tugasnya ialah sebagai pembersih. Gugur saja najis dari atas, berebut Badukang memuluk dan menungap sisa dari dalam perut itu. Barangkali itu sebabnya Penerbit saya terasa jijik bila catfish mahu dijadikan sosej. Kita geli gaman tapi orang lain sudah merangka bahan itu sebagai peluang keemasan dalam perniagaan.

Banyak masa saya berada di kamar yang membincangkan penemuan-penuan baru yang dijadikan projek dan dipertandingkan. Sayang tiada ada projek dari Negara Brunei Darussalam. Pengalaman ini mungkin membuka mata untuk siapa yang berkenaan membuka langkah supaya dalam siding ke 12 nanti adalah kertas projek dari Negara Brunei Darussalam ini.

SELAGI JARI DAPAT MENEKAN KEKUNCI KOMPUTER

Penyakit lama saya kembali menyampiri diri. Maksudnya penyakit pelalai. Lihat saja blog saya. Hampir dua bulan tidak ada bahan baru. Padahal musim puasa dan raya memang banyak bahan dan peristewa yang saya lalui. Saya banyak menangguh-nangguhkan ruang masa untuk menulis ke dalam blog ini. Benar saya begitu ketat dengan masa bila diberi tugasan menulis untuk radio dan televisyen pada bulan puasa dan raya lepas. Maklumlah untuk cari wang lebih semasa perayaan. Tapi sepatutnya itu tidak menghalang untuk saya menulis sepatah dua dalam blog.

Maka itu saya kuatkan hati untuk sekurang-kurangnya menyampirkan satu bahan pada setiap minggu supaya rakan-rakan yang sering singgah di blog saya tidak bertanya-tanya apa telah jadi dengan saya. Senenarnya saya masih menulis dan kegiatan itu akan saya teruskan selagi jari dapat menyacak kekunci komputer.

Saturday, August 29, 2009

DRAMA RADIO

Sepanjang bulan Ramadhan saya diberi peluang oleh Rangkaian Harmoni untuk menulis drama harian (asalnya harian kemudian ditukar ke alat hari. Maknanya saya kena menyediakan sekurang-kurang 15 episod cerita yang bertemakan Ramadhan. Dalam hebahan rancangan itu nama penulisnya ialah Anas Afandi. Itu nama anak saya yang bungsu. Saya sertakan sedutan salah satu episod drama berkenaan.

FX SUASANA RUMAH

Haji Kadir
Ku dangar kau kan betanya soal puasa.

Suhana
Auw. Nini bini suruh jumpa kita. Ia inda tejawab.

Haji Kadir
Payah jua soalanmu atu.

Suhana
Ani saja kan tau Nini. Soal zaman sekarang pulang ni. Lagi daulu barangkali inda pernah tejadi.

Hajah Bidah
Jangan tah ikut-ikutan mun alum pernah tejadi. Cuba tah kau dangarkan arah nini laki mu.

Suhana
Soal ani ku tebaca dalam Internet pulang.

Hajah Bibah
Melalui komputer tu nininya.

Haji Kadir
Bukan belaku di negeri kitani kali.

Suhana
Banar tu. Tapi ia melibatkan orang Islam.


Hajah Bibah
Macam mana bunyinya. Cubatah kau lakas dangarkan arah ninimu.

Suhana
Cam ani bah Ni. Karang ani macam-macam cara orang kan mendesak supaya pihak tetentu mendengar suara bis sidia. Salah satu caranya ialah dengan mogok lapar.

Haji Kadir
Mogok lapar ?

Suhana
Auw. Ia tah ada yang ikut mogok atu kan meniatkan mogok laparnya atu dengan berniat puasa sunat. Macam mana tu Ni ?

Haji Kadir
Bebagai-bagai saja kan di dangar zaman baru ani.

Suhana
Kami ani saja kan mendangar fikiran orang tetua. Kadang-kadang indah-indah macam ani dikurapakkan di universiti.

Hajah Bibah
Mengapa dikurapakkan ?

Suhana
Saja kan membuka minda.

Haji Kadir
Mun kidiaku sanang saja tu.

Suhana
Macam mana sanangnya Nini ?

Haji Kadir
Niat puasa ani merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat. Inda kira puasa wajib, puasa sunat atau puasa kadza. Letaknya, ni nah di hati ah. Mun kan berazam ingin melakukan puasa, berniat tah dahulu sebelum menjelang fajar, atutah yang dikatakan niat.

Hajah Bidah
Sebaiknya beniat lapas sembahyang Isya’ sebelum fajar atau beniat untuk keseluruhan bulan Ramadhan. Mun telupa kitani sudah beniat.

Suhana
Beniat puasa sunat masa melakukan mogok lapar atu cammana Nini ?

Haji Kadir
Inda pulang pernah tejadi lagi daulu apa lagi dalam Negara kitani yang aman damai ani.

Suhana
Ani saja-saja kan betanya Nini.

Haji Kadir
Niat atu sudah bebelah bagi. Mogok lapar atu hal dunia. Beniat puasa sunat atu betujuan akhirat. Bisai inda dicampur aduk. Mun bepuasa sunat di rumah saja. Bahapa kan keluar mogok lapar. Mun kana tangkap apa penjawab. Inda jua kitani mengatakan aku sedang puasa sunat, bukan mogok lapar.

Hajah Bibah
Maknanya inda tah boleh tu ?

Haji Kadir
Ani kes kan belindung di sebalik perbuatan agama. Inda jua manasabah tu. Lagipun nini dangar orang yang mogok lapar ani inda makan. Tapi minum boleh. Cam mana tia kan dikatakan puasa sunnat.

SUNGKAI DI RESTOREN

Puasa Ramadhan sudah masuk minggu kedua. Tidak terlambat saya mengucapkan selamat menunaikan fardu puasa kepada awda sekalian. Bahan-bahan yang saya tulis dalam satu dua minggu anipun banyak yang bertemakan puasa. Misalan dalam Katak Atas Tempurung saya menulis tentang bersungkai di restoren yang merupakan satu fenomena baru masyarakat tempatan. Sedutan KAT atu saya sertakan bersama.

Mari kita lihat lebih mendalam kenapa timbul keinginan untuk pergi ke buffet sungkai ini. Alasan yang sering didengar ialah kekuatan daya beli masyarakat Brunei. Alasan lain ialah orang suka mendapatkan pilihan sajian yang beranika. Tapi, ialah seperti yang dialami, sebutir kurma dan seteguk air menghancurkan keinginan itu. Lihat suasana tempatan dan bandingkan dengan negara jiran terdekat. Di negara jiran, mereka yang bersungkai di luar rumah terdiri dari ramai kalangan pekerja yang tidak sempat pulang atau mereka perlu segera memenuhi syif kerja. Bilangan mereka ini ramai. Maka hotel-hotel mengambil kesempatan menyediakan buffet sungkai. Kita di Brunei lain keadaannya. Kita pergi ke restoren dan bukan didesak oleh kesuntukan masa. Pejabat-pejabat kerajaan berakhir jam dua petang dan swasta pula bagi mereka yang berugama Islam lazimnya tamat pada jam tiga.

Akhbar mingguan negara jiran ada melaporkan cuma 1.4 peratus dari kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara yang diiktiraf halal. Sehingga Mei lalu hanya 27 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai dapur utama yang diiktiraf halal. Berita itu sudah tentu layak difikirkan di amati. Kita di sini amat peka dengan bahan dan alat penyediaan masakan. Begitu juga dengan tempat-tempat peribadatan. Hebahan dan ceramah sering memberi pendekatan pada topik ini. Maklumat dan pegajaran inilah yang memberi konfiden bagi ramai ahli masyarakat terutama mereka yang peka terhadap kehendak amal ibadat untuk pergi ke buffet sungkai; bukan sebab ada duit atau banyaknya juadah. Itu cuma alasan sampingan.

Friday, August 14, 2009

SKRIP DRAMA TV "GERBANG"

Saya menerima surat makluman dari Radio Televisyen Brunei pada 13hb Ogos 2009 memberitahu skrip drama TV saya yang bertajuk Gerbang diterima untuk diterbitkan. Skrip ini dihantar dua tahun lalu. Pada tahun lepas diarah untuk diperbaiki (belum lengkap). Pada tahun 2009 ini ia sempat dihadapkan dan diluluskan. Production House yang bakal menerbitkannya ialah MMQ Mediawork Brunei.

MoU DEWAN BAHASA

My writing Katak Atas Tempurung will soon be in a book form. The MoU signing ceremony was held on Monday, August 10th 2009. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, the publisher was represented by the acting Director Puan Hajah Aminah bte Haji Momin. The book will comprise the features written between year 1998 to 2000.





Thursday, August 6, 2009

SEMINAR PENGGAMBARAN

Saya berkesempatan menghadiri Seminar Canon anjuran Interhouse Co Brunei di adakan di Empire Hotel tengahari tadi 6hb Ogos. Tiga orang pensyarah didatangkan dari Singapura bagi menerangkan tentang kamera Canon keluaran baru. Seorang dari pensyarah yang bertugas sebagai Journalism cameraman memberi tips bagaimana mengambil gambar bagi keperluan akhbar dan majalah.


Kamera Canon terbaharu yang berfunsi sebagai kamera pegun (still camera) dan juga kamera video. Saya melihat banyak attachment yang perlu dipasang. Tidakkah berat jika menggambar video bagi acara yang pantas ? Ani gambar kenang-kenangan. Inda tau enam bulan akan datang gambar ani menjadi out of date bila ada model baru.


Ani dia expertnya dari Singapura. Katanya kamera ani menghasilkan gambar berkualiti HD. Wow, pasti tajam dan menarik. Nganya berapa harganya ?


Salah satu gambar sebagai tip menggambar untuk akhbar dan majalah. Lihat bentuk cahaya dalam gambar tersebut.


Fikir kamera 5D atu sudah canggih. Rupanya ada lagi yang hebat. Sekarang sudah ada model D5 Mark II

Tuesday, August 4, 2009

PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT CLINIC (PSA)

I conducted a clinic on PSA Radio Production today. PSA stand for Public Service Announcement. Last month I conducted the same subject but more elaborate since it’s a Bengkel. Participants had chance to practice what they learn.

Among the subject taught were how to produce an element of theatre in the mind of listeners, differences of PSA and commercial advertisement, duration, Tata Amalan Penyiaran. The clinics also held a critic session on present PSA and how to improve them.



Deep thought on the assignment. Last month Bengkel participants.


Something funny on your script Shahrizan ?


From script to audio. Each group presented their own PSA subject.

Sunday, August 2, 2009

GAPLAH

I was invited to write a citation for Malai Yunus Malai Yusof, a local cartoon artist, for his latest collection in GAPLAH. Malai Yunus or popularly known as NOH has produced four cartoon books. He was an active artist for Media Permata and Borneo Bulltein in early 90ies. Right now he’s in final year for his degree course in BA Brunei Studies at Brunei Academy, Universiti Brunei Darussalam. Congratulate bro.




Relatives give support to Noh on Hari Pelancaran at the Mall.


Majlis Hari Pelancaran was officiated by Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman, me, the citation reader and Noh the writer/artist.


SUT glanced at the contents.The themes were mostly on Brunei lives, enviroment and its people. Of course they're from Noh point of view.


Anak cucu turun bagi majlis Pelancaran. Everybody has their own tasks.


Checking the MC script. Make sure the presenter has corrects words during deliveration. Not easy ah, lidah boleh begulung.

Thursday, July 23, 2009

DOLLAR AND CENTS

Aku nak start down loading pics. Aku banyak pics tapi proses downloading yang mengambil masa atu yang membuat aku malas. Ku rasa membubut masa atu yang membuat tenaga luntur. Satu minit= berapa ringgit ya. Karang ani terpaksa tah mengira indah-indah ani dalam dollar and cents. Tapi bila berjaya meuploading pics bertenaga pula rasanya.

Lagi daulu banyak kali memberi khidmat FOC. Mun sudah beumur ani inda jua dapat didulur cam atu. Sekurang-kurangnya secawan teh tarik pun okey jua tu. Jangan budai.


Apa isyarat telinjuk ke mulut atu ? gagas jua. tetamu masih di rumah ah. Ani cucu kemanakan bersama suami.


Secalak wajah babunya, Hjh Shaheraah. Ia ani nurse. Pesakit lakas baik mun ia membari senyuman cam ani setiap ari. Teringat pulang lagi "Jamilah" nyanyian Sudirman

Monday, July 20, 2009

BERTANYA KHABAR

Rakan-rakan bertanya khaabar kenapa inda ada tulisan baru. I check the last date of me downloading materials. Wow, nothing new for almost two months. Actually, banyak pulang materials and pics kan di download tapi masa menekan saya supaya menyiapkan skrip yang datelinenya hujung Jun dan Julai. In between saya juga mengendalikan tiga Bengkel. Sebab atu sedikit rush. Karang ani dapat sudah bernafas sedikit. Banyak isu panas-panas masa ani: H1N1, caruman baru bagi memegang TAP, dan istilah-istilah yang orang karang ani kurang maklum makna.

Saya perturunkan dua teks tulisan saya dari sedutan ruangan Ole Ole Pop di Nasional FM. Selamat mengikuti.

KAKAI-KAKAI

“Kita apa kita buat selama dua minggu terakhir ani. ?” Saya bertanya kepada seorang lagi teman pencen. “Aku ke Dewan Bahasa” ringkas saja jawapannya membuatkan rakan pencen lain terpegun. Bahapa ia ke Dewan Bahasa “Kediaku ke kadai buku.” sambungnya “Malas ku bejumpa kawan-kawan di sana. Takut mengganggu bis sidia bekaraja” Maklumat kedua ani menambahkan lagi kusut fikiran kami. Akhirnya seorang teman mencelah.

“Ke Dewan Bahasa atu bahapa ?” Dikatakan kawan ani menghantar tulisan untuk dimasukkan dalam majalah, inda jua. Ia bukan tergolong dalam kumpulan penulis. Tapi inda tau. Manalah otaknya mula berkarya bila umur tua. “Meliat kamusku di kedai buku Dewan Bahasa” Lain sekali hajat teman pencen seorang ani. “Malas ku kan naik bejumpa kawan. Bissidia tedapat pulang kamus atu”

“Apa kena-mengena kita dengan kamus ?” Bertali arus pula soalan yang menyusul. Memang teman lain masih kelabu dengan penerangan siteman pencen seorang ani. “Kediaku kan meng confirm erti perkataan atu” Terangnya lagi tanpa memberikan acai apa perkataan yang dicarinya makna dalam kamus. “Pecucuanku betanya arahku. Tahu pulangku makna perkataan atu. Tapi kerana khuatir disalah-ertikan bekarihku ke Dewan Bahasa mencari makna dalam kamus.”

“Adatah kita jumpai perkataan atu” Seorang lagi teman pencen bertanya walaupun belum disebutnya apa perkataan atu. Seorang teman pencen kemudian mencelah. “Kita ani malar menyabut membuka kamus. Membari tau jua perkataan atu ada dalam kamus tapi inda membari tahu perkataan yang diunjar” Jelas kedengaran patah-patah soalan si kawan ani.

“Kufikir tah abis kita tau. Tapi ku rasa abiskita mendangar perkataan ani. Sebuk jua kitani olehnya. Orang tetua peumuran kitani atau lebih tua tatap tau makna perkataan atu. Tapi anak muda barangkali baru tah kali atu ia mendangar”

“Apa perkataan atu ?” Tinggi suara teman pencen seorang ani. “Atu bah perkataan yang disabut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan atu” Perkataan ‘kakai-kakai” atu kah ? teman seorang ani mahukan ketegasan.

“Atu perkataan original Bahasa Brunei tu. Ia tah pecucuan ani bertanya apa makna kakai-kakai atu. Mahu inda mahu mendraiv ku dulu ke Dewan Bahasa. Ku liat arah kadainya atu ada Kamus Brunei. Bila semak memang ada perkataan atu.”

“Aku lain pulang pengertianku bila disabut perkataan “kakai” atu.” Seorang teman pencen pula mengulas.

“Apa yang terlintas di otak kita ?”

“Ingatku kan yamullah perindungan. Ia ani bepenyakit ampus. Dahulu atu mana jua kan gagas-gagas ke hospital bila disinggahi penyakit. Abis-abis merawat cara kampung. Ia tah bila datang ampusnya atu gagas tia melagau kaka. “Kakai” ku lai.”

“Auw ah banar jua tu. Kakai atu mengurut dengan jari. Jejari di tekan kuat sedikit. Mun mengakai orang ampus di ulu hatinya atau belakang, nyaman rasanya tu. Keluar tarap. Karang ani inda lagi orang pandai mengakai. Tarus dibawa ke hospital mun ampus. Tarus menyiruk ubat membuka laluan pernafasan yang mengecut.”

“Lurus pulang makna kakai atu. Atu mun disabut sekali. Dalam titah tempuh hari Ke bawah Duli menitahkan dengan menyebut kata berulang ‘kakai-kakai”.

“Atupun ada dalam kamus Brunei atu” .

“Apa tah maknanya ?”

“Dalam Kamus Brunei disebutkan sebagai gopoh-gapah ketika melakukan sesuatu. Dibarinya lagi contoh ayat: “kakai-kakai” ia menyiapkan keraja atu, hasilnya pun inda sempurna.”

“Faham tah cucu kita atu makna perkataan kakai-kakai atu ?” menyusul lagi satu soalan. “Inda pulang ku betanya. Tapi ia ani rajin. Bekarih lagi ia meliat teks titah Kebawah Duli atu dalam Internet. Ku fikir faham tia karang ani.”

“Pari saja kitani kan menggunakan perkataan asing. Perkataan Brunei ani bisai bah. Ampuh. Teman pencen ani membuka tutup mulut dan hidung dan terus menghirup teh panas pagi atu.

ON CALL

Ari atu saya singgah di kadai kampung kami. Tejumpa tah kawan lama. Ia lebih awal pencen dari saya. Biasalah ditanya apa di buat masa ani.

“On call ku selalu ji” ia membalas. Otak saya pun mula berfikir apa yang dimaksudkannya sebagai “on call” atu. Istilah atu biasanya digunakan oleh doktor atau kumpulan kerja yang menghendakkan tugasan segera seperti bomba, polis atau hospital. Tapi yang saya tau ia sudah pencen. Mana lagi bekeraja. Dulukan bertugas di hospital. Saya tahu salah seorang anaknya ada menjadi doktor. Jangan-jangan ia bertugas sebagai sukarewan semasa wabak H1N1 ani. Mungkin jua anaknya doktor atu membawa kedia.

“Aji apa buat ?” sapanya kembali.

“Ia tah menggerakkan minda. Menulis sedikit-sedikit. Saya masih memikir-mikir tentang istilah “on call” dari teman pencen antadi. “Bukannya apa-apa. Dulu kitani on call membuat liputan rancangan mendadak. Ani lain on callnya. On call mengaga cucu dari sekolah.”

Nah sekarang jelas tia kepada saya. Rupa-rupa tugas on call atu mengaga cucu. Zaman dulu masa anak-anak lagi damit sampat pulang kami mengaga bissidia datang mulih dari sekolah walaupun karaja betimbun. Sekarang ani bila bisidia sudah berumah tangga keadaan atu inda lagi sama. Mun sudah laki bini bekeraja, masa sebuk, waimapun masing-masing tedapat kereta, inda jua teaga anak atu. Mahu inda mahu tugas atu diturunkan kepada indung bapa. Atu tah yang dimaksudkan oleh kawan saya sebagai “on call”.

Monday, May 25, 2009

JAPANESE GESTURE

This is a story of a friend attending a Malay wedding with a Japanese tourist.
See how two customs deliver their "buahtangan"

“Ari atu saya ke rumah orang kahwin sama seorang Jepun” Ia memulakan cerita.
“Sebelum kami pergi orang Jepun atu betanya apa patut ia buat di majlis atu. Apa pakaian dipakai. Saya pun memberitahu serba sedikit majlis perkahwinan orang Melayu” Saya terus mendengar.

“Saya membari tahu teman Jepun atu, bila ke majlis orang kahwin biasanya tamu yang datang dijamu. Sebelum jamuan ada ziarah keluarga pengantin. Mun pengantin lelaki, pengantin atu sendiri ikut sama berziarah. Mun pengantin perempuan keluarganya saja yang berziarah. Selesai berziarah baru sama-sama mengaminkan doa selamat”

“Orang Jepun atu bertanya apa perlu dibawa. Jika ada derma berapa harus diberi. Atau bolehkah membawa hadiah ? Kawan saya jawab, dua dua boleh. Bawa hadiah pun boleh, menghulurkan wang pun boleh.”

“Mun menghulurkan derma atu seangkat-angkat hati. Maknanya berapa saja yang digerakkan hati. Kalau dalam keadaan biasa, dua puluh ringgit atu manasabah. Jika lebih terpulang pada buget” Si kawan atu terus becerita pengalamannya menyampaikan maklumat pada orang Jepun. Ia mengambil nafas sebentar. Ani peluang saya bertanya.

“Ada apa-apa yang inda kena ?

Kawan saya atu senyum saja. “Saya memerhatikan cara orang Jepun atu bersalam. Ia berdiri kemudian membongkok sedikit. Lapas atu baru ia mengunjuk dermanya.” Kawan saya terus bercerita.

“Biasa jua orang Jepun membari hormat cam atu. Kenapakan ? Dermanya beribu-ribu ringgitkah ?” Saya mencelah.

“Nah cuba Aji liat cara Jepun ani besalam. Ia berdiri, kemudian tunduk sedikit, bersalam. Lapas atu baru ia menyampaikan buah tangannya. Cuba Aji bandingkan dengan cara orang kitani menyampaikan derma”

Saya inda tau apa yang dimaksudkan oleh teman pencen saya. Lain sekali penelitiannya. Mungkin ani yang menjadi fokas ceritanya.

“Sama jua kitani macam Jepun atu. Besalam dan menyampaikan derma” ulas saya pendek.

“Inda sama Ji. Orang Jepun terang-terangan menyampaikan derma. Kitani mengunjuk sarung surat cara berselindung di sebalik salam”

Rupanya atu yang hendak disampaikan oleh teman pencen atu. Soalnya, apa isunya ? Saya memandang mukanya minta penjelasan. Ia mengerti.

“Saya concern mengenai cara orang kitani menyampaikan sarung surat derma atu bah. Mungkin saya terpengaruh dengan iklan anti rasuah”

Di sana rupanya puncak cerita si kawan pencen ani. Artinya ia takut budaya bersalam sambil mengunjuk sampul surat derma atu menyamai cara-cara orang memberi rasuah. Ia mahu telus. Salam dulu baru unjukkan derma.

MANILA POLICE

Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 31hb Mei mengingatkan saya pada soal senjata. Dan ini pula ada kaitannya dengan sebuah berita dalam akhbar baharu-baharu ini yang melaporkan sembilan puluh peratus dari anggota polis di Manila tidak cekap menembak. Ertinya sasarannya sering tidak mengena.

Saya tidak pernah memegang pistol kerana tidak ada kepentingannya. Saya hanya melihat pelbagai jenis pistol melalui gambar dan cerita-cerita wayang. Payahkah menuju sasaran ? Mungkin juga. Awda pasti pernah melihat cerita-cerita wayang di mana adu tenaga menggunakan pistol. Tidak kira cerita itu wayang Hindustan, wayang Melayu, wayang Filipina atau wayang orang putih, setiap kali ada pertelagahan menggunakan pistol, jarang mangsa rebah dengan sekali tembak. Mesti ada tembak menembak dulu sebelum ada yang menjadi mangsa. Tidak tahulah sama ada babak itu senghaja dipanjangkan bagi menimbulkan rasa cemas penonton atau memang bagitu keadaannya; payah untuk menumbangkan sasaran dengan menggunakan pistol. Malah ada babak di mana jarak penembak dengan sasaran bagitu dekat. Oleh kerana orang yang ditembak itu adalah hero dalam cerita, ia tidak cedera. Kalaupun cedera, sasarannya sipi dan hanya mengena pada anggota badan yang tidak membahayakan. Saya tidak tahu kepantasan peluru keluar dari muncong pistol. Tapi bagitulah, ada kalanya seorang hero mampu mengelak tembakan pistol waima dari jarak dekat.

Berlainan dengan cerita-cerita koboi pada zaman dulu. Kepantasan menembak menjadi penentu samada seorang itu seorang hero atau sebaliknya. Sebarang pertelagahan atau dispute ditentukan dengan aksi pantas mencapai pistol dan menembak musuh. Lihat betapa kemampuan seorang koboi menewaskan lawannya. Walau mereka melangkah dua tiga tapak, bila mereka segera menoleh secara berdepan, mereka mampu menggunakan pistol secara tepat dan cepat. Sesudah itu pistol diputar-putarkan dan disarongkan di pinggang.

Sunday, May 10, 2009

INDONESIAN MAID

Today is the departure of our Indonesian maid (amah) . Officially she was my son’s maid. But occasionally she came to my house to help cleaning my rooms and backyards. Of course we paid for the service besides her getting the monthly salary from my son.

We were a bit sad to see her leaving us. She was a good maid. Not that she didn’t want to continue working in Brunei after four years with us. But she told us, her children want her to be with them. She has two children below five years old. This is a big consideration. As ordinary people from remote kampong in Jawa (she said she had to travel by bus almost 2 days from Jakarta before arriving at her home) she needs money. But family comes first. So reluctantly she said she wanted a break. So this was a departure for good. We promised her, we would welcome her if she decides to come to Brunei again.

The maid brought back four bags. One of the bag contained chocolates and food stuff for her children. I was sure the baggage would be excess. But we just cannot say anything. I can imagine when she arrives at home. Every family member would be waiting for her for any small gifts; gifts from Brunei.

At airport, my cucu cries for our maid. We told her, untie is going back to be with her children in Indonesia, to work in bendang. My cucu said she wanted to go with untie to bendang. She kept on crying and didn’t want to let go our maid. The younger sister also cried. She wanted our maid to cradle her. This is understandable. The maid came four years ago when the older cucu was two month old. The younger one was in her upbringing since her birth.

We hoped our maid would be safe in her journey back to be together with her family in Indonesia.

Tuesday, May 5, 2009

BAJAU

There is a local Brunei perambahan “Kaya-Kaya Bajau.” If we refer to race distribution in Brunei, Bajau is not mention as indigenous group. Bajau is one of the 30 different ethnic races in Sabah with over 80 local dialects. The Bajaus are known for their many skills, from farming rice to rearing water buffaloes and making boats to riding horses. They are established mostly in Sabah’s coastlines, near the sea which is a central part of their culture. A peaceful lot, the Bajaus often put on shows demonstrating their awesome skill in horse-riding and handling for visitors during the annual ‘Tamu Besar’ Festival in Kota Belud.Sabah

But why Kaya-Kaya Bajau ? This is something to do with observation by old generation when Sabah was part of Brunei Empire. According to abis orang tetua the Bajaus have a unique habit: If they have money they’ll spend until no more in their hands. If somebody has the same habit (though he’s is not a Bajau) that person would be called Kaya-Kaya Bajau. Are the Bajaus have this habit in this modern days? Not likely nowadays. Some are rich and prosperous with lot of share in big establishments and money in banks. So what perumpamaan we’re to refer when confronting this group of people who spend vigorously until they’re broke ?

Sunday, May 3, 2009

MENJEJAK KAMPUNG

Menjejak Kampung just concluded this afternoon. Kongru to organizers. As mantan RTB staff, I went for the visit on the 1st and 2 day. I manage to jot down a few stories for my Katak Atas Tempurung column. I cannot squeeze my time on 3 day (today). but did tune to Harmoni FM this afternoon. Must be syok when Mukun was held at kampung. I could imagine DJ-DJ and orang kampong went for the joget dance on stage.

Yesterday I was interviewed life on National FM (if I was not mistaken). The DJ asked me to comment on language spoken by Radio DJ. My understanding was the Malay usage. Well, I know they have a tough time. Just imagine how many words they utter in one hour… in a day. It should be 100 perfect. No mistake, no error. That’s what their stakeholders want.

But I was a bit “girigitan” when DJ makes simple mistakes. Examples – mereka-mereka when referring to many people. Mereka is already plural. Why repeat mereka-mereka. Some cannot differentiate between “pedalaman” and “pendalaman” Pedalaman is interior – and don’t be mistaken with pendalaman which means to deepen. The difference is only on “n” . One with “n” and another without “n”.

Another phrase which is supposed to be a doa. Semoga awda sampai ke distinasi yang dituju. Distinasi is enough. Distinasi means the place u want to go. Don’t repeat.

ON "MELAYU"

I’m reading a book, Saya Pun Melayu by Zaid Ibrahim.
I also read Ke Luar Jendela by Dato Hassan Ahamd.
…and Blogging To Unblock by Dr Mahathir Mohamad.
These writers talk about Melayu.
Last month I attended a forum organized by Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
The speakers talked about Bahasa Melayu linked to SPN 21.
“Melayu Rojak” is the inn thing, they said…. And they were worried.
I also attended a forum on Adat Istiadat Diraja Brunei
I came across various blogs that touched on Melayu.
It made me confused
Last month I sit in front of TV when Malaysia PM announced his new Cabinet.

Reading Saya Pun Melayu my mind went back to yesteryears in 60ies when I was in STAR
The harmonious environment of rural Malay students…
I remember Chegu Roslan Ahmad teaching us Malay, sometimes talk in English,
And Mr Lee teaching English giving examples of poor rural Malay families.
My mind flies to late 50ies, when I was in Darjah Enam.
Those years, I bought exercise books from PGGMB shop. The cover was the map of Persekutuan Tanah Melayu.
I seldom see the words again.
Except when travel by train from Johor Bharu to Kangar or Kota Baru
There is train named Keretapi Tanah Melayu.
Where are those words, Tanah Melayu ?
My prayer that Melayu stay permanently in Brunei.
with Melayu Islam Beraja.