Monday, November 23, 2009

YANG BERBEZA DAN YANG SAMA


Para penulis mengerumuni meja jualan buku-buku baru terbitan Pusat Dakwah Islamiah


Lama inda jumpa sejak kitani sekolah di SOAS, kata Dahlan kepada Suryani Haji Arifin pemenang kedua pertandingan Sajak anjuran Pusat Dakwah Islamiah.


Persembahan Lagu Puisi: Ini Zat Bukan Bayangku karya Badarudin HO disampaikan oleh Hans Anwar, Rosman Masri, Joe M dan Fakhrul Razi.


Perbincangan serius dua penulis, Hidup Zin dan Haji Masri Haji Idris.


Johan menulis Esei anjuran Institut Perkhidmatan Awam Siti Rozidah bte Jelani bertajuk Performance Management / Appraisal System in the Brunei Civil Service: Importance of the Benefits Associated with Performance Management / Appraisal System and Their Contributions in the Existing Performance Appraisal System.


Tetamu Kehormat Awang Sa Bali Abas, SUT Jabatan Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan.


Wajah meyakinkan dari ketua Jemaah Hakim Awang Zainal Tinggal ketika memberi ulasan tentang prestasi penulisan peserta.


Sebahagian dari para penulis yang menyertai Pertandingan Menulis Esei anjuran Institut Perkhidmatan Awam Brunei.


Petang 23hb Nov 2009 saya diundang ke Institut Perkhidmatan Awam bagi Majlis Penyampaian Hadiah Menulis Esei. Saya “kaya” lima puluh ringgit kerana memenangi hadiah sagu hati dalam pertandingan menulis itu. Itu saja yang saya dapat. Tidak ada sijil pengakuan ikut serta atau sijil penghargaan. Yang hadir Setiausaha JPM, Pmk Pengarah IPA dan ketua jemaah hakim pertandingan. Lepas itu kami dijamu minum petang. Ada teh ada kopi dengan kueh Melayu dan roti sandwich telur.

Malamnya saya hadir pula ke Majlis penyampaian hadiah Penulisan Rencana, Sajak dan Cerita Bergambar berbentuk Islam anjuran Pusat Dakwah Islamiah. Penulis yang dapat hadiah sagu hati membawa wang dua ratus ringgit dan sijil. Yang hadir Menteri dan beberapa orang Timbalan Menteri, SUT dan ahli cendikiawan UBD. Saya duduk di meja penerima hadiah, tidak di meja yang disediakan makanan dalam “dome”. Makanan kami berbentuk buffet. Yang demikian meja kami kosong. Tunggulah acara makan jam sembilan malam. Ada rakan semeja kelihatan “rapan-rapan” melihat orang mengunyah kacang di meja ber dome sambil minum minuman yang malar di refill.

Ketika makan, meja ada dome disaji dengan air sop. Saya tanya pelayan, tidakkah ada sop bagi mereka yang disediakan makanan buffet. Katanya tidak. Kerana melihat sop itu, saya tais liur dan meminta jika saya dapat semangkok. Alhamdulillah pelayan atu membawa ke meja saya sop yang sama dihidangkan di meja ada dome. Lepas makan meja ada dome disajikan dengan minuman panas. Saya tanya lagi tidakkah ada minuman itu untuk meja buffet. Bila pelayan kata tidak, saya menyurungkan gelas plastik untuk air sejuk; bukan cawan berlapik bagi di isi dengan air teh.

Saya ternampak seorang rakan yang ada gelaran dato. Ia di dudukkan di meja yang tiada dome sama macam meja kami. Masa berdiri mengambil makanan saya bisikkan padanya: ada juga cerita beza-beza di majlis sebegini. Saya fikir semuanya sama. Ia hanya senyum.

Bagitulah cerita yang diadakan di suatu tempat terhomat; Dewan Persantapan dalam Dewan Majlis Mesyuarat yang baru. Itu kali pertama saya berada dalam Dewan Persantapan itu.

Banyak rakan yang duduk di meja yang tidak ada dome itu terdiri dari para penulis termasuk yang memenangi anugerah SEA Write Award dan penulis veteran. Mereka pasti mencari bahan untuk penulisan. Tidak kira dalam bentuk sajak, syair, cerpen atau seperti saya ani. Bagi saya inilah yang saya hidangkan. Mungkin cerita kecil tapi boleh dibuat bahan berfikir. Tajuknya ada beza dan ada sama. IPA adakan majlis penyampaian hadiah. Majlisnya sedarhana. Tetamu kehormat SUT. Wang hadiahnya kecil dan tidak ada sijil. Peserta dijamu minum petang. PDI juga mengadakan majlis penyampaian hadiah penulisan. Tetamu kehormatnya Menteri Hadiahnya besar dan ada sijil lagi. Majlis diadakan di Dewan Majlis Mesyuarat Negara. Nah biskita bolehlah banding-bandingkan yang ada beza-beza dan yang sama antara dua majlis itu termasuk susunan meja yang ada "dome" dan yang tiada ada "dome...."

No comments: