Sunday, November 8, 2009

PERKAHWINAN MANUSIA DAN LEMBU


Salah seorang profesor yang menyertai persidangan membahas selesai saja Kertas Kerja dibentangkan.


Bergambar bersama artis terkenal dari Malaysia juga seorang profesor di Jabatan Anthropology dan Sociology Universiti Malaya Profesor Wan Zawawi Ibrahim. Beliau menyampaikan Kertas Kerja bertajuk Popular Culture,Identity and the Nation in Malaysia.



Antara pembentang Kertas Kerja ialah Profesor Suleman Dangor dari University of Kwazulu Natal Cape Town Afrika Selatan

Saya merasa kerdil. Perasaan diri begitu kerdil mungkin di alami juga oleh orang lain bila berada di majlis tertentu seperti dalam majlis diraja yang berisitiadat atau mesyuarat menteri-menteri. Baharu-baharu ini perasaan itu juga hadir bila berada dalam sebuah majlis ilmu, International Confererance on Malay Culture and Society yang dikendalikan oleh Universiti Brunei Darussalam bersama Nasional Universiti of Singapura yang dihadiri oleh para cendikiawan, profesor dan ilmuan dari pelbagai negara.

Kertaskerja yang dibincangkan melibatkan pelbagai bidang seperti State of Malay Studies in Brunei, soal Gender, Culture and Development, Islam Nationalism and Identity, Islamic Education in the Malay World dan Arts in the Malay World. Sudah tentu dalam lingkungan para ilmuan ini pelbagai hal di dengar termasuk isu yang pelik dan menakjubkan.

Misalnya ketika seorang Profesor dari National University of Singapura membentangkan kes Major Impediments to Reform of Ideas on The Muslim Law: the case of Singapore beliau menyatakan terdapatnya banyak hadangan dan masalah dalam isu-isu agama Islam kerana terdapatnya bidang kuasa yang berlainan antara yang mengurus soal agama Islam (MUIS) dengan pemerintah disatu pihak.

Pandangan ini dibahas dalam sesi soal jawab. Ada dapatan-dapatan yang lebih (mungkin) belum terfikir oleh kalangan tokoh agama di Negara sebelah sini. Soal perkahwinan sesama jantina di Barat sudah juntah didengar. Apa yang diperkatakan oleh seorang lagi profesor dari negara yang sama ialah tentang satu perkahwinan manusia dengan lembu di India. Maka ditanyakanlah pada “religious authority” apa hukumnya ? Tidak cukup dengan soalan itu timbul pula soalan apa hukumnya memakan daging lembu yang dikahwinkan dengan manusia itu ? Kemudian didedahkan lagi dalam isu yang sama tentang bagaimana hukum “berjima’” dengan lembu tersebut ? Jawapannya yang didapat dari “religious authority” dari India mengikut apa yang dikatakan oleh profesor berkenaan, bergantung kepada penetrasi alat jantina semasa kegiatan hubungan kelamin. Ini bermakna seolah-olah ada restu tentang perkahwinan antara manusia dengan binatang.

Persidangan seumpama ini merupakan wadah berkesan untuk mengungsi hasil penyelidikan dan pengetahuan dengan masyarakat. Persidangan ini juga dapat mengumpulkan perspektif yang berbeza daripada pakar-pakar dari luar negara yang diundang untuk sama-sama mengongsikan kepakaran dan ilmu mereka bagi meningkatkan lagi professionalisma dan intelektualisma dalam pelbagai bidang dan isu.

Bagitulah bila berada dan dikelilingi oleh para ilmuan dari pelbagai bidang. Bicaranya juga beranika perkara yang ada belum pernah didengar

No comments: