Saturday, August 29, 2009

SUNGKAI DI RESTOREN

Puasa Ramadhan sudah masuk minggu kedua. Tidak terlambat saya mengucapkan selamat menunaikan fardu puasa kepada awda sekalian. Bahan-bahan yang saya tulis dalam satu dua minggu anipun banyak yang bertemakan puasa. Misalan dalam Katak Atas Tempurung saya menulis tentang bersungkai di restoren yang merupakan satu fenomena baru masyarakat tempatan. Sedutan KAT atu saya sertakan bersama.

Mari kita lihat lebih mendalam kenapa timbul keinginan untuk pergi ke buffet sungkai ini. Alasan yang sering didengar ialah kekuatan daya beli masyarakat Brunei. Alasan lain ialah orang suka mendapatkan pilihan sajian yang beranika. Tapi, ialah seperti yang dialami, sebutir kurma dan seteguk air menghancurkan keinginan itu. Lihat suasana tempatan dan bandingkan dengan negara jiran terdekat. Di negara jiran, mereka yang bersungkai di luar rumah terdiri dari ramai kalangan pekerja yang tidak sempat pulang atau mereka perlu segera memenuhi syif kerja. Bilangan mereka ini ramai. Maka hotel-hotel mengambil kesempatan menyediakan buffet sungkai. Kita di Brunei lain keadaannya. Kita pergi ke restoren dan bukan didesak oleh kesuntukan masa. Pejabat-pejabat kerajaan berakhir jam dua petang dan swasta pula bagi mereka yang berugama Islam lazimnya tamat pada jam tiga.

Akhbar mingguan negara jiran ada melaporkan cuma 1.4 peratus dari kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara yang diiktiraf halal. Sehingga Mei lalu hanya 27 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai dapur utama yang diiktiraf halal. Berita itu sudah tentu layak difikirkan di amati. Kita di sini amat peka dengan bahan dan alat penyediaan masakan. Begitu juga dengan tempat-tempat peribadatan. Hebahan dan ceramah sering memberi pendekatan pada topik ini. Maklumat dan pegajaran inilah yang memberi konfiden bagi ramai ahli masyarakat terutama mereka yang peka terhadap kehendak amal ibadat untuk pergi ke buffet sungkai; bukan sebab ada duit atau banyaknya juadah. Itu cuma alasan sampingan.

No comments: