Saturday, October 24, 2009

PESTA BUAH-BUAHAN TEMBURUNG

Jumaat lepas saya ke Temburung. Hajatnya untuk membeli buah-buahan dalam pesta buah-buahan yang dianjurkan selama tiga hari berakhir esok hari (Ahad.) Kuat hati ke sana bila mendengar iklan makan sepuas-puas hati buah-buahan yang disediakan dengan membayar pada kadar minimum-lima ringgit. Sayang saya tidak berpeluang masuk ke gerai itu kerana sasaran untuk makan durian sudah tertutup. Durian sudah habis. Masa akan datang jika acara sebegini hendak diadakan cuba cari penaja yang dapat menyediakan durian dalam jumlah yang banyak atau insan yang bersedia untuk bersedekah durian. Tidaklah orang-orang dari BSB rapan-rapan. Perjalanan ke Temburung mengambil masa panjang terutama menunggu que untuk menyeberang dengan feri. Saya sampai dalam jam sembilan setengah pagi. Yang ada cuma Rambutan dan Tampui. Saya tersengih bila memikirkan perlu membayar harga minimum. Lebih baik saya membeli seikat rambutan di luar gerai yang lebih murah harganya. Mengenai tampoi itu berapa banyaklah yang dapat saya makan. Paling banyak lima biji. Lima biji itu berapa harganya. Inda kan sampai lima ringgit ?


Nah bukan mudah untuk mendapatkan harga murah waimapun buah itu dipunyai oleh penjual sendiri dan bukan di dapat dari orang ketiga.



Suatu yang menarik dalam pesta buah-buahan Temburung ialah pengetengahan buah-buahan yang jarang dilihat. Tahu saudara apa nama buah ini ?


Lagi dua contoh jenis buah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.


Buah Surapit ini pun jarang-jarang ada di jual di tamu. Masa damit dulu saya dikenalkan oleh orang tua dengan buah Santul yang seakan-akan buah Surapit. Mungkin dari famili buah yang sama

.
Antara kerjatangan yang dipamerkan oleh orang Temburung. Saya lupa bertanya berapa harganya.