Saya baru balik dari Sabah. Di sepanjang perjalanan ada ilham muncul untuk dijadikan sebuah cerpen. Mudah-mudahan selesai dalam bulan Februari ani. Cadang untuk dihantar ke DBP.
Saya jua bercadang untuk menulis sebuah drama yang berasaskan perubahan sikap petugas peribadi semasa saya masih berkhidmat dan selepas saya bersara. Saya catatkan ani supaya tidak lupa mengenai temanya.
Lain-lain yang saya tulis setakat hari ani:
4 buah rencana Katak Atas Tempurung telah siap ditulis untuk Pelangi FM.
2 buah rencana radio telah siap bagi sambutan Tahun Baru China. Satu untuk Nasional FM dan satu lagi untuk Pilihan FM (untuk pendengar Tionghua)
1 buah rencana Ole Ole POP selesai untuk minggu pertama bulan ani. Ada tiga lagi mau disiapkan bulan ani untuk Nasional FM.
Yang mendesak pada masa ani ialah penulisan tentang Sambutan Hari Kebangsaan. Bahannya sudah ada. Tinggal lagi untuk mengolah.
Saya jua terhimpit ke tepi bagi menyiapkan drama swasta; bersiri sebanyak 13 episod dan sebuah drama one of. Mudah-mudahan RTB memberi limut. Bulan Februari ani rasanya terlalu pendek.
Yuh, mari terus menulis.
No comments:
Post a Comment