Sana sini sibuk. Latihan intensif dijalankan bagi memperlihatkan hasil terbaik untuk acara kemuncak Hari Kebangsaaan pada 23hb Februari 2008. Bendera sudah di pasang. Lagu sudah dihafal. Pakaian sudah di tempah. Jadual sudah di susun.
Ada juga kumpulan yang sudah memulakan acara. Misalnya orang seni sudah memulakan jerayawara pengucapan puisi sempena Hari Kebangsaan 2008. Acara berlangsung pada malam hari penaikan bendera besar. Tempatnya di situlah, di bawah bendera besar. Ramai yang datang. Kalau ikut istilah yang disebut-sebut, ada pemuisi elit, pemuisi veteran dan pemuisi tunas.
Seperti kata Awang Haji Jewawi dalam Sudut Sastera di Rampai Pagi minggu lepas dalam sastera tiada ada orang salah atau benar. Orang elit atau orang tunas sama saja. Apa yang diucapkan pemuisi adalah curahan hati bis sidia. Mungkin pengalaman mereka berlainan. Bahasa dan curahan pun berlainan. Mun sajak yang dibacakan atu kepunyaan orang lain mungkin cara penafsirannya juga berlainan. Ani terbawa-bawa pula pada cara persembahan. Bagitulah pandangan saya yang seumur hidup inda pernah menyampaikan sajak di khalayak. Saya perturunkan beberapa gambar yang sempat saya rakam.
No comments:
Post a Comment