Malam 24hb Febuari lalu giliran Daerah Tutong menjadi hos Kembara Puisi Merdeka anjuran DBP dan Astrawani. Ani Pg Hj Mohamad, mantan parajurit yang turut mendiklamasikan puisi. Lihat anugerah di dadanya. Barat kali.
Apa yang ditunjuk atu Tuan Sheikh ? Camar Putih menekankan satu point dalam sajaknya yang dibacakan sendiri olehnya. Pasti ia tau di mana kan bersuara lantang dan di mana pula hendak bertegas.
Gadis mengundang tumpuan. Banyak yang tertumpu pada kostum dan rambutnya.
Saya rakamkan dua gambar ani kerana gadis manis ani membuat dua persembahan dalam satu. Dia bersajak dan dia juga menyanyikan lagu sebuah puisi.
Haji Rahman Yusof, budayawan dan Sasterawan veteran. Malam atu kali pertama saya mendangar ia bersha'ir. Perubahan angin kah tuan haji ? Sha'ir lebih mudah difahami bait
kata-katanya.
kerana saya memakai telefoto lens.
Marahkah atau geram ? Biskita boleh buat interpretasi pada persembahan Haji Sulaiaman ani.
Turun menyaksikan persembahan adalah adik-adik tunas. Fahami makna puisi atu lai.
Lihat penelitian orang veteran. Apa yang didengar meresap dalam kalbu. Penyajak K Manis dan Yura Halim.
No comments:
Post a Comment