Kemarin Hari Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke 24. Ramai orang datang. Yang dijemput dan yang sukareka hadir. Dulu masa bekeraja saya inda miss datang dan bertugas. Lepas pencen saya jadi privet citizen. Inda lagi ada undangan. Tapi saya hadir juga duduk arah orang ramai. Bintang dan Pingat SMB, PJK dan PKL simpan saja dalam almari.
Anilah yang sempat saya rakam. Bendera besar ani sudah diarak dalam majlis sambutan cam ani sebanyak dua puluh empat kali. Pasti menjadi sejarah bagi pembawa-pembawanya.
Orang ramai dibari bendera kecil untuk dikibarkan. Saya inda ampit. Saya parking di batu satu, bejalan melalui Kampung Sungai Kedayan. Air tuhur. Nampaktah apa-apa yang gugur dari pelacahan. Dulu masa bekeraja saya kana bari pas kereta. Karang ani mana ada lagi. Baik jua tu. Dapat jua saya eksesais bejalan. Atu tah beza dulu dan sekarang; 24 tahun yang berlalu.
Biasanya imej orang lain saja yang dirakam. Dirinya sendiri inda. Kali ani kau. Apa yang dipistar dengan telefoto atu ? Simpan baik-baik gambar atu. Ia kan jadi benilai 24 tahun akan datang.
Nah, ani usulnya jurukamera rasmi. Angat kali wang bertugas pakai jeket ani. Tapi nya orang alah bisa tegal biasa. Cameraman di Brunei inda cimeh-cimeh. Pistar dan tarus pistar saja tia.
Nah, ani koboi dari mana pulang ni ? Banyak kali kandid di rakamnya. Orang menghala ke padang arah persembahan. Ia asyik arah orang ramai..
Kehangatan kali anak tourist ani. Bapanya releks saja. Ia tah diaga diorang di dunia sebelah sini. Pancaran matahari. Thank you for coming.
Kanak-kanakpun ramai datang. Siuk diorang melihat persembahan. Lapan puluh labih pasukan berarak hormat di hadapan majlis Kebawah Duli. Pegang bandera atu lai kuat-kuat. Atu tah lambang Negara Brunei Darussalam.
Tema sambutan tahun ani Tunas Bangsa. Ani antara tunas bangsa yang sempat saya rakam.
mengusai rambutkah. Yang seorang bekaca mata atu jauh renungannya. Ke mana berkhayal atu. Fikirkan tia Wawasan 2035 atu.
Ani lagi nah belia yang sampat di rakam. Abis sidia ani meliat saja. Yang buat persembahan di padang ada ribuan jumlahnya. Titah Kebawah Duli mengenai belia atu membari watir jua. Mudah-mudahan segera dapat dibendung belia yang inda berhaluan atu.
Ani baru ya. Belia wanita yang penuh bergaya. Mun lelaki dapat jadi juru kamera dalam acara basar sebegini, kenapa wanita tidak. Bisai lagi kedia ani dengan pakaian lengkap bertudung.
Ani tah yang dibawa imejnya ke bilik-bilik tamu dan bilik tidur. Perkhidmatan TV RTB menyiarkan keseluruh negara. Radionya, Netradio menghebahkannya ke seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment