Saya jarang miss menghadiri Anugerah RTB. 9hb Februari lepas majlis itu diadakan dalam bentuk yang agak grand. Saya menerima undangan. Mungkin bukan kerana saya mantan ahli pengurusan RTB. Undangan dihulurkan mungkin kerana saya menjadi hakim peringkat awal. Saya beritahu ini kerana acarapun sudah berlalu. Tidak ada peluang orang hendak melobi. Sebagai hakim awal tugasan saya tidak berat. Mana-mana yang mempunyai banyak peryertaan memerlukan saringan. Ani baru tah kami hakimkan. Yang cukup-cukup koatanya terus saja dihakimkan ke peringkat akhir. Cara penghakiman ini tidak dimaklumkan dalam hebahan siaran langsung. Tidak tahulah adakah tungkat gelagar berbunyi setelah rumah siap.
Saya juga menulis skrip asal Anugerah RTB 2007. Jadi penulis skrip memang tidak glamour. Orang yang suka menulis saja yang berkarih. Dalam senarai closing credit kadang-kadang juru temali tersenarai tapi penulis skrip tidak. Bukan maknanya juru temali tidak mustahak. Tapi cuba bayangkan rancangan tanpa skrip. Saya menghadiri raptai akhir. Hebahannya terlalu jauh dari apa yang ditulis seperti yang dikehendaki oleh producer. Saya merasakan tahun ini terlalu banyak yang jadi producer. Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya sebagai orang yang pernah duduk di kursi panas itu. Tawar rasa hati untuk melangkah masuk dewan. Tak apalah. Tak ada sayapun, program pasti masih jalan.
Semoga banyak yang dipelajari dari penerbitan Anugerah RTB 2007
1 comment:
See here
Post a Comment