Pagi tadi saya menghadiri Pesta Buku 2008 di ICC. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan YB Pehin MJ (bersara) Dato Haji Mohamad
Wednesday, February 27, 2008
Pesta Buku 2008
Tuesday, February 26, 2008
Drama radio Bila Atuk Pergi
Hujung minggu lepas saya menerima telefon dari Penerbit Radio Harun Haji Hidup. Kita merakam drama, katanya. Saya ingat saya jadi orang behind the scene. Sebabnya kami sama sama memegang tugas atu semasa latihan Sound Forge beberapa minggu lalu. Tapi bukan kali ani. Kali ani kami jadi pelakon. Nah ani sejarah baru. Ani sahabat baru saya yang memegang watak Dina dan Farid.
Emilda memegang watak Siti. Siti dalam cerita Bila Atuk Pergi merupakan insan yang dahagakan bapa yang inda pernah dilihatnya. Boleh tahan Emilda menangis.
Yang baju biru itu Penerbitnya, Harun Haji Hidup. Saya inda nampak kerana saya yang ambil gambar. Hjh Jamilah yang pegang watak Umie jua inda masuk dalam gambar ani.
Kembara Puisi Merdeka di Tutong
Malam 24hb Febuari lalu giliran Daerah Tutong menjadi hos Kembara Puisi Merdeka anjuran DBP dan Astrawani. Ani Pg Hj Mohamad, mantan parajurit yang turut mendiklamasikan puisi. Lihat anugerah di dadanya. Barat kali.
Apa yang ditunjuk atu Tuan Sheikh ? Camar Putih menekankan satu point dalam sajaknya yang dibacakan sendiri olehnya. Pasti ia tau di mana kan bersuara lantang dan di mana pula hendak bertegas.
Gadis mengundang tumpuan. Banyak yang tertumpu pada kostum dan rambutnya.
Saya rakamkan dua gambar ani kerana gadis manis ani membuat dua persembahan dalam satu. Dia bersajak dan dia juga menyanyikan lagu sebuah puisi.
Haji Rahman Yusof, budayawan dan Sasterawan veteran. Malam atu kali pertama saya mendangar ia bersha'ir. Perubahan angin kah tuan haji ? Sha'ir lebih mudah difahami bait
kata-katanya.
kerana saya memakai telefoto lens.
Marahkah atau geram ? Biskita boleh buat interpretasi pada persembahan Haji Sulaiaman ani.
Turun menyaksikan persembahan adalah adik-adik tunas. Fahami makna puisi atu lai.
Lihat penelitian orang veteran. Apa yang didengar meresap dalam kalbu. Penyajak K Manis dan Yura Halim.
Sunday, February 24, 2008
Hari Kebangsaan ke 24 - 23 Februari 2008
Kemarin Hari Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke 24. Ramai orang datang. Yang dijemput dan yang sukareka hadir. Dulu masa bekeraja saya inda miss datang dan bertugas. Lepas pencen saya jadi privet citizen. Inda lagi ada undangan. Tapi saya hadir juga duduk arah orang ramai. Bintang dan Pingat SMB, PJK dan PKL simpan saja dalam almari.
Anilah yang sempat saya rakam. Bendera besar ani sudah diarak dalam majlis sambutan cam ani sebanyak dua puluh empat kali. Pasti menjadi sejarah bagi pembawa-pembawanya.
Orang ramai dibari bendera kecil untuk dikibarkan. Saya inda ampit. Saya parking di batu satu, bejalan melalui Kampung Sungai Kedayan. Air tuhur. Nampaktah apa-apa yang gugur dari pelacahan. Dulu masa bekeraja saya kana bari pas kereta. Karang ani mana ada lagi. Baik jua tu. Dapat jua saya eksesais bejalan. Atu tah beza dulu dan sekarang; 24 tahun yang berlalu.
Biasanya imej orang lain saja yang dirakam. Dirinya sendiri inda. Kali ani kau. Apa yang dipistar dengan telefoto atu ? Simpan baik-baik gambar atu. Ia kan jadi benilai 24 tahun akan datang.
Nah, ani usulnya jurukamera rasmi. Angat kali wang bertugas pakai jeket ani. Tapi nya orang alah bisa tegal biasa. Cameraman di Brunei inda cimeh-cimeh. Pistar dan tarus pistar saja tia.
Nah, ani koboi dari mana pulang ni ? Banyak kali kandid di rakamnya. Orang menghala ke padang arah persembahan. Ia asyik arah orang ramai..
Kehangatan kali anak tourist ani. Bapanya releks saja. Ia tah diaga diorang di dunia sebelah sini. Pancaran matahari. Thank you for coming.
Kanak-kanakpun ramai datang. Siuk diorang melihat persembahan. Lapan puluh labih pasukan berarak hormat di hadapan majlis Kebawah Duli. Pegang bandera atu lai kuat-kuat. Atu tah lambang Negara Brunei Darussalam.
Tema sambutan tahun ani Tunas Bangsa. Ani antara tunas bangsa yang sempat saya rakam.
mengusai rambutkah. Yang seorang bekaca mata atu jauh renungannya. Ke mana berkhayal atu. Fikirkan tia Wawasan 2035 atu.
Ani lagi nah belia yang sampat di rakam. Abis sidia ani meliat saja. Yang buat persembahan di padang ada ribuan jumlahnya. Titah Kebawah Duli mengenai belia atu membari watir jua. Mudah-mudahan segera dapat dibendung belia yang inda berhaluan atu.
Ani baru ya. Belia wanita yang penuh bergaya. Mun lelaki dapat jadi juru kamera dalam acara basar sebegini, kenapa wanita tidak. Bisai lagi kedia ani dengan pakaian lengkap bertudung.
Ani tah yang dibawa imejnya ke bilik-bilik tamu dan bilik tidur. Perkhidmatan TV RTB menyiarkan keseluruh negara. Radionya, Netradio menghebahkannya ke seluruh dunia.
Friday, February 22, 2008
Malam sebelum sambutan Hari Kebangsaan ke 24
Saya baru mulih bersembahyang di Jame Asr Hassanil Bolkiah sebentar tadi; Sembahyang Maghrib dan Isya' berjemaah, sembahyang hajat bagi kemakmuran negara, mengaminkan doa dan baca Surah Yassin.
Banyak jurukamera bekuaian. But I manage to get this shot.
Long que menunggu Kebawah Duli untuk junjung ziarah
Dalam suasana tenang, belia mengaminkan doa kesejahteraan negara
khusyuk menghadap Allah
In action memulakan sembahyang.
Apa dibuatnya ani ? Anitah keraja diorang membawa imej ke ruang
bilik tidur biskita. Wireless camera sedang memistar. Barat jua kali pakah.
Ani rupanya yang dipistarnya atu. Hiasan lampu tengah Jame Asr
Got you. Untuk siaran langsung ada 25 ke 35 orang bekeraja
secara serentak. Tapi taim sembahyang pakai remote tah bis dorang.
Rugi inda berjemaah.
Thursday, February 21, 2008
Katak Atas Tempurung - Bendera
Bendera besar Negara Brunei Darussalam sudahpun dinaikkan. Itu tandanya perayaan sambutan Hari Kebangsaan sudah bermula. Cuba langui, bolehkah awda membaca aksara dalam tulisan jawi pada panji-panji yang terletak di tengah bendera. Banyak yang tau sebut warna bendera tapi kurang maklum apa yang tertulis. Itu dalam bahasa Arab yang bermakna “sentiasa berkhidmat dengan panduan Allah”
Maka itu bendera tidak harus dicuai-cuaikan. Pagi-pagi bila saya melalui jabatan-jabatan kerajaan saya melihat pembantu pejabat memasang dan menaikkan bendera. Bendera itu disahan dan tidak diampaikan. Berlainan dengan pekerja kontrek yang memasang bendera sepanjang jalan. Ada yang tidak hormat. Mungkin tokeynya tidak memberi penerangan. Atau sudah diberi penerangan tapi masih jua tidak peka tentang menghormati bendera. Betul, bendera harus dihormati oleh semua peringkat orang. Buruhkah dia atau pegawai kanan pejabat; pengurus atau ceo badan korporat. Bendera adalah lambang negara. Bendera Brunei dikibarkan di bangunan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pengiktirafan bahawa negara ini sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Bendera Brunei diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei menjadi negeri protektorat United Kingdom dan dikekalkan apabila Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Lambang negara ini terdiri daripada bulan sabit (lambang Islam), dicantum dengan payung obor-obor (lambang kerajaan di bawah seorang raja). Di bawah payung ada sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan.
Sekarang kita boleh lihat bendera besar, bendera bersais rasmi dan bendera kecil yang diletakkan pada kenderaan. Semua ini adalah cara untuk menimbulkan semangat patriotisma. Ini penting supaya perasaan kenegaraan itu tidak luntur. Bukan tidak disedari dari pengalaman negara-negara jiran di mana golongan baru lebih mementingkan diri dan tidak banyak berminat dalam hal-hal yang tidak menawarkan ganjaran. Ada juga golongan yang taksub mengejar kekayaan kebendaan dan melupakan nilai-nilai hidup murni. Ini yang ditakuti kerana tanpa kekentalan semangat kenegaraan, sesebuah negara mudah rapuh. Ironinya sikap ini sebahagian besar berpunca dari kemakmuran negara; kemakmuran yang dicurahkan kepada mereka sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1984.
Hebahan supaya mengebarkan bendera kebangsaan ini sudahpun disampaikan melalui media elektronik dan media cetak. Itu adalah hebahan dan bukan rayuan atau desakan. Kata orang sebagai soft reminder. Maklumlah bila sibuk-sibuk, memasang tiang bendera itupun kadang-kadang dirasakan berat. Adalah lebih baik ia disedari dari dalam diri supaya pemasangan bendera juga sempurna. Bukan ala kadar; menyangkutkannya pada batang buluh yang bengkok atau bendera itu sudah cawir warnanya. Mempunyai bendera yang bersih dan cantik tentu membanggakan. Jangan biarkan bendera jadi kabur dan tenggelam warnanya oleh asap kapal atau compang-camping setelah lama berhujan berpanas.
Kalangan kanak-kanak dan orang muda perlu banyak dedahan supaya mereka faham apa makna kemerdekaan. Jika mereka kurang diberi ruang untuk mencari sendiri makna kemerdekaan, sukar nanti dilentur bila sudah mereka menjadi buluh. Masyarakat mesti tahu maklumat sebenar keadaan masa lampau supaya mereka mudah menghargai sepenuhnya masa depan mereka.
Hari kebangsaan merupakan masa untuk mengenang sejarah, mem -perkukuhkan semangat kenegaraan dan cintakan tanah air. Setiap warga memperbaharui azam untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan negara di masa depan. Perjuangan mengisi kemerdekaan adalah tanggungjawab semua rakyat.
Alaf baru menyaksikan ledakan teknologi moden yang menukar cara hidup masyarakat. Dulu orang muda duduk berkumpal di kepala tangga sambil memerhati genarasi tua menebar rambat atau meniti pukat. Perolehan hari itu adalah untuk mengisi perut hari itu juga. Kini orang muda duduk-duduk di kafe sambil santai menghadap skren komputer pangku mengharungi dunia. Ini zaman ict. Ini zaman tanpa sempadan. Mengawal manusia zaman ini lebih komplekated dari zaman sebelumnya.
Merdeka bukan hanya memerdekakan fisikal. Merdeka juga bererti memerdekakan minda. Bebas mengharung dunia tapi masih bernaong dalam calak budaya dan susila kehidupan orang Brunei. Selamat menyambut Hari Kebangsaan.
Dari teman tuan,
Haji Hussain Rahman, Katak Atas Tempurung.

Subscribe to:
Posts (Atom)