Sunday, February 10, 2008

cerita salai ikan...

Apa beza salai ikan Banau dengan salai ikan Kod ? Jawabannya, Satu dibawa masuk dari Punang dan satu lagi didatangkan dari Norway. Macam jua benda-benda lain, memakan jenis ikan yang berbeza ani pun menimbulkan perbezaan status.

Ani yang jadi isu drama KOTAK IMPIAN. Tajuk drama saya ani asalnya Dapurku Nun Jauh Di Sana. RTB suruh tukar. Saya akur. Ia menceritakan bagaimana seorang lepasan universiti turun padang untuk berniaga salai ikan. Kawannya mencemuh. Inda layak seorang lulusan U menghitamkan mua dengan bidu arang menyalai ikan. Tapi dalam dirinya ada azam untuk menjadi pengedar besar salai ikan yang berstatus; salai ikan Kod, Haddock Herring dsb dari Norway.

Saya baru sama-sama mempra-tonton drama ani bersama production house yang diberi tender; Hadiyul Production. Drama baru siap 90 peratus. Mau dibubuh sound fx dan musik lagi.

Pelakunnya terdiri dari muka-muka baru…..Tunggu tia di RTB.

No comments: