Wednesday, February 6, 2008

Baik-baik jangan terlondeh....


Kenapa pakai kain ? Gambar ani ialah semasa acara retreat General Assembly, Commonwealth Broadcasting Association tahun 2004. Tempatnya di sebuah pulau terpencil kira-kira 2 jam perjalanan dengan kapal laut dari Pulau Fiji, tempat diadakan sidang. Gambar ani dirakam sebelum bertolak ke pulau retreat atu. Ingatkan tempatnya ampir dari pusat bandar Nadi . Makin jauh makin inda kelihatan daratan. Waktu malam hanya kelihatan kelip-kelip lampu dari pulau-pulau kecil. Yang lain hanya laut. Watir jua. Apa jadi mun air pasang. Mana ada peluang untuk menanang ke daratan. Di kiri kanan adalah lautan besar. Saya hanya memastikan inda ketinggal semasa mulih ke bandar Nadi Fiji kira-kira tengah malam.

Orang Fiji basar-basar badannya. Sana sini kanak-kanaknya menyepak bola rugbi. Inda macam kitani suka bolasepak. Patuttah Fiji tersohor dengan ketangkasan main rugbi di peringkat dunia.

Sidang ani antara acara besar yang saya hadiri sebelum bersara. Saya banyak merakam gambar. Saya temui gambar ani semasa mengakas pelbagai dokumen dalam fail-fail yang masih alum tersusun.

Pengenalan: Dari kiri :Saya, deleget dari China, Setiausaha Agung Commonwealth Broadcasting Association, Dr Nawiah dari Malaysia, seorang lagi deleget dari China dan kanan sekali Haji Yusof, Timbalan Pengarah RTB.

Pakaian yang kami kenakan di badan adalah pakaian rasmi orang Fiji.

No comments: