Friday, January 21, 2011

RAHSIA



Selebriti popular ini pasti menyimpan banyak rahsia.


Pelbagai rahsia alam dibongkar pada tahun 2010 yang lalu. Beberapa planet baru ditemui bukan saja dalam lingkungan galeksi yang kita diami sekarang ini malah juga berada di galeksi yang lebih jauh.

Menyebut tentang pembongkaran rahsia ini, dunia dikejutkan dengan aktiviti yang dilakukan oleh WikiLeak. Menurut majalah Times kehadiran WikiLeak “Could become an important a journalistic tool as the freedom of information act”. Kehadirannya di pandang sebagai alat kewartawanan yang penting.

Bunyinya menarik tetapi di sebalik aktivitinya amat mengkocar-kacirkan pihak-pihak yang dibocorkan maklumat mereka. WikiLeak menelanjangi banyak perkara yang dikira sebagai rahsia; samada rahsia negara ataupun rahsia peribadi. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan kekuatiran banyak pihak.


Macam mana organisasi ini boleh menembusi kubu rahsia sesebuah badan ? Sudah tentu dengan kemajuan ICT. Semasa menghadiri satu majlis perkahwinan seorang kawan berkata dia tidak pernah memaklumkan nama dan tarikh lahirnya yang sebenar dalam komputer kerana itulah laluan mudah bagi pencari-pencari data peribadi. Menurut kawan itu dia akan mengubah sedikit ejaan nama dan tarikh lahirnya.

Entahlah samada cara ini boleh mengelak dari kebocoran rahsia. Dalam dunia yang terlalu mudah untuk berkomunikasi agak payah untuk meminggirkan diri. Semudah untuk menempah teket penerbangan pun, nama dan tarikh lahir awda perlu di nyatakan secara benar.

Saya kadang-kadang terbaca dalam majalah hiburan bagaimana seorang selebriti berhajat untuk “dedah habis” rahsia pasangan yang telah putus cinta dengannya. Nampaknya ada kalangan yang menggunakan teknik buka rahsia ini sebagai tool bagi tujuan menggertak atau tujuan pemasaran. Pasti dedahan rahsia itu akan mengundang ramai pembeli jika dimuatkan dalam majalah, apalagi bila dibukukan atau di videokan.

Bagitulah cerita rahsia yang bila difikir-fikirkan bukan lagi menjadi rahsia. Kitapun tidak tahu bagaimana menyimpan rahsia. Kecuali barang kali kita jahit mulut dan tidak boleh berkata-kata. Namun bagitu bahasa isyaratpun sudah ramai yang mempelajarinya termasuk orang yang tidak cacat percakapan atau pendengaran.

No comments: