Thursday, January 6, 2011

PERKAHWINAN


Ini kulit gambar video yang saya ambil hampir setahun yang lalu. Tentu sudah banyak pengalaman yang dilalui dalam melayari alam perkahwinan.



Ini pula ialah gambar persandingan cucu kemanakan saya yang berlangsung pada akhir tahun 2010.
Dari tiga bulan terakhir tahun 2010 saya menerima undangan bagi majlis perkahwinan hampir setiap minggu. Sampai sekarangpun iaitu minggu kedua bulan Januari 2011 sudah ada beberapa keping surat undangan. Bukan tidak mahu pergi tapi saya khuatir banyak undangan itu mempunyai tarikh bertindih bagi majlis persandingan.

Saya rehatkan diri. Untuk tidak memening kepala saya membaca artikel yang berkaitan dengan perkahwinan. Inilah secebis daripadanya. Mungkin ada sebarang gunanya bagi mereka yang melayari blog ini; baik yang baru hendak kahwin, sudah berkahwin maupun yang belum kahwin-kahwin.

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

No comments: