Majlis Makan Malam Great Eastern Life Insurance telah membolehkan saya dan isteri turun ke Miri setelah lebih 20 tahun tidak berkunjung ke bandaraya itu.
Ada "game" pada malam majlis itu. Begitu juga lucky draw. Antara hadiahnya ialah tv 42 inci, telefon bimbit jenis apple dan voucher beli belah.
Awda boleh mengikuti pelbagai cabaran di resort itu. Ini salah satu darinya. Awda boleh memanah, naik ponny, flying fox dan banyak lagi.
Berjalan dalam titian dalam hutan. Sepanjang perjalanan awda boleh melihat hidupan yang di bela dalam kurungan yang dibuat secara asli.
Semasa memulakan lawatan kami diberitahu oleh tourist guide lawatan mengambil masa 2 jam, perjalanan akan menggunakan kenderaan selama sejam dan berjalan kaki sejam. Di bayangkan perjalanan itu pasti meletihkan. Tapi setelah sampai ke hujung jalan tidak pula terasa letihnya.
Isteri saya bersama tourist guide seorang gadis berbangsa Iban. Cara dia bercakap Melayu pelatnya tidak pula menampakkan ia seorang gadis Iban.
Mandi di kawasan air terjun asli. Sejuk air itu pasti menyegarkan.
Lawatan Kami juga melalui sungai. Kami sembat melihat ikan-ikan yang timbul bila diberi makan. Ikan-ikan itu jenis ikan air tawar.
Dalam kenderaan laut kami diberi penerangan oleh pemandu pelancong dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ini pangkalan untuk menaiki bot. Perah itu berbentuk bantun yang memuat lebih darilima puluh orang. Walaupun airnya tenang kami diarahkan untuk memakai jeket keselamatan kerana tasik itu amat dalam.
Dari atas sebuah lokasi kami dapat melihat sekitaran Resort. Ini satu kawasan ladang kelapa sawit. Selain kelapa sawit Resort itu juga ditanami dengan pelbagai buah-buahan tempatan dan herba.
Ini kenderaan yang membawa kami mengelilingi kawasan rainforest selama satu jam. Selebihnya satu jam kami berjalan kaki dan menaiki bot.
Di belakang kami itu ada waterfall. Airnya sejuk. Banyak yang cuci muka setelah berjalan jauh dalam hutan.
Seingat saya lebih 20 tahun saya tidak pernah ke Miri padahal bandarraya itu cuma di sebelah pintu Negara Brunei Darussalam. Sebab itu bila diadakan majlis Malam Anugerah Great Eastern Life Insurance di Miri, saya menyawang untuk turun ke sana. Saya menjadi life planner Great Eastern sejak saya bersara dari perkhidmatan kerajaan.
Kami menginap di Borneo Rainforest Resort sebuah hotel agak jauh dari bandaraya Miri. Ke hotel tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit dari bandar raya Miri. Lepas itu dari pintu masuknya memandu lagi kira-kira 20 minit masuk ke dalam sebelum sampai ke bangunan utama. Resort itu dibangunkan di lereng bukit dan mempunyai kemudahan pelbagai readah semula jadi.
Saya seronok tinggal di situ dan merasa bebas dari hiruk pekok kebisingan Bandar.
No comments:
Post a Comment