Friday, January 21, 2011

RAHSIA



Selebriti popular ini pasti menyimpan banyak rahsia.


Pelbagai rahsia alam dibongkar pada tahun 2010 yang lalu. Beberapa planet baru ditemui bukan saja dalam lingkungan galeksi yang kita diami sekarang ini malah juga berada di galeksi yang lebih jauh.

Menyebut tentang pembongkaran rahsia ini, dunia dikejutkan dengan aktiviti yang dilakukan oleh WikiLeak. Menurut majalah Times kehadiran WikiLeak “Could become an important a journalistic tool as the freedom of information act”. Kehadirannya di pandang sebagai alat kewartawanan yang penting.

Bunyinya menarik tetapi di sebalik aktivitinya amat mengkocar-kacirkan pihak-pihak yang dibocorkan maklumat mereka. WikiLeak menelanjangi banyak perkara yang dikira sebagai rahsia; samada rahsia negara ataupun rahsia peribadi. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan kekuatiran banyak pihak.


Macam mana organisasi ini boleh menembusi kubu rahsia sesebuah badan ? Sudah tentu dengan kemajuan ICT. Semasa menghadiri satu majlis perkahwinan seorang kawan berkata dia tidak pernah memaklumkan nama dan tarikh lahirnya yang sebenar dalam komputer kerana itulah laluan mudah bagi pencari-pencari data peribadi. Menurut kawan itu dia akan mengubah sedikit ejaan nama dan tarikh lahirnya.

Entahlah samada cara ini boleh mengelak dari kebocoran rahsia. Dalam dunia yang terlalu mudah untuk berkomunikasi agak payah untuk meminggirkan diri. Semudah untuk menempah teket penerbangan pun, nama dan tarikh lahir awda perlu di nyatakan secara benar.

Saya kadang-kadang terbaca dalam majalah hiburan bagaimana seorang selebriti berhajat untuk “dedah habis” rahsia pasangan yang telah putus cinta dengannya. Nampaknya ada kalangan yang menggunakan teknik buka rahsia ini sebagai tool bagi tujuan menggertak atau tujuan pemasaran. Pasti dedahan rahsia itu akan mengundang ramai pembeli jika dimuatkan dalam majalah, apalagi bila dibukukan atau di videokan.

Bagitulah cerita rahsia yang bila difikir-fikirkan bukan lagi menjadi rahsia. Kitapun tidak tahu bagaimana menyimpan rahsia. Kecuali barang kali kita jahit mulut dan tidak boleh berkata-kata. Namun bagitu bahasa isyaratpun sudah ramai yang mempelajarinya termasuk orang yang tidak cacat percakapan atau pendengaran.

Friday, January 14, 2011

CUTI DI BORNEO RAINFOREST RESORT


Majlis Makan Malam Great Eastern Life Insurance telah membolehkan saya dan isteri turun ke Miri setelah lebih 20 tahun tidak berkunjung ke bandaraya itu.


Ada "game" pada malam majlis itu. Begitu juga lucky draw. Antara hadiahnya ialah tv 42 inci, telefon bimbit jenis apple dan voucher beli belah.



Awda boleh mengikuti pelbagai cabaran di resort itu. Ini salah satu darinya. Awda boleh memanah, naik ponny, flying fox dan banyak lagi.




Berjalan dalam titian dalam hutan. Sepanjang perjalanan awda boleh melihat hidupan yang di bela dalam kurungan yang dibuat secara asli.



Semasa memulakan lawatan kami diberitahu oleh tourist guide lawatan mengambil masa 2 jam, perjalanan akan menggunakan kenderaan selama sejam dan berjalan kaki sejam. Di bayangkan perjalanan itu pasti meletihkan. Tapi setelah sampai ke hujung jalan tidak pula terasa letihnya.



Isteri saya bersama tourist guide seorang gadis berbangsa Iban. Cara dia bercakap Melayu pelatnya tidak pula menampakkan ia seorang gadis Iban.


Mandi di kawasan air terjun asli. Sejuk air itu pasti menyegarkan.


Lawatan Kami juga melalui sungai. Kami sembat melihat ikan-ikan yang timbul bila diberi makan. Ikan-ikan itu jenis ikan air tawar.


Dalam kenderaan laut kami diberi penerangan oleh pemandu pelancong dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Ini pangkalan untuk menaiki bot. Perah itu berbentuk bantun yang memuat lebih darilima puluh orang. Walaupun airnya tenang kami diarahkan untuk memakai jeket keselamatan kerana tasik itu amat dalam.

Dari atas sebuah lokasi kami dapat melihat sekitaran Resort. Ini satu kawasan ladang kelapa sawit. Selain kelapa sawit Resort itu juga ditanami dengan pelbagai buah-buahan tempatan dan herba.



Ini kenderaan yang membawa kami mengelilingi kawasan rainforest selama satu jam. Selebihnya satu jam kami berjalan kaki dan menaiki bot.


Di belakang kami itu ada waterfall. Airnya sejuk. Banyak yang cuci muka setelah berjalan jauh dalam hutan.

Seingat saya lebih 20 tahun saya tidak pernah ke Miri padahal bandarraya itu cuma di sebelah pintu Negara Brunei Darussalam. Sebab itu bila diadakan majlis Malam Anugerah Great Eastern Life Insurance di Miri, saya menyawang untuk turun ke sana. Saya menjadi life planner Great Eastern sejak saya bersara dari perkhidmatan kerajaan.
Kami menginap di Borneo Rainforest Resort sebuah hotel agak jauh dari bandaraya Miri. Ke hotel tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit dari bandar raya Miri. Lepas itu dari pintu masuknya memandu lagi kira-kira 20 minit masuk ke dalam sebelum sampai ke bangunan utama. Resort itu dibangunkan di lereng bukit dan mempunyai kemudahan pelbagai readah semula jadi.
Saya seronok tinggal di situ dan merasa bebas dari hiruk pekok kebisingan Bandar.

KURSUS WARTAWAN


Penuh konsentrasi menyelesaikan tugasan. Tidak payah latihan itu. Dalam suasana sebenar awda akan menghadapi dateline yang lebih ketat.


Hanya seorang pelatih lelaki saja yang menyertai Klinik Kewartawanan ini. Walau bagaimanapun dia mendapat kerjasama dari peserta perempuan dalam menyiapkan tugasan.



Wajah-peserta perempuan. Tiga empat tahun akan datang mereka ini akan dapat dilihat dalam majlis-majlis besar negara bagi membuat liputan berita.



Ada dua tiga sijil lagi yang saya terima pada penghujung tahun 2010 yang melibatkan saya dalam Seminar kebahasaan.

Dalam masa yang sama saya juga mengendalikan kursus, bengkel dan klinik. Ole-ole dari Bengkel/Seminar /Kursus ini saya gunakan untuk bahan percakapan dalam saya mengendalikan Bengkel, Seminar atau Kursus. Ada penurunan ilmu di sana

Hujung tahun lepas (2010) saya menjalankan Klinik Kewartawanan bagi pelatih-pelatih wartawan yang baru berkhidmat dengan Jabatan Penerangan. Klinik itu adalah sesi asas bagi peserta mengenali dunia wartawan. Harap-harap mereka tidak akan menghadapi kejutan atau culture shock semasa menjalankan tugas mencari berita.

Monday, January 10, 2011

PEMBACAAN SAJAK MULTI MEDIA


Perbincangan tidak rasmi dengan kawan-kawan yang sama-sama menonton persembahan puisi multi media.


Antara pelokon yang membuat persembahan. Jika di luar negara muka-muka ini pasti mempunyai pengikut dan peminat setia.



Lihat kostum yang pelbagai warna dan "cura". Sungguh menarik jika di usai oleh kacamata orang seni.



Pemimpin persembahan Asrizal yang mempunyai multi skill sebagai pemuisi, pelakon, penyanyi, pengarah dan pembimbing Bengkel.



Adunan cahaya, disamping lembutnya tarian, menjadikan persembahan ini suatu yang menjadi kenangan abadi.



Asrizal mempunyai sepasang mata yang memikat, kumis yang halus dibentuk, sebaris gigi yang lengkap rata, senyum yang menembusi kalbu. Sebab itu dua orang peminat ini bagaikan tidak mahu melepaskan Asrizal pulang ke tanah airnya Indonesia.


Kejayaan persembahan sajak multi media dari kumpulan Riau Oktober lalu telah menimbulkan ilham Dewan Bahasa dan Pustaka mencuba persembahan yang sama bagi peminat puisi tempatan membuat persembahan yang serupa. Untuk itu satu Bengkel diadakan bagi mengenalpasti calon-calon yang difikirkan boleh menyampaikan lakonan sajak multi media. Kumpulan penari juga diasuh bagaimana mempaparkan persembahan sajak melalui tarian. Bengkel itu mendapat respon menarik di kalangan belia tempatan. Mereka diasuh oleh pembaca sajak terkenal dari Indonesia, Asrizal.

KUNJUNGAN PERSATUAN MASYARAKAT RIAU JAKARTA


Negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara persinggahan dalam mempopularkan budaya dan seni masyarakat Riau.


Peminat puisi tempatan sempat merakamkan gambar bersama sebahagian dari pelakon-pelakon puisi dari Riau, lengkap dengan kostum yang menarik.



Hati senang bila persembahan multi media disampaikan dengan jayanya. Latihan berbulan-bulan berbaloi bila mendapat respon baik dari masyarakat tempatan.

Pada 24hb Oktober 2010 yang lalu saya berkesempatan mengikuti sebuah persembahan dari Persatuan Masyarakat Riau Jakarta yang diadakan di di Dewan Raya RTB. Persembahan itu dihoskan oleh Asterawani Brunei dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Persembahan digarap dengan teknik multi media di mana pelakon-pelakon mempersembahkan sajak secara lakonan. Satu persembahan yang menarik yang boleh dicontohi oleh pemuisi-pemuisi tempatan yang masih menyampaikan bacaan puisi secara konvensional.

Thursday, January 6, 2011

PERKAHWINAN


Ini kulit gambar video yang saya ambil hampir setahun yang lalu. Tentu sudah banyak pengalaman yang dilalui dalam melayari alam perkahwinan.



Ini pula ialah gambar persandingan cucu kemanakan saya yang berlangsung pada akhir tahun 2010.
Dari tiga bulan terakhir tahun 2010 saya menerima undangan bagi majlis perkahwinan hampir setiap minggu. Sampai sekarangpun iaitu minggu kedua bulan Januari 2011 sudah ada beberapa keping surat undangan. Bukan tidak mahu pergi tapi saya khuatir banyak undangan itu mempunyai tarikh bertindih bagi majlis persandingan.

Saya rehatkan diri. Untuk tidak memening kepala saya membaca artikel yang berkaitan dengan perkahwinan. Inilah secebis daripadanya. Mungkin ada sebarang gunanya bagi mereka yang melayari blog ini; baik yang baru hendak kahwin, sudah berkahwin maupun yang belum kahwin-kahwin.

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

NI'MAT AIR


Betapa tenang jika rumah terbina atas kawasan yang di kelilingi air. Ini bukan rumah tetapi sebuah resort percutian.


Play ground dalam sebuah kolam untuk kanak-kanak bermain. Pelbagai pancutan air disediakan bagi menimbulkan keseronokan penggunanya.



Air yang tenang menimbulkan kedamaian pada minda. Jika terasa stres pergilah ke kawasan air yang luar. Pandanglah jauh-jauh; seluas mata memandang. Ombak-ombak kecil pasti mendamaikan minda yang kusut.


Satu kenangan yang dirakam di atas jambatan yang menghubungkan dua daratan yang dipisahkan oleh air.

Banjir di sana sini. Jaga diri kita jangan terlanjur cakap. Ada hikmah Yang Maha Kuasa menurunkan air; termasuk air deras yang menjadi banjir. Tanyakan pada mereka yang tinggal di padang pasir. Mereka akan kata walau setitis air mereka akan menerima dengan penuh syukur.
70 peratus dari permukaan bumi ini adalah air. Air adalah cantuman hidrogen dan oksigen pada kadar tertentu. Setitis air terdiri daripada jutaan atom yang berbeza-beza jenisnya. Molekul pada zat air saling berpegangan, tetapi tidak terlalu erat hingga ia menjadi mudah terlerai. Allah menjadikannya sedemikian rupa hingga kita tidak perlu mengunyah air.

Allah ciptakan air ini bukan sekadar untuk penghilang dahaga, membasahkan tubuh atau mencuci pakaian, malah air adalah punca segala hidupan.
Benarlah, baik pokok, manusia mahu pun haiwan, segalanya tidak akan hidup tanpa air. Malah manusia juga adalah hidupan yang berasal dari setitis air, sebelum berubah menjadi seketul darah, daging dan menjadi jasad.

Sunday, January 2, 2011


Di sisi air terjun dalam Taman Rekreasi Miri


Seronok baca akhbar di menara. Dari menara boleh lihat bandaraya Miri.


Lama tidak berkreasi di taman-taman. Dizzy juga selesai melalui jembatan gantung.


Free style bersama adik, ipar dan anak kemanakan di salah satu perhentian jambatan gantung

KE MIRI DAN KE KK

Seminggu sebelum menjelang tahun baru khutbah Jumaat di Brunei memperkatakan tentang sambutan tahun Masihi 2011. Jangan buat sambutan secara tidak Islamik, kata khutbah itu. Mungkin banyak yang salah tafsir sehinggakan ramai yang berduyun-duyun ke KK dan Miri.

Kebetukan saya ke Miri pada 31hb Disember bawa anak buah santai-santai dan melihat bagaimana jiran menyambut tahun baru. Pemergian ini dirancang sudah lama. Saya sendiri sudah lebih 20 tahun tidak ke Miri. Semasa berada di perkarangan hotel penginapan, saya seakan berada di Brunei kerana tiga suku dari tempat letak kereta di situ dipenuhi oleh kereta-kereta berplat Brunei. Lain lagi bas. Kalau tak silap ada lapan sembilan buah bas besar-besar berplat Brunei yang berlabuh di tepi shopping centre. Peniaga Miri tentu gembira dengan keadaan itu. Di KK begitu juga barangkali. Biasanya Pusat 1B menjadi tumpuan. Pasti banyak wang Brunei mengalir ke luar negara. Nah baiktah tambah pusat-pusat pelancongan yang sesuai dengan hasrat negara, tempat di mana orang dapat santai-santai dalam negara sendiri.
TAHUN BARU MASIHI 2011

Sudah berbulan-bulan saya tidak menurunkan apa-apa pada blog ini. Bermula tahun baru 2011 ini saya cuba mengaktifkan penulisan melalui blog ini. Mula-mula saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua.

Biasanya pada awal tahun orang memerkatakan tentang azam tahun baru. Azam itu perlu diteruskan hingga ke hujung tahun. Kalau pendirian awda tidak mantap, azam itu akan menipis dan hilang sekerat jalan. Jadi membina azam tanpa kecekalan untuk mencapainya tidak akan sampai ke mana. Kita perlu mengenal pasti hadangan yang menyebabkan azam tidak dapat dipenuhi.
Dua perkara utama yang menjadi penghadang besar ialah penyakit dan cuaca yang tidak menentu. Kemudahan pengangkutan dan komunikasi telah mempercepatkan perpindahan penyakit itu. Jika hari ini jenis penyakit itu di kesan di Afrika, esok sudah ada jangkitan di benua Amerika atau benua Asia.
Bila diketahui ada penyakit baru, orang tidak akan pergi ke tempat asal penyakit itu. Malah pergerakan manusia juga berkurangan. Akibatnya memberi kesan kepada ekonomi. Sektor penerbangan kurang penumpang. Bila itu berlaku kesannya bertiti-titi. Perniagaan hotel menjadi malap. Begitu halnya dengan pengangkutan, persajian dan banyak lagi sektor yang terlibat baik secara langsung maupun tidak langsung.

Sungguh menghairankan penyakit abad 21 ini begitu degil. Jangan sebut penyakit yang baru ditemui. Mari lihat penyakit batuk. Dulu penyakit ini mudah sembuh dengan hanya meminum air asam jawa bercampur sira dan gula. Pada masa ini seorang yang disampiri penyakit batuk, ada yang tidak sembuh selama berbulan-bulan.

Hadangan kedua ialah ketidak-stabilan keadaan kerana cuaca yang tidak menentu. Para ahli bijak pandai sudah meramalkan keadaan cuaca berpandukan stastik dan data masa lampau. Namun banyak yang menyeleweng dari ketentuan-ketentuan data. Padang pasir yang kering kontang tiba-tiba dilimpahi oleh air hujan hingga menyebabkan banjir. Air hujan pula terlalu mencurah-curah hingga menyebabkan banjir kilat. Angin taufan sambung-bersambung memusnahkan prasarana. Gunung berani meletuskan lava dan menyebabkan tsunami. Di negara kita sendiri pernah berlaku banjir kilat dan angin kencang yang menyebabkan atap rumah dan struktur bangunan rosak. Nah, sekarang elok juga kita merangka azam dengan mengambil kira hadangan-hadangan nature ini. Kesannya bertali-tali walau kita berada di tempat yang amat selesa. Kita tidak harus terperangkap. Hadangan yang dinyatakan baru dua. Ada banyak lagi hadangan-hadangan yang bakal dihadapi.

Selamat Tahun Baru Masihi 2011