Tuesday, March 30, 2010
HARI ADAT ISTIADAT
Saya fikir Hari Adat Istiadat perlu diberigakan lebih luas sesuai dengan falsafah Negara Melayu Islam Beraja.
Selamat menyambut Hari Adat Istiadat
HARI BUMI
Fadelia Zurainie Penerbit Ole Ole POP setiap minggu mengingatkan saya tarikh dan masa rakaman. Ini dilakukan sudah bertahun tahun sejak dia mengambil alih penerbitan Ole Ole POP
Saya perturunkan sebahagian dari pekurapakan dalam rancangan POP, Penulis Orang Pencen minggu ini. Rancangan ini dapat diikuti melalui siaran Nasional FM Radio Brunei setiap Hari Rabu jam 8.45 pagi.(sila layari RTB website melalyu rtbcity.
“Ada kita mendangar tentang Hari Bumi ?” Saya mengajukan soalan semasa santai di sebuah kantin, buat-buat menunggu urusan saya selesai dengan sebuah Jabatan.
“Apakan tu ?” Mungkin dia terganggu dengan nama itu. Dari jawapannya atu nyata kawan saya ani inda tahu tentang Hari Bumi. Mungkin ia inda membaca akhbar atau mendengar berita.
“Hari Bumi atau Earth Hours ani bermula di Sydney Australia tahun 2007 dulu yang diketuai oleh Andy Retley. Asalnya untuk menyeru orang di sana supaya peka terhadap alam sekitar. Kurangkan tenaga elektrik. Karang ani penyelenggara utamanya ialah World Wide Fund for Nature. Inda lama betutup karan atu. Sejaham saja dari pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam. Oleh kerana konsep atu berkait dengan pemeliharaan alam sekitar, ramaitah orang mengikut.” Saya memerhati kedua wajah teman pencen. Ada riak mereka ingin saya becerita terus.
“Mun nganya sejaham, inda jua banyak elektrik kan dijimatkan atu” Teman seorang atu mengulas.
“Siapa berucap” Empat ribu bandaraya dari 126 negara mengadakannya majlis atu di seluruh dunia temasuk Negara kitani. Di Brunei jalak-jalak Pusat Kebudayaan Kampung Air patang.” Teman pencen seorang lagi memberi penjelasan tanpa disuruh.
“Patuttah malam atu inda keliatan bangunan atu. Kami makan soto di gerai Kianggeh. Biasanya tarang Pusat Kebudayaan atu.” Si kawan yang kurang tahu tentang Earth Hours bersuara.
“Ku dangar ada persembahan.” Saya menyampok
“Ada lagu-lagu oleh artis tempatan” kawan yang seorang ani terus memberi maklumat.
“Dalam patang atu bah ?” Dia bersuara bagaikan tidak percaya.
“Ada jua cahaya dian tu. Di hotel lagi bisai.” Saya mencelah “Orang makan memakai dian. Penghawa dingin inda pulang ditutup. Macam atu jua tempat-tempat utama. Hospital, lapangan terbang.”
Wednesday, March 24, 2010
SAJAK
Teman saya Haji Sulaiman Haji Duraman sedang menyampaikan sebuiah sajak. Dia memerlukan tenaga yang banyak untuk menyalurkan hasrat dalam hati dan mindanya !
Ruang bilik kerja saya kecil. Di depan atas meja, buku-buku berselirak.
Di belakang terletak pula peti TV yang hanya mampu menerima stesen RTB. Sambil bekerja di hadapan monitor komputer, telinga juga mencuba mendengar bahan rancangan. Jika ada yang menarik saya putarkan saja kursi roda saya dan beri tumpuan pada bahan rancangan itu. Bagitulah cara saya menonton TV. Tidak luxurious
Minggu lepas saya terdengar dalam sudut sastera seseorang memperkatakan tentang sajak. Katanya sajak mengandungi kata-kata curahan rasa seorang penyajak. Perkataan-perkataan itu mudah dan boleh juga sulit untuk dimengerti. Terpulang kepada pembaca atau penggemar sajak membuat pernilaian dan penafsiran.
Berputar juga minda saya memikirkan kenyataan itu.. Saya sampai sekarang tidak mampu mencipta sajak kerana saya tidak tahu apa sebenarnya sajak itu. Pendeklamasiannya juga berbagai-bagai. Keras, lembut, sedih, merayu, lunak dan macam-macam.
Mudah-mudahan ada rakan penulis dapat membantu. Bertambah lagilah nanti genre penulisan saya.
Tuesday, March 16, 2010
MAISARAH DAN AZZAHRA
nyanyaknya tidur dalam pangkuan mama .....
yang ani dalam buaian. Nyaman jua tidurnya.
Nah cuba teka, cucu yang sama di atas atau yang seorang lagi.
Sama bukan ? Sebelah kanan adalah kaka yang tua Batrisya.
Kata orang belajarlah sepanjang zaman. Saya yang sudah
Sunday, March 7, 2010
PERUBAHAN MAJLIS KAHWIN
Dyg Bazeerah Haji Timbang dan suami Awg Muhamad Ali Raiyan Hamzah. Foto ini akan menjadi kenangan sepajang zaman
Tarian rentak kesukaan ramai masa ini, Poco Poco yang menggantikan tarian Joget dan Dangdut di Majlis Ambil-Ambilan atau Majlis Berbedak
Lengkap pakaian baju Melayu dan kreasi baru; sehati segaya di atas pelamin dalam majlis Ambil-Ambilan. Sekarang Majlis Ambil-Ambilan juga telah diselitkan dengan Majlis Potong Kek Perkahwinan.
Saya menghadiri majlis perkahwinan Dyg Bareezah bte Haji Timbang dengan Awg Muhamad Ali Raiyan bin Awg Hamzah.pada 7hb Mac 2010. Bazeerah adalah anak kepada Haji Timbang dan Dyg Hajah Adizah dan cucu kepada abang saya Allahyarham Haji Azahari. Maknanya Bazeerah adalah cucu kemanakan saya dan merupakan genarasi ketiga dalam susur galur keluarga.
Dalam perhimpunan begini ramai yang tidak dikenali terutama yang masih kecil-kecil. Anak kepada siapa atau cucu kepada siapa. Yang pasti mereka adalah sanak saudara dari rumpun yang sama. Bila memerhati mereka terasa benar diri sudah berada dalam lingkungan senior citizen.
Majlis sempurna diadakan dengan meriahnya dari majlis akad nikah dan menghantar barian di Jame Asr Hassanil Bolkiah, Majlis Berbedak dan Berpacar, Majlis Persandingan dan Majlis Ambil-Ambilan.
Sedikit-sedikit cara dulu sudah berubah dengan adanya nyanyi-nyanyian karaoke dan di sebelah malam ada lucky draw dengan kegembiraan tarian rentak Puco-Puco. Bagitupun majlis dikir dan doa selamat masih tidak di tinggalkan.
WACANA SENI TARI
Saya bersama Suhaimi Magi, kreaagropher tari dari ASWARA Malaysia. Dia berasal dari Tenom Sabah
Cara dia menyampaikan ceramah bagitu bersahaja membuatkan peserta terpaku dengan maklumat-maklumat dalaman dalam seni tarian.
Sebahagian dari peserta ceramah bidang seni tari. Banyak perkara baru yang diperolehi dari menghadiri majlis ilmu sebegini.
Saya menerima sms dari sdra Jefri Arif Pensyarah di FASS UBD mengundang untuk mendengar Wacana Seni Tari di Bilik Hijau Stadium tertutup pada 25hb Februari yang lalu. Majlis itu dimulai sendiri oleh sdra Jefri Arif demgan memperkatakan tentang tarian khususnya tarian asli Brunei.
Tiba giliran penceramah udangan, saya merasakan terlalu banyak yang saya tidak ketahui. Suhaimi Magi adalah pensyarah di Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia. Dia berasal dari Tenom Sabah. Malah semasa menyampaikan ceramah, bahasa Melayu Sabahnya begitu pekat. Dia seorang kreographer tarian Melayu khususnya tarian-tarian traditional Sabah dan Sarawak.
Saya masih teriyang-iyang mendengar apa yang dikatakannya sebagai “Bila Kita menjadi Kita” Dia melihat konsep “kita” itu berlainan antara di Semanjung dengan Sabah dan Brunei.
UNDANGAN RAMPAI PAGI
Buku ini mengandungi 322 muka surat dengan kata pendahuluan oleh mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka YM Dato Paduka Awang Haji Alidin bin Haji Othman.
Bersama pengacara Rampai Pagi Fakrul Razi dan Fadzillah pada 1hb Mac 2010
Saya diundang ke Rampai Pagi TV pada 1hb Mac 2010 yang lalu. Terima kasih kepada Penerbitnya Mutalib Abdul Wahab. Undangan itu bertujuan untuk mendekati buku Katak Atas Tempurung yang baru dilancarkan. Pengacara pada pagi itu ialah Fakrul Razi dan Fadzilah. Banyak yang kami perkatakan. Pekurapakan bermula jam 9.45 pagi dan mesti berakhir jam 10 pagi bila Rampai Pagi ditutup. Saya rasa itu memadai walaupun banyak lagi yang boleh dikurapakkan.
Katak Atas Tempurung adalah kumpulan rencana pendek yang saya mula tulis secara mingguan pada tahun 1998. Dalam buku ini hanya memuatkan tulisan sehingga tahun 2000. Ada lagi banyak dalam simpanan saya. Ada cadangan untuk memberi nama buku kedua dan seterusnya ?
Awda boleh membeli buku ini dikedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika awda memesan dari saya boleh juga. Harganya $B8.00 tambahan pos. Jika awda berada di sekitar BSB saya boleh hand delivered.
Saturday, March 6, 2010
THROUGH EOS VIEWFINDER
Sesi penyampaian Through the EOS Viewfinder oleh Mr Teoh Peng Kee dari Singapura. Sebelum ini Roland Poon menyampaikan techonology update mengenai 7D (wireless Flash) /1D Mk IV (link shot)
Billboard seminar anjuran Interhouse Co. Seminar ini atas undangan saja. Mereka yang diundang berbesar hati untuk mendapatkan ilmu terkini mengenai kamera Canon.
Tiga jenis kamera yang menjadi idaman jurugambar masa kini.
Saya menerima jemputan dari Interhouse Co, pengedar kamera Canon di Negara Brunei Darussalam pada 2hb Mac 2010 di Sheraton Utama Hotel. Seperti biasa ramai peminat fotografi hadir bagi mengikuti seminar PHOTOGRAPHY THROUGH EOS VIEWFINDER. Seminar disampaikan oleh dua tokoh penggambar yang berpengalaman dari Singapura. Mr Roland Poon bukan asing bagi peminat fotografi di Brunei. Dia ialah Senior Manager, PRO Business Marketing Canon Singapura. Dia menyampaikan topik mengenai 7D (Wireless flash)/1D Mk Iv (link shot).
Seorang lagi penyampai seminar, Mr Teoh Peng Kee, seorang konsultan fotografi menyampaikan subjek Through The Eos Viewfinder.
Monday, March 1, 2010
JALAN-JALAN KE NEGERI JIRAN
Pulang ke Brunei saya melalui laluan Menunbuk-Serasa dengan menaiki feri Shuttle Hope. Lama saya tidak ke Menumbuk membuatkan penglihatan menjadi menarik. Feri melalui Labuan. Nampaklah banyak kapal yang berlabuh. Di kuala Muara saya nampak kapal pelancong bagaikan hotel terapong.keluar dari perlabuhan Brunei. Pasti ramai pelancong yang baru menghabiskan masa di Brunei. Perjalanan feri menarik. Khidmat yang diberikan berpadanan dengan harga tambang dan boleh mengundang untuk menggunakan khidmat yang sama di masa hadapan.