Saturday, October 25, 2008

MASSAGE STORY

My Ole Ole PP story this week is about massage; to be broadcast on 29 October. What's ur perception when a mention massage ? It's depend what's in ur heart.

Ada satu jawapan yang yunik bila ditanyakan ke mana di aga lapas sambutan hariraya ani.

“Kediaku mengaga tukang urut” kata seorang teman. Semua mata memandang arahnya. Ada jua senyum kambing. Teman atu mengerti apa maksudnya. Ia terus bekurapak. “Bukan beurut arah bini-bini. Beurut banar-banar bah” sambungnya lagi.

“Siapa mengucap kita beurut arah bini-bini. Perasaan banar kita ani eh. Jangan-jangan banar kita ke sana” Kawan yang seorang ani mengacah.

“Kitani baru lapas mengerjakan ibadat puasa, mencari pahala. Kenapa tah pulang mencari dosa” Ia kelihatan agak serius.

“Jangan marah eh, acah-acah saja tu. Tau jua kami kita inda mengaga tukang urut bini-bini atu. Tempat orang bukan Islam tu” Kawan ani bagaikan menjernihkan suasana.

“Berabis jua kita beraya atu, sampai berurut” mencelah pula satu suara.

“Umur ani bah. Cucu atu betempiaran di sana sini. Abis sidia mengaga pulang ke rumah. Tapi bisai jua kita di musim raya ani mengaga ke rumah diorang. Yang gauk-gauk atau besikut bah bila meliat kitani datang. Ia tah siuknya tu. Ada yang ala meliatkan barang-barang hadiah dan pakaian yang dibalikan oleh indung bapa abis diorang. Kitani ani tumpang gembira saja. Musim kitani dulu mana jua macam ani” Panjang cerita kawan pencen yang seorang ani.

“Kenapa kita inda beurut arah pecucuan atu ?”

“Apa pandai abis diorang. Bukan kan mengandurkan urat, kancang tia pulang. Ada jua yang ku suruh menjunyak belakang. Tapi membari ijap. Yang berakal atu inda jua apa. Tapi mun yang alum ada akal atu beunja tia atas belakang kitani. Pulangtah tulang kitani ani rapuh. Baik jua pecucuan atu inda barat. Mun inda kesilahau tah pulang”

“Kediaku lain pulang nyanta” bersuara pula seorang rakan pencen.

“Apa kita suruh ?” Dengan soalan itu masing-masing membuka telinga. Tentu ada kelainan selain memicit badan.

“Kediaku mengaga kadai runcit atu daulu. Membali tah ku dua tiga buting angkup. Mun pecucuan datang ku suruh diaorang mencabut uban. Nyaman rasanya tangan-tangan alus atu memigang-migang rambut kitani. Mata abis diaurang ani tarang. Bila mencabut uban sebuting sebuting, bukan mengangkup serumpun.”

“”Nyanya bila disuruh mencabut uban ani, diajar tah bisai-bisai” mencelah satu suara.

“Kenapa kan ?”

“Uban atau di atas kepala. Perlu diajar pecucuan atu mencabut baik-baik. Jangan diulah-ulahkan kepala kitani. Membari tulah” Kawan ani memberi alasan.

“Atu sudah tantu tu. Di sana jua ada kemesraan. Mun sudah rapat mua diorang arah kitani kerasahan bah nafas pecucuan atu.” Kawan pencen ani meluahkan pengalamannya.

“Kan halnya, cerita kita beurut antadi ani, ke mana tah kita aga ?” Si kawan ani mengulang kembali cerita berurut selepas Hari Raya.

“Aku sebenarnya malar beurut. Sebulan sekali atu inda mis kecuali bulan Ramadhan dan Syawal ani. Kadang-kadang dua kali sebulan. Tempatnya atu inda berubah-ubah. Sama saja. Jadinya tukang urut atu pun tau. Mun belalih-lalih inda bisai urutannya. Maklum saja beurut di pusat yang bebayar ani lain. Diurang gagas kan mencari banyak pelanggan. Ia tah kadang-kadang cincai. Saya lebih suka beurut arah tukang urut kampung. Tukang urut yang inda meiklankan diri bis sidia. Kadang-kadang ku bawa ke rumah. Di rumahtah beurut.”

“Atu siuk tu, berapa tah bayarannya ?”

“Sadang-sadang. Kitani puas ati. Abis sidia pun puas ati. Mun panjarnya atu inda berapa, jara abis durang tu. Inda lagi mau dilagau. Kenapa kan…? Kan ikut beurut abis kita ?” Ia menyoal kembali.

“Ada jua rasanya kan ikut. Tapi aku ani penggali. Keriak-keriak saja ku karang” Ia memberi alas an kenapa inda pernah mengaga tukang urut.

“Inda jua eh. Bukannya megelitik. Berurut bah. Mun kita kan mencuba aku menalipaun. Ari biasa bisai. Ujung minggu atu banyak orang membooking.”

Teman yang diajak atu inda menjawab. Tapi dari air mukanya menampakkan persetujuan. Mungkin banyak cerita darinya bila mengalami kena urut atu ani.


Who's getting stress. Yang massage atau yang kena massage ? In big cities tukang urut is not like in Brunei who based on experience rather than beauty.


Happy face ....... U will come again when receiving this treatment.



A lot of reflexology centre in Brunei. You could choose one. Its good to have reflexology especially after Hariraya outings.

2 comments:

Pg Metassan Pg Bakar said...

Dulu I pernah baurut tempat orang buta di Bandung. Ok jua eh.

Patut tani ada sekolah belajar mengurut di sini.

Di Thailand ada tu. Tenaga pengajarnya profesional yang tau seluk beluk tentang mengurut.

Sawad dee karp.

Pg Metassan Pg Bakar said...

Jangan lupa upload gambar-gambar tani di Rizqun.

Keep blogging. We can change the mindset of the mass.

We want Brunei maju, Brader. Merdeka sudah more than twenty years.

We don't progress much, i think.