Monday, September 15, 2008

Prawn story - sedekah ?

Few friends said they missed my regular weekly column on Pelangi, Katak Atas Tempurung. They suggested me to download into this blog. Ok. I put here the prog on
16 Sept 2008. This is about how much is the weight of two mid size prawns.

Actually it’s not the weight of the prawns but rather the sedekah and bercakap benar as the focus of the story. I went to one of the wet fishing gerai, one day prior to the Puasa. Seeing a small longgokan of prawn I asked for a kilo. The seller quickly put a handful of prawn into a plastic bag. As he put into a weight, he took out few. That's okey. But he seen to be not satisfy. He took out another two ekor. A said “ dua ekor pun kau keluarkan” He answer there’re a lot more down here. I felt cheated. Luan jua orang ani minatnya. After all dua ekor if he considered a sedekah, was actually a good deed.

This is the segment of the script

“Berapa beratkah dua ekor udang yang sederhana besarnya ? Jika awda menggunakan timbangan kilogram tentu saja payah untuk mengetahui kerana berat dua ekor udang tidaklah seberapa. Awda kenalah menggunakan timbangan berukuran gram seperti timbangan yang digunakan suri-suri rumah tangga semasa membuat kueh-mueh.

Masa kecil dulu, saya pernah ikut memukat udang. Jika kelurusan kena pada masa dan tempatnya, mata pukat dipenuhi oleh udang. Kerja memisi tidak mencukupi semasa di laut. Pukat diangkut ke darat. Malah pukat itu tidak lagi digunakan kerana terpaksa dikoyak-koyakkan untuk mendapatkan udang. Nisbah harga udang yang ditangkap lebih jauh dari harga pukat. Nilai dua ekor udang yang saya katakan di awal tadi tidaklah seberapa.

Ada satu gerai yang menjual udang. Udang itu sudah hendak habis. Yang tinggal itu di timbang. Saya mahu membeli sekilo. Penjual pun memasukkan kesemua dalam plastik. Proses menimbang itu terlalu cepat. Beberapa ekor dikeluarkan. Mungkin timbangannya lebih. Tidak berhenti di situ si penimbang melihat lagi mata timbang. Di ambilnya lagi keluar dua ekor udang.

Terkedu juga saya melihat telatah si ampunya gerai itu. Dua ekor udang itupun di kiranya. Sayapun bersuara: “Alang-alang jua wang dua ekung udang atu” Maka jawabnya: “Banyak lagi udang atu dalam ani” Dalam minda saya membandingkan rezeki yang melimpah ruah yang diberikan oleh Tuhan kepadanya tapi ia bagitu berat hati untuk menambah dua ekor udang yang terakhir. Lagi satu, saya terasa terpedaya kerana kerana saya sangkakan itulah udang terakhir yang dijual. Rupanya ada lagi udang yang tersemunyi. Saya hampir-hampir mengeluarkan kata-kata: Lain kali Wang, pakai timbangan gram menimbang udang ani, supaya inda lebih walau segram.

Inilah realiti hidup walaupun di sana sini para ulama berkali-kali menasihat supaya ummah mengerjakan kebajikan, bersedekah, beramal, tidak berbohong dan sebagainya.


The prawns in the pix are much larger in size than the one I mention in the story.

No comments: