Friday, January 30, 2009

HARIJADI

Hari ini Hari Jumaat 30hb Januari. Genaplah umur saya 59 tahun. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dapat mengecap umur rasmi orang tetua di Brunei tahun depan. Saya looking forward untuk dapat pencen tua he…he.

Cucu saudara saya yang mula-mula hantar ucapan Selamat Harijadi. Pagi-pagi sudah ada sms. Mungkin dia di Pulau Pinang atau KL. Lama inda jumpa kerana ia dan keluarga bermestautin di Malaysia. Setiap tahun ia menghulurkan ucapan kerana pasti dia ingat kerana harilahir kami sama iaitu 30hb Januari.

Keluarga di Brunei juga ada acara potong-potong kek. Inda tau diadakan malam ani Petang ani ada undangan menggambar pernikahan ipar anak saya dan saya pula masih terikat dengan kerja-kerja pengarahan drama. Sebuk atau menyebukkan diri ada baiknya. Inda merungkui menunggu zaman tua.

1 comment: