Friday, January 30, 2009

TENTANG PENULIS

Maaf agak lama saya tidak menulis. Sedikit tersekat kerana tugasan yang mendesak. (saya sekarang menyelesaikan kerja arahan sebuah drama bersiri) Hari Khamis lepas 26hb Januari, saya di undang ke dalam rancangan bual bicara Rampai Pagi TB Brunei. Mereka bertanya tentang dunia penulisan. Undangan itu dibuat setelah saya memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis skrip drama radio. Saya dapat sebuaht lap top+ trofi dan wang. Syukur. Yang ditanya itu macam-macam. Presenter Sarinah tanya bagaimana menjadi seorang penulis. Kata saya dunia penulis ini sunyi bukan macam dunia penyanyi. Kena sabar kerana ada masanya karya kita diterbitkan. Nama Penerbit disebut. Juga nama pelakon. Tapi nama pengarang skrip tidak disebut. Presenter Sharizan tanya apa masa depan saya. Saya jawab ingin meng internasional kan karya-karya.

No comments: