This is a segment of my Katak Atas Tempurung broadcast yesterday. The original story was from Haji Rozan’s blog. I translated into Malay and put into my weekly column so to making it widely heard/read.
Ada seorang wanita buta yang membenci dirinya kerana matanya buta. Dia membenci semua orang kecuali teman lelakinya yang sangat sayang padanya. Dia sentiasa berada di sisi gadis itu. Diapun berkata kepada kekasihnya itu “Jika saya dapat melihat dunia, saya akan mengahwini kau”
Pada suatu hari adalah seorang insan mendermakan mata pada gadis itu. Bila balutan dibuka, dia dapat melihat dengan jelas termasuk wajah kekasihnya.
Si lelaki kekasihnya itupun berkata “sekarang kau sudah dapat melihat dunia, sudikah kau sekarang mengahwini aku ? Gadis itu melihat wajah kekasihnya dan mendapati kekasihnya itu buta. Mata kekasihnya yang tertutup itu benar-benar memeranjatkan si gadis. Dia tidak menduga keadaan sebagitu. Memikirkan ia akan sentiasa memandang wajah seorang buta sepanjang hayat membuatkan ia tidak bersedia untuk mengahwini teman lelakinya.
Teman lelakinyapun pergi dengan lelehan airmata. Beberapa hari kemudian ia mengutus nota kepada sigadis “Jagalah matamu itu sayang kerana sebelum ia menjadi kepunyaan mu, mata itu adalah mata milikku.” Atau dalam bahasa asalnya berbunyi: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'
Kata tulisan itu lagi baginilah bagaimana otak manusia bekerja bila status kita berubah. Tidak ramai yang mengingati kehidupan sebelumnya dan sentiasa berada di sisi terutama dalam situasi duka.
1 comment:
Kadang kala kita teralpa tentang diri kita sendiri siapa kita sebelum ini...
Post a Comment