Thursday, February 3, 2022

Kalendar

 Hari ini 2hb Februari 2022.  Ada yang menulis 2-2-22.  Memang cantik tarikh ini.  Nak tunggu tarikh selari ini mungkin tipis.  Umur manusia terlalu pendek. Maka itu elok saya tulis sesuatu bagi memperingati tarikh tersebut.

Subjek terbaik tentu saja berkaitan dengan kalendar.  Minggu lepas saya memperolehi kalendar jabatan Penerangan.  Saya ikut berbaris menggunakan kereta.  Sepatutnya kalendar diedarkan pada jam sembilan.  Saya sudah masuk barisan seawal lapan pagi.  Sudah banyak kenderaan di hadapan saya. Lima belas minit berlalu semakin banyak kereta bersusun di belakang kenderaan saya.

Melihat keadaan itu penyelenggara mengawalkan pembahagian kalendar kira-kira 10 minit sebelum jam 9.00 pagi.  Teratur caranya.  Tidak berebut-rebut.  Setiap kenderaan diberikan dua kalendar.  Bagus kalendar itu bertemakan pendidikan di Brunei Darussalam.

Cara pembahagian ini walaupun lewat sebulan dari tarikh 1hb Januari, lebih bersistematik.  Maklumat disampaikan tarikh pemberian disampaikan  melalui wattups.  Adil.  Siapa membaca dan hadir dapatlah kalendar itu secara percuma.

Pusat Dakwah Islamiah elok mengikut cara begini.  Bukan melalui ketua kampung semasa orang menerima pencen tua.  Orang terima melalui bank tentu inda ampit. .Bila saya cuba mendapatkan di pejabat, kerani itu kata kalendar diedarkan melalui ketua kampung.  Yang lain diperuntukkan untuk pegawai kerajaan.  Bila dirayu tolonglah minta satu saja.  Jawapannya liatlah di hujung tahun mun ada labih.  Kalau kita dalam keadaan ini mau marah atau ketawa dengan jawapan itu  .......


Tuesday, September 14, 2021

KOL -2 - WORK FROM HOME

Saya sekarang sedang membaca buku Integriti dan Kewibawaan dalam Perkhidmatan Awam- Satu Pandangan yang ditulis oleh sahabat senior saya semasa menuntut di Malaya pada tahun 60an. Lama sudah buku ani saya beli semasa Pesta Buku DBP. Baru sekarang ada kesempatan membacanya.

Pengarang buku ani, Dato Paduka Haji Ahmad bin Haji Ibrahim pernah bertugas di Jabatan Kerja Raya, menjadi  Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Unit Petrolium, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Laut dan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Tentu saja dia layak memperkatakan tentang Integriti, Etika, Moral dan Akhlak Kejujuran dan Keikhlasan dan kewibawaan. Setelah membaca buku ini timbul rasa untuk menulis tentang Work From Home setelah melalui satu pengalaman.

Zaman covid ini digalakkan orang membuat kerja di rumah supaya akan ada penjarakan sosial. Namun pada pendapat saya WPH ini patut juga berpada-pada.  Ada tempatnya kerja tidak dapat dibuat dari rumah seperti Penyambut Tetamu dan Operator Telefon terutama di jabatan jabatan strategik.

Saya pada satu hari ingin menghantar borang kajian penonton.  Borang itu saya terima sebelum timbul penularan covid 19  peringkat kedua.  Dalam borang ditulis harus dihantar pada penghujung bulan Ogos 2021. Saya pun pergi ke Radio Televisyeen Brunei di Sungai Akar beberapa hari sebelum tarikh itu.

Di sana saya mendapati tidak ada seorangpun Operator Telefon dan Penyambut Tetamu yang bertugas.  Work From Home kah?  Atau pada hari tersebut kebetulan kedua-dua bahagian inda ada orang bertugas.  Saya harapkan pada hari-hari berikut ada orang bertugas sekurang-kurangnya seorang. 

Sekuriti yang bertugas kata, cuba telefon bahagian yang hendak diserahkan borang itu iaitu Bahagian Penyelidikan.  Kata saya macam mana mau telefon kalau  operator tiada ada.  Ampaikan saja di meja Penyambut Tetamu atu katanya.  Hai macam mana dengan surat-surat lain atu?  Kalau ada perkara kerahsiaan tentu tidak selamat.  Sayapun fikir.  Kalau macam atu inda payahlah saya hantar borang  Kajian Penonton.  Tanpa pandangan dan ulasan dari  saya,  Kajian Penonton atu inda kan cacat.  Tapi timbul jua rasa hati ingin bekerjasama apa lagi saya adalah mantan pegawai di jabatan atau khususnya dalam bidang Penerbitan. Ampaikan sajalah.  Kalau sampai Alhamdulillah.  Mun mansuh dan jadi mangsa tong sampah inda kenapa.

Ketiadaan orang di bahagian Penyambut Tetamu dan di Bahagian Operator telefon menjadi kesangsian saya.  Sekurang-kurang ada seorang yang bertugas.  Ani usulnya salah mentafsir  work from home. RTB itu jabatan strategik.  Di luar negara sering dibaca rampasan kuasa berlaku dan salah satu jabatan yang awal kena tawan  ialah yang berkaitan dengan komunikasi.  Di jabatan RTB lama di Bandar Seri Begawan ada terpapang notis yang menunjukkan orang ditembak bila transpassing.  Itu tanda jabatan atu jabatan strategik.

Minda saya merayau-rayau ke masa lalu.  Semasa menghadiri mesyuarat MoU di Singapura saya melihat Penyambut Tetamu yang bertugas nganya seorang.  Dia juga menjawat telefon, menerima surat-surat dan menyambut tetamu dan menberi tahu apa yang perlu dilakukan sebelum masuk ke premis mereka.

Di RTB (saya pernah menjadi ketua Bahagian ini) ada beberapa orang petugas Penyambut Tetamu dan Operator Telefon.  Pada masa saya datang untuk menghantar borang Kajian Penonton itu seorang pun tiada.  Oh, work from home barangkali semuanya..  Sayapun semak kembali apa yang diperkatakan dalam buku karangan Dato Ahmad terutama tentang  Integriti, Jujur dan Ikhlas serta Kewibawaan terutama di bahagian Tugas, Tanggungjawan dan Akauntabiliti. 


 

 

 

 

Friday, September 10, 2021

KOL – 1

 Assalamu alaikum.  Bagi ramai pengikut rancangan Katak Atas Temburung di radio khususnya di rangkaian Pelangi tertunggu-tunggu bila rancangan itu akan di keudarakan.

Satu hari saya sebagai penulis, dipanggil oleh tuai-tuai orang radio.  Saya diberi tahu Rangkaian Pelangi akan di usai dan diberi wajah baru. KAT yang berupa rancangan umum dikatakan inda termasuk dalam penyusunan atu kerana kata abis sidia rancangan atu inda sesuai untuk progrem Pelangi yakni rancangan untuk orang muda-muda.  Sayapun diarahkan untuk memberhentikan menulis tulisan yang saya laksanakan setiap minggu sejak lebih 23  tahun dulu. Mula pada tahun 1998   Dalam kata lain saya dipencenkan!

Saya mau terus menulis.  Saya harap bis sidia dapat memanjangkan ke rangkaian orang dewasa Harmoni atau Rangkaian Nasional. Tapi inda dibuat begitu.  Saya pun heran. Rupanya bis sidia inda berhubungan. Kau kau.  Aku aku. Walaupun satu bumbung dan satu ketua. Saya kan cuba menghubungi tuai ketua Rangkaian Harmoni atau Nasional.  Tapi datang tia lagi covid 19.  Rancangan atupun tergantung.

Saya ada menghadapkan kepada Menteri KKBS masalah saya semasa sesi perjumpaan dengan ASTERWANI.  Minta Yang Berhormat Menteri itu menyampaikan kepada Menteri di JPM yang mengawasi RTB.  Saya sendiripun ingin kan bekurapak dengan Menteri atu kerana dia juga kawan semasa muda-muda dulu menuntut di  Malaya dan tinggal sama-sama di Rumah Awang Betatar Jalan Ampang. 

Ada acara puisi santai bersama belia.  Ani peluang baik bekurapak dan baibun.  Tapi tiba-tiba Covid 19 muncul lagi.  Telepas tah peluang atu. 

Saya sudah pencen dari perkhidmatan Kerajaan.  Malah sudah dapat pencen tua.  Saya juga telah berhenti dari menjadi Finacial Planner di Great Eastern Insurance.  Inda lagi banyak keraja selain menulis ani.  Yang ada ngaya terlibat dalam Jawatankuasa ASTERAWANI dan Kumpulan Warga Emas.

Ani tah saya cuba menulis di ruangan ani.  Katak Atas Tempurung saya tukar tajuknya menjadi Katak Online atau KOL.  Saya kan melihat respon abiskita. Mohon derma (sedekah).  Inda banyak.  Nganya seringgit. ($1.00)   Di radio dulupun inda jua berapa. Makin lama makin kurang bayarannya.  Bukan naik.  Ha…ha…

Bayaran atu kan meliat berapa ramai orang mengikuti tulisan saya.  Akaun BIBD saya ialah 01-001-02-0033957.

Mun ada rakan yang dapat mengajar bagaimana membuat PAY PER CLICK saya ingin menghubungi biskita.

Salam dari KOL

10 Sept 2021






 

 

 

Monday, September 28, 2020

MENYEBERANG SEMPADAN

Kali terakhir saya membawa kereta saya menyeberang sempadan ke Malaysia ialah pada bulan Januari 2020 ke Miri. Sekarang sudah hampir tamat bulan September.  Nampaknya Covit 19 bukan beransur kurang malah bertambah terutama di Sabah selepas Pilihanraya Negeri. Rindu juga untuk mengunjungi saudara mara dan kawan-kawan di seberang sana.  Tapi apakan daya. Sebelum Covit 19, sekurang-kurangnya saya menyeberang masuk sekali dalam sebulan.

 



Tuesday, September 1, 2020

Baca Buku

 

Agak lama juga saya menghabiskan membaca Antologi Cerpen Aurora yang mempunyai 300 lebih muka surat.  Hampir sebulan baru selesai. Penulisnya adalah kumpulan penulis muda Brunei.  Maka itu ada yang bereksperimen, membuatkan saya membaca perlahan dan cuba memahami kandungan tulisan.

Tamat membaca bulu itu saya mula membaca novel penulis Korea dalam Bahasa Inggeris bertajuk Good Son.  Buku ini sudah agak lama saya beli.  Baru sekarang mendapat que untuk ditatap isinya. Dua tiga lembaran pertama agak kabur. Sekarang sudah lebih 60 muka telah saya baca dari 350 lebih muka surat.