KOL -2 - WORK FROM HOME
Saya sekarang sedang membaca buku Integriti dan Kewibawaan dalam Perkhidmatan Awam- Satu Pandangan yang ditulis oleh sahabat senior saya semasa menuntut di Malaya pada tahun 60an. Lama sudah buku ani saya beli semasa Pesta Buku DBP. Baru sekarang ada kesempatan membacanya.
Pengarang buku ani, Dato Paduka Haji Ahmad bin Haji Ibrahim pernah bertugas di Jabatan Kerja Raya, menjadi Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Unit Petrolium, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Laut dan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Tentu saja dia layak memperkatakan tentang Integriti, Etika, Moral dan Akhlak Kejujuran dan Keikhlasan dan kewibawaan. Setelah membaca buku ini timbul rasa untuk menulis tentang Work From Home setelah melalui satu pengalaman.
Zaman covid ini digalakkan orang membuat kerja di rumah supaya akan ada penjarakan sosial. Namun pada pendapat saya WPH ini patut juga berpada-pada. Ada tempatnya kerja tidak dapat dibuat dari rumah seperti Penyambut Tetamu dan Operator Telefon terutama di jabatan jabatan strategik.
Saya pada satu hari ingin menghantar borang kajian penonton. Borang itu saya terima sebelum timbul penularan covid 19 peringkat kedua. Dalam borang ditulis harus dihantar pada penghujung bulan Ogos 2021. Saya pun pergi ke Radio Televisyeen Brunei di Sungai Akar beberapa hari sebelum tarikh itu.
Di sana saya mendapati tidak ada seorangpun Operator Telefon dan Penyambut Tetamu yang bertugas. Work From Home kah? Atau pada hari tersebut kebetulan kedua-dua bahagian inda ada orang bertugas. Saya harapkan pada hari-hari berikut ada orang bertugas sekurang-kurangnya seorang.
Sekuriti yang bertugas kata, cuba telefon bahagian yang hendak diserahkan borang itu iaitu Bahagian Penyelidikan. Kata saya macam mana mau telefon kalau operator tiada ada. Ampaikan saja di meja Penyambut Tetamu atu katanya. Hai macam mana dengan surat-surat lain atu? Kalau ada perkara kerahsiaan tentu tidak selamat. Sayapun fikir. Kalau macam atu inda payahlah saya hantar borang Kajian Penonton. Tanpa pandangan dan ulasan dari saya, Kajian Penonton atu inda kan cacat. Tapi timbul jua rasa hati ingin bekerjasama apa lagi saya adalah mantan pegawai di jabatan atau khususnya dalam bidang Penerbitan. Ampaikan sajalah. Kalau sampai Alhamdulillah. Mun mansuh dan jadi mangsa tong sampah inda kenapa.
Ketiadaan orang di bahagian Penyambut Tetamu dan di Bahagian Operator telefon menjadi kesangsian saya. Sekurang-kurang ada seorang yang bertugas. Ani usulnya salah mentafsir work from home. RTB itu jabatan strategik. Di luar negara sering dibaca rampasan kuasa berlaku dan salah satu jabatan yang awal kena tawan ialah yang berkaitan dengan komunikasi. Di jabatan RTB lama di Bandar Seri Begawan ada terpapang notis yang menunjukkan orang ditembak bila transpassing. Itu tanda jabatan atu jabatan strategik.
Minda saya merayau-rayau ke masa lalu. Semasa menghadiri mesyuarat MoU di Singapura saya melihat Penyambut Tetamu yang bertugas nganya seorang. Dia juga menjawat telefon, menerima surat-surat dan menyambut tetamu dan menberi tahu apa yang perlu dilakukan sebelum masuk ke premis mereka.
Di RTB (saya pernah menjadi ketua Bahagian ini) ada beberapa orang petugas Penyambut Tetamu dan Operator Telefon. Pada masa saya datang untuk menghantar borang Kajian Penonton itu seorang pun tiada. Oh, work from home barangkali semuanya.. Sayapun semak kembali apa yang diperkatakan dalam buku karangan Dato Ahmad terutama tentang Integriti, Jujur dan Ikhlas serta Kewibawaan terutama di bahagian Tugas, Tanggungjawan dan Akauntabiliti.
1 comment:
Suka membaca tulisan tuan, sangat santai.. Lagi damit selalu mendengar dalam radio yg dibaca oleh Helen Thu.
Post a Comment