KOL – 1
Assalamu alaikum. Bagi ramai pengikut rancangan Katak Atas Temburung di radio khususnya di rangkaian Pelangi tertunggu-tunggu bila rancangan itu akan di keudarakan.
Satu hari saya sebagai penulis, dipanggil oleh tuai-tuai orang radio. Saya diberi tahu Rangkaian Pelangi akan di usai dan diberi wajah baru. KAT yang berupa rancangan umum dikatakan inda termasuk dalam penyusunan atu kerana kata abis sidia rancangan atu inda sesuai untuk progrem Pelangi yakni rancangan untuk orang muda-muda. Sayapun diarahkan untuk memberhentikan menulis tulisan yang saya laksanakan setiap minggu sejak lebih 23 tahun dulu. Mula pada tahun 1998 Dalam kata lain saya dipencenkan!
Saya mau terus menulis. Saya harap bis sidia dapat memanjangkan ke rangkaian orang dewasa Harmoni atau Rangkaian Nasional. Tapi inda dibuat begitu. Saya pun heran. Rupanya bis sidia inda berhubungan. Kau kau. Aku aku. Walaupun satu bumbung dan satu ketua. Saya kan cuba menghubungi tuai ketua Rangkaian Harmoni atau Nasional. Tapi datang tia lagi covid 19. Rancangan atupun tergantung.
Saya ada menghadapkan kepada Menteri KKBS masalah saya semasa sesi perjumpaan dengan ASTERWANI. Minta Yang Berhormat Menteri itu menyampaikan kepada Menteri di JPM yang mengawasi RTB. Saya sendiripun ingin kan bekurapak dengan Menteri atu kerana dia juga kawan semasa muda-muda dulu menuntut di Malaya dan tinggal sama-sama di Rumah Awang Betatar Jalan Ampang.
Ada acara puisi santai bersama belia. Ani peluang baik bekurapak dan baibun. Tapi tiba-tiba Covid 19 muncul lagi. Telepas tah peluang atu.
Saya sudah pencen dari perkhidmatan Kerajaan. Malah sudah dapat pencen tua. Saya juga telah berhenti dari menjadi Finacial Planner di Great Eastern Insurance. Inda lagi banyak keraja selain menulis ani. Yang ada ngaya terlibat dalam Jawatankuasa ASTERAWANI dan Kumpulan Warga Emas.
Ani tah saya cuba menulis di ruangan ani. Katak Atas Tempurung saya tukar tajuknya menjadi Katak Online atau KOL. Saya kan melihat respon abiskita. Mohon derma (sedekah). Inda banyak. Nganya seringgit. ($1.00) Di radio dulupun inda jua berapa. Makin lama makin kurang bayarannya. Bukan naik. Ha…ha…
Bayaran atu kan meliat berapa ramai orang mengikuti tulisan saya. Akaun BIBD saya ialah 01-001-02-0033957.
Mun ada rakan yang dapat mengajar bagaimana membuat PAY PER CLICK saya ingin menghubungi biskita.
Salam dari KOL
10 Sept 2021
No comments:
Post a Comment