Tuesday, February 19, 2008


Lagi seorang pemuisi veteran....

Orang kuat Astrawani Haji Jewawi penuh semangat mendiklamasikan sajak.

Kesibukan Hari Kebangsaan 2008

Sana sini sibuk. Latihan intensif dijalankan bagi memperlihatkan hasil terbaik untuk acara kemuncak Hari Kebangsaaan pada 23hb Februari 2008. Bendera sudah di pasang. Lagu sudah dihafal. Pakaian sudah di tempah. Jadual sudah di susun.

Ada juga kumpulan yang sudah memulakan acara. Misalnya orang seni sudah memulakan jerayawara pengucapan puisi sempena Hari Kebangsaan 2008. Acara berlangsung pada malam hari penaikan bendera besar. Tempatnya di situlah, di bawah bendera besar. Ramai yang datang. Kalau ikut istilah yang disebut-sebut, ada pemuisi elit, pemuisi veteran dan pemuisi tunas.

Seperti kata Awang Haji Jewawi dalam Sudut Sastera di Rampai Pagi minggu lepas dalam sastera tiada ada orang salah atau benar. Orang elit atau orang tunas sama saja. Apa yang diucapkan pemuisi adalah curahan hati bis sidia. Mungkin pengalaman mereka berlainan. Bahasa dan curahan pun berlainan. Mun sajak yang dibacakan atu kepunyaan orang lain mungkin cara penafsirannya juga berlainan. Ani terbawa-bawa pula pada cara persembahan. Bagitulah pandangan saya yang seumur hidup inda pernah menyampaikan sajak di khalayak. Saya perturunkan beberapa gambar yang sempat saya rakam.

Saturday, February 16, 2008

Nanti saya download.......

Minggu ini agak hektik. Hari Kebangsaaan sudah menempuh. Saya ada tugasan yang perlu siap sebelum menjelang tarikh itu. Tadi saya hantar 7 rencana pendek untuk Nasional FM. Tajuk besar rencana itu Perspektif. Ada dua lagi yang diselesaikan sebelum 23hb Februari. Saya juga ditekan untuk menyiapkan skrip drama TV.

Keadaan hujan juga membuatkan mood kurang. Sehari-hari angin bertiup kuat dengan hujan renyai-renyai. Macam snowing tah pulang. Saya ada beberapa bahan gambar Anugerah RTB 2007 yang hendak di download. Tapi malas. Biskita boleh lihat melalui blog Anas Afandi.

Minggu lepas juga saya menghadiri kegiatan seni membaca sajak sempena Hari Kebangsaan. Foto-fotonya juga belum di download. Malam ini pula berlangsung Malam Appresiasi Anugerah RTB. Saya menerima sijil kerana berkhidmat sebagai hakim. Nantitah saya download gambar-gambarnya.

Monday, February 11, 2008

Anugerah RTB 2007

Saya jarang miss menghadiri Anugerah RTB. 9hb Februari lepas majlis itu diadakan dalam bentuk yang agak grand. Saya menerima undangan. Mungkin bukan kerana saya mantan ahli pengurusan RTB. Undangan dihulurkan mungkin kerana saya menjadi hakim peringkat awal. Saya beritahu ini kerana acarapun sudah berlalu. Tidak ada peluang orang hendak melobi. Sebagai hakim awal tugasan saya tidak berat. Mana-mana yang mempunyai banyak peryertaan memerlukan saringan. Ani baru tah kami hakimkan. Yang cukup-cukup koatanya terus saja dihakimkan ke peringkat akhir. Cara penghakiman ini tidak dimaklumkan dalam hebahan siaran langsung. Tidak tahulah adakah tungkat gelagar berbunyi setelah rumah siap.

Saya juga menulis skrip asal Anugerah RTB 2007. Jadi penulis skrip memang tidak glamour. Orang yang suka menulis saja yang berkarih. Dalam senarai closing credit kadang-kadang juru temali tersenarai tapi penulis skrip tidak. Bukan maknanya juru temali tidak mustahak. Tapi cuba bayangkan rancangan tanpa skrip. Saya menghadiri raptai akhir. Hebahannya terlalu jauh dari apa yang ditulis seperti yang dikehendaki oleh producer. Saya merasakan tahun ini terlalu banyak yang jadi producer. Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya sebagai orang yang pernah duduk di kursi panas itu. Tawar rasa hati untuk melangkah masuk dewan. Tak apalah. Tak ada sayapun, program pasti masih jalan.

Semoga banyak yang dipelajari dari penerbitan Anugerah RTB 2007

Malam Anugerah RTB 2007


Hari yang ditunggu-tunggu oleh golongan karyawan. Siapa bakal
diistiharkan menerima pelbagai Anugerah. Ada kejutan, ada klimaks
dan pastinya ada anti klimaks.

Debar jantungnya pasti meningkat


Kelihatannya senyum saja. Dalam hati siapa tahu. Ini antara
calon-calon yang bakal menerima Anugerah

Langkah sebaya


Antara kumpulan yang menyampaikan persembahan
sebagai penyelang acara utama.

Semakan peringkat akhir.


Masih ada lagi yang tidak sync. Yang mana aku punya
part dan yang mana pula kau ? Atul dan Fakrul sebagai
presenter Malam Anugerah RTB 2007

Sunday, February 10, 2008

masih tawar lagi.....


Sedang mempra-tonton Kotak Impian bersama tokey Hadiyul Production. Peringkat ani masih tawar lagi. Belum masuk rempah ratusnya dalam bentuk musik dan kesan bunyi.