Friday, February 8, 2008
Thursday, February 7, 2008
Menulis semasa cuti Tahun Baru China
Hari ani ketika cuti Tahun Baru Cina saya berhasil menulis tiga buah rencana untuk rancangan POP- Penulis Orang Pencen dan sebuah rencana Bendera Kebangsaan untuk siaran Nasional FM. Sangal jua menghadap komputer tapi memberi kepuasan.
Wednesday, February 6, 2008
Baik-baik jangan terlondeh....
Kenapa pakai kain ? Gambar ani ialah semasa acara retreat General Assembly, Commonwealth Broadcasting Association tahun 2004. Tempatnya di sebuah pulau terpencil kira-kira 2 jam perjalanan dengan kapal laut dari Pulau Fiji, tempat diadakan sidang. Gambar ani dirakam sebelum bertolak ke pulau retreat atu. Ingatkan tempatnya ampir dari pusat bandar Nadi . Makin jauh makin inda kelihatan daratan. Waktu malam hanya kelihatan kelip-kelip lampu dari pulau-pulau kecil. Yang lain hanya laut. Watir jua. Apa jadi mun air pasang. Mana ada peluang untuk menanang ke daratan. Di kiri kanan adalah lautan besar. Saya hanya memastikan inda ketinggal semasa mulih ke bandar Nadi Fiji kira-kira tengah malam.
Orang Fiji basar-basar badannya. Sana sini kanak-kanaknya menyepak bola rugbi. Inda macam kitani suka bolasepak. Patuttah Fiji tersohor dengan ketangkasan main rugbi di peringkat dunia.
Sidang ani antara acara besar yang saya hadiri sebelum bersara. Saya banyak merakam gambar. Saya temui gambar ani semasa mengakas pelbagai dokumen dalam fail-fail yang masih alum tersusun.
Pengenalan: Dari kiri :Saya, deleget dari China, Setiausaha Agung Commonwealth Broadcasting Association, Dr Nawiah dari Malaysia, seorang lagi deleget dari China dan kanan sekali Haji Yusof, Timbalan Pengarah RTB.
Pakaian yang kami kenakan di badan adalah pakaian rasmi orang Fiji.
Sangkak.....
Seperti yang saya janjikan, saya bercadang menulis satu bahan tulisan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Dua hari saya berparam. Hasilnya sebuah cerpen bertajuk Sangkak. Temanya mengenai kebersihan dan memilih keraja. Cerita keseluruhannya bolehlah dibaca nanti dalam Majalah Bahana. Atupun mun Dewan Bahasa mempertimbangkan untuk menerima dan memuatkan dalam majalah atu.
Tuesday, February 5, 2008
Next tulisan
Saya nanti kan menulis tentang pendigitalan penyiaran RTB. Tunggu minggu depan atau sebelum Anugerah RTB 2007 kerana saya menulis skripnya.
cerita kuratu mencari pasangan
Assalamu alaikum teman pencen semua. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina pada rakan-rakan yang merai’kan tahun atu. Lagi daulu masa bekeraja atu, tengah hari sebelum hari sambutan, rakan-rakan cina sudah inda datang ke pejabat. Faham pulang kami tu kerana mengikut adat diorang, masa atu tah abis sidia membersihkan rumah. Tapi karang ani inda tau kerana masing-masing pun sudah ada tedapat khidmat pembantu rumah.
Menyebut soal keraja ani teringat saya semasa membuat penyelidikan sosial di sebuah kampung yang agak jauh dari bandar. Kami betanya tentang cara orang lagi daulu mendapatkan pasangan hidup. Untuk memudahkan temubual kami membawa seorang pekerja bini-bini muda dari bandar. Orang tetua yang ditemubual atu pulang jarang keluar dari kampung. Jadi, dari segi dedahan memang belawanan. Orang kampung dan orang bandar.
Orang tetua atu pandai bekurapak dan bercerita hingga orang muda yang dibawa terpesona kan bahan ceritanya. Sebabnya ada dua tiga istilah yang dibawakan oleh orang tetua yang inda pernah didangar oleh orang muda. Jadinya temubual atu berkisar pada soal istilah atu.
“Lagi daulu dang, bukan sanang kan meliat bini-bini ani. Diorang menyubuk di sawang dinding. Mata itam tah nganya nampak”
“Nanti daulu tua, sawang ani apa kan ?” si dayang menampakkan wajah keliru. Ia tekun menunggu.
“Sawangpun inda kau tau ?” Orang tetua ketawa. “Lobang bah. Lagi daulu dinding atu besapar. Bukannya kukuh. Kadang-kadang sapar atu dari kajang. Mun ada sawang di sana tah bis sidia menyubuk”
“Luan teknikal jua kita bekurapak ani tua. Banyak bah inda ku merati. Sapar, inda ku tau. Kajang atu apa barangnya ?”
Bah, baik tahku bekurapak bahasa karang ani…. Lagi daulu lai, mun bini-bini besaluar kana ucap bini-bini sigau. Akhir tahun lima puluhan atu lakat lagi macam atu”
“Apa nyanta, bini-bini sigau ?” Sekali lagi kerut nampak di dahi wanita penemu bual.
“Jangan kau marah lai. Bini-bini sigau atu, bini-bini lanjak bah.” Nada suara orang tetua sedikit rendah. Mungkin mau mengelak dari membuat pernyataan yang kasar.
“Lanjak ? Paning kepala ku, kita ani eh. Baik tah kita becerita tarus mengenai peringkat-peringkat hubungan orang laki-laki dengan bini-bini sebelum lagi ibis sidia berkahwin” Suasana hening sebentar.
“Awal sebelum besuruh, ada abis sidia bersarang gundi tu” Orang tetua mula bercerita tentang peringkat mencari pasangan.
“Nah ani lagi membuatku bangang. Besuruh atu ada ku mendangar tua. Tapi besarang gundi atu asing banar arahku”
“Sebabnya ia inda lagi kana gunakan.’ Orang tetua mencelah. “Orang muda karang ani, alum lagi indung bapanya tau, abis sidia sudah menyusun persediaan. Sudah becinta.”
“Ceritakan tah apa besarang gundi atu” Si wanita bagaikan mendesak.
“Ani peringkat awal sebelum besuruh, lai. Katakan seorang lelaki kan behajat kedikau, indung bapanyanya pun mencari orang yang biasa dan cacah cabur mengaga keluarga bini-bini atu”
“Apa tah dibuat oleh orang surahan atu ? si wanita semakin tertarik.
“Meliati bini-bini atu bah. Sambil bekutu-kutuan di pantaran misalnya, di tanyakan tah sedikit-sedikit mengenai anak dara kan dihajati atu. Masa bekutu-kutuan atu mana jua keluarga rumah kan sangka orang sedang meliati anak daranya”
“Macam spy kali ni” Kemudian kedengaran ketawa kecil.
“Suka atimu tah menggalar. Peringkat ani tah di galar bersarang gundi.”
Orang tetua menjelaskan.
“Cubatah tarus saja betanya. Adakah sudah anak dara atau dipunyai orang. Inda bingkang bingkok macam ular”
“Kasar tu lai. Bukan adat kitani. Karang ani lain. Tarus tarang. Sebab atu tah besarang gundi atu inda da lagi.” Orang tetua menyatakan apa yang dirasai dan dilihatnya.
“Mun cam atu baik tah ku menyuruh kita besarang gundi mencarikan pasanganku. Payah bah karang ani mencari laki-laki sesuai” Tidak tau samada kenyataan wanita itu benar-benar berhajat atau sekadar berseluruh.
“kamu lagi pandai. Karang ani orang tetua mengikut saja. Jarang jua abis sidia kan menghalang”
.
Temubual atu berhenti seketika kerana kaset yang kami gunakan untuk merakam sudah sampai ke penghujungnya.
Saya inda tau ke mana karang ani anak bini-bini yang bekeraja dangan kami atu, yang melaksanakan temubual dengan orang tetua di kampung pedalaman. Barangkali ia sudah becucu. Yang saya maklum orang yang kami temubual sudah lama meninggal dunia tapi apa yang dikurapakkannya terus hidup dan amat berguna bagi pengetahuan genarasi masa ani.
Saya, POP.
Penulis Orang Pencen

Padi masak di Temburong. Musim menuai sudah tiba. Banyaktah nanti rakan-rakan dari bandar ikut turun ke sawah. Ada yang baru kali pertama menjunyak batis ke tanah Temburong. Inda apa. Dapat tah jua nanti merasa, cam ani tah rasanya menghasilkan baras yang menjadi makanan utama orang disini.
Pejalanan darat ke KK seronok. Ani tanda pilihan raya sudah hampir. Sepanjang jalan banyak billboard cam ani. Yang ani bagi sambutan Tahun Baru Cina. Billboard sambutan Krismas dan Hariraya Puasapun masih ada yang kukuh. Ani billboard dansanak saya.
Baru separuh pejalanan ke KK setelah melalui jeraya dan feri. Break di sini bagus. Stetch out menghilangkan sangal. Ada kadai KFC. Tapi saya lebih gemar membali-bali buah di tamu seperti dalam gambar. Di Sipitang bangunan hospitalnya basar.
Gerainya di siring laut. Anginnya kuat. Nganya ia diadakan sebelah petang dan malam. Mun sampai awal kursi meja kosong nganya yang ada.
Menunggu pelanggan.
Katak Atas Tempurung - Kepala Singa
Saya menunggu minggu ini untuk memperkatakan subjek yang masih berlegar dalam minda saya. Ia bersesuaian kerana tiga hari lagi akan ada lagi cuti awam. Kali ini bagi merai’kan Tahun Baru Cina.
Beberapa minggu lalu anak saudara saya yang bermestautin di negeri jiran berpesan pada ibunya yang minggu lepas berkunjung ke Negara Brunei Darussalam. Anak itu berumur sekitar lapan tahun. Pesannya pada ibunya untuk minta belikan di Brunei kepala singa. Bukan singa hidup. Tapi kepala singa yang digerakkan semasa tarian Singa dalam majlis-majlis sambutan Tahun Baru China. Kami ketawa mendengar pesanannya itu. Kanak-kanak lain seperumurannya biasanya berpesan benda-benda yang mudah untuk didapat. Atau sekurang-kurangnya minta belikan permainan elektronik yang harganya lebih murah di sini. Ini lain pula. Kepala Singa yang dihajati. Katanya di Brunei ada jual di kedai $1.80 sen. Maknanya anak itu sudah pernah terlihat benda yang ia minta belikan semasa melawat ke sini.
Bagaimana anak ini terpengaruh untuk minta belikan kepala singa, merupakan satu perkara yang boleh diamat-amati untuk difikirkan. Mungkin ia ingin untuk berlagak menarikan tarian singa. Ibunya tidak pula membangkitkan soal ini. Takut kalau itulah sebenarnya yang ada dalam hatinya pasti dia juga mau minta belikan gendang besar dan juga hand percussion.
Dulu kanak-kanak takut bila ada rombongan penari singa bekunjung ke rumah jiran orang cina. Bunyi gendang besar dan sentuhan percussionnya saja sudah menggetarkan jantung. Apa lagi bila melihat keolahan tarian dan lagak singa yang berdiri tinggi bagi menelan paket angpow yang dihulurkan oleh tuan rumah atau kedai yang dikunjungi. Kanak-kanak dulu lari bertempiaran. Berlainan dengan kanak-kanak sekarang. Mereka menyoal bagaimana singa mampu berdiri tinggi sedangkan di dalam badan puppet singa adalah manusia. Inilah barangkali persoalan yang ingin dipecahkan oleh anak saudara saya itu. Saya pernah terbaca di Singapura, penggerak (penari) kepala singa itu terdiri dari kanak-kanak Melayu. Ertinya tarian Singa tidak lagi dimonopoli oleh kanak-kanak berbangsa Cina.
Tarian Singa berkait rapat dengan budaya masyarakat Cina semasa menyambut Tahun Baru Cina. Tapi bagi anak kecil ini dia mungkin melihat dari sudut lain. Adapun tarian Singa itu menurut legendanya bermula semasa pemerintahan Dinasti Han iaitu kira-kira Abad ketiga sebelum Masehi.. Singa adalah lambang kekuatan, keberanian, kebolehan survival dan ketrampilan yang disegani, ditakuti dan dihormati dan lambang nasib baik. Yang sungguh menakjubkan, masyarakat lama tidak pernah melihat bagaimana bentuk singa. Adapun bermulanya cerita singa berpunca dari daerah Iran dan Afghanistan sekarang, di mana melalui perniagaan Jalans Sutera (Silk Road) yang masyhur itu singa hidup diserahkan sebagai hadiah kepada pemerintah. Sebab itu jika awda teliti rekabentuk singa mempunyai tanduk di tengah-tengah. Itu adalah imiginasi masyarakat silam tentang singa yang diperturunkan hingga sekarang.
Pada tahun Baru Cina juga diadakan Tarian Naga. Naga mempunyai berbagai ukuran. Ada 7 bahagian, 13, bahkan jika mampu sehingga 46 bahagian. Setiap bahagian memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang penari. Untuk menghasilkan Tarian Naga perlu belanja besar. Nasib baik anak saudara saya itu tidak minta belikan kepala naga. Jika begitu mengapa perlu bersusah payah membelanjakan wang untuk membeli peralatan, membayar upah tenaga kerja dan penari-penari untuk mengadakan tarian naga ini? Apa ada di sebaliknya? Semua pergerakan naga dari kepala, badan dan ekornya memerlukan kerjasama dan disiplin yang tinggi dari semua penari dalam memainkan peranan masing-masing untuk meng"hidup"kan naga berkenaaan. Pergerakan bahagian-bahagian berbeza tetapi mempunyai satu irama dan satu rentak dengan pergerakan penari-penari lain.
Ini merupakan suatu peringatan. Menghormati dan mengiktiraf peranan dan pergerakan yang berbeza dari setiap individu dalam membentuk kesatuan, pergerakan, tindakan dan tujuan. Semua penari dan semua pergerakan sama penting, sama memerlukan satu sama lain.
Alangkah bagusnya bila pengajaran ini dimengerti oleh anak kemanakan saya itu. Malah juga oleh orang dewasa dan tidak melihat tarian Singa dan Naga sebagai tarian bising yang mempunyai irama dong-dong cai.
Kepada rakan yang merai’kan tahun Tikus, tahun ini, diucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Februari yang pendek
Saya baru balik dari Sabah. Di sepanjang perjalanan ada ilham muncul untuk dijadikan sebuah cerpen. Mudah-mudahan selesai dalam bulan Februari ani. Cadang untuk dihantar ke DBP.
Saya jua bercadang untuk menulis sebuah drama yang berasaskan perubahan sikap petugas peribadi semasa saya masih berkhidmat dan selepas saya bersara. Saya catatkan ani supaya tidak lupa mengenai temanya.
Lain-lain yang saya tulis setakat hari ani:
4 buah rencana Katak Atas Tempurung telah siap ditulis untuk Pelangi FM.
2 buah rencana radio telah siap bagi sambutan Tahun Baru China. Satu untuk Nasional FM dan satu lagi untuk Pilihan FM (untuk pendengar Tionghua)
1 buah rencana Ole Ole POP selesai untuk minggu pertama bulan ani. Ada tiga lagi mau disiapkan bulan ani untuk Nasional FM.
Yang mendesak pada masa ani ialah penulisan tentang Sambutan Hari Kebangsaan. Bahannya sudah ada. Tinggal lagi untuk mengolah.
Saya jua terhimpit ke tepi bagi menyiapkan drama swasta; bersiri sebanyak 13 episod dan sebuah drama one of. Mudah-mudahan RTB memberi limut. Bulan Februari ani rasanya terlalu pendek.
Yuh, mari terus menulis.

Monday, February 4, 2008
Mun inda boring jua kali ah...
Huh, panjangnya Q. Saya ke Sabah naik kereta melalui Kula Lurah. Tolak akhir sedikit dengan harapan kawalan imigresen tidak ramai. Tapi surprise surprise. Tolak dari rumah jam 9.30 pagi. Kan habis orang sembahyang Jumaat saya alum lapas dari KL. Mata pun mengantuk. Hilang rasa seronok.
Lalu di Temburong nampak padi sudah menguning. Anitah yang jadi perumpamaan: rasmi padi, makin berisi makin tunduk. Inda lama lagi ada tah orang dari bandar ikut mengatam padi; termasuk yang alum pernah jejak kaki ke Temburung. Baik jua ikut merasa hidup di kampung. Saya kan turun ambil gambar tapi takut akhir. Saya teruskan perjalanan. Dalam ati simpan tekad. Mulih nanti mesti ambil gambar. Gambar yang saya sertakan ani sebagai buktinya.
Sepanjang jalan ke Sabah angin pilihan raya Malaysia sudah terasa. Di jalan utama ada bill board basar mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dari MP dan YB-YB yang dilantik. Saya ada rakam bill board masa sambutan Hariraya Krismas dan Tahun Baru China. Billboard yang saya pilih atu kepunyaan dansanak saya.
Saya ke Sabah menghadiri majlis kahwin di Kuala Penyu. Kamera sudah sedia untuk merakam suasana kahwin di kampung. Tapi usulnya pengaruh bandar sudah menyusup. Inda ada lagi gandang gilintangan, tawak-tawak dan gong. Sudah diganti dengan karaoke sampai menyubuh. Cara makan pun sudah jenis buffet. Inda lagi duduk besila mengadap sajian dalam talam. Saya sajikan beberapa gambar di majlis atu.
Oleh sebab ipar-iparan yang dari KK inda ada bermalam di KP, sayapun draiv ke KK selepas majlis kahwin. Di KK ramai kerana sambutan Hari Wilayah dan persediaan Sambutan Hari Tahun Baru Cina. Nya dansanak saya, sebahagian dari KK sudah macam Hongkong. Panuh mirah dengan pelbagai hiasan tanglong.
Malamnya kami kana beri belanja oleh MP dansanak saya di sebuah hotel tepi laut. Tentu saja menunya masakan cina. Bila kanyang mata mengantuk. Esoknya pulang Brunei. Dari KK enjoy driving ikut jalan lama masuk kampung. Bila sudah sampai KL trafik jadi bottleneck. Pejalankaki melambatkan proses melasut mulih.. Tapi bissidia inda dapat disalahkan. Orang kan beraya. Di dua tangan ada plastik hitam yang orang sudah maklum apa isinya.
Saya sampai di KL jam 530 petang. Limpas Imigresen Tadungan dan masuk Brunei hampir jam 9 malam. Baik jua saya beli Mingguan Malaysia di Limbang. Habis saya baca dari muka satu sampai muka belakang. Mun inda boring jua kali ah.
Selamat berkarya

Subscribe to:
Posts (Atom)