Lama betul saya tidak singgah ke blog saya ini. Pada hal banyak benda yang boleh dimasukkan terutama sambutan-sambutan hari raya. Namun yang mengesankan saya dan membuatkan saya terkilan ialah bila tidak diundang untuk majlis penyampaian hadiah menulis skrip drama radio. Skrip saya tidak mendapat tempat, kata penganjur. Jadi tidak ada undangan. Tidak mengapalah. Saya menghantar skrip itu kerana mahu sama-sama merespons promo meminta supaya penulis menghadapkan karya. Tidak menang tidak apa. Undangan ke majlis penyampaian hadiah itu memang ditunggu-tunggu (walaupun tidak menang). Ada juga peluang memberi tahniah kepada penulis yang menang. Tapi begitulah kejadiannya.....
Sebagai penulis mesti rajin ke sana ke maricari bahan. Gambar ini ketika melawat pameran di Majlis Ilmu 2012 |
No comments:
Post a Comment