Keluarga terdekat saja sudah memenuhi ruang bilik tamu. Kyusuk membaca tahlil selepas bertakbir |
Ketam suri dari kampung. Juga ada ialah buah tarap yang baru di pupul. Tapi saya menggemari ikan kerapu masam manis yang baru di kail. |
Ani ialah pais ikan tamban dan talur tenggiri. |
Selamat Hari Raya Aidil Adha
diucapkan pada pembaca sekalian.
Sambutan yang saya adakan di rumah sederhana saja dengan memanggil adik
beradik, anak buah, cucu, menantu.
Itupun sudah memenuhi ruang tamu.
Kami bertakbir sebelum bertahlil.
Makanan cukup lumayan. Daging saja ada empat macam; daging lembu,
ayam, kambing dan payau. Saya suka pada
ikan kerapu masak masam manis. Kurapu atu
oleh mengail. Katam suri pun ada. Perut kenyang tapi saya tambah lagi dengan
memakan pais ikan tenggiri. Buah buahan
dan kueh muih pun ada. Di dapur mereka
membuka buah tarap yang baru di pupul.
Isinya punat.
Memang seronok mun makan
beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment