Tuesday, April 28, 2009

PENSIONERS'S GOSSIP

Here is an extract from my weekly column in National FM. The story is about gossip among pensioners.

“Ku dangar si Maidin atu rapat dengan amahnya. Inda hairan bila amah atu jadi bininya nanti”

“Mengapakan ?” . “Inda jua salah. Lagipun bini tua sudah meninggal dunia. Masa sudah pencen ani baik jua ada pengganding. Mun stress ada penyajuk”

Seminggu kemudian saya berjumpa kawan yang jadi bahan gossip. Dia mengajak saya ke rumahnya yang terletak jauh di pedalaman.

“Si Minah sudah makan ?” Dia bertanya pada anaknya.

“Sudah” jawab anak muda atu. Saya hairan kenapa ia inda makan dengan orang yang bernama si Minah. Saya teringat perbualan kami di gerai yang mengatakan kawan ani berhajat untuk mengahwini amahnya. Mungkin saja amahnya ani bernama Aminah. Malukah dia, atau segan untuk keluar bertemu dengan sahabat bakal suaminya Mata saya terus menjeling kalau ada kalibat yang bernama si Minah. Tidak juga ada. Malah semasa hidangan disajikan yang menyajikan ialah teman saya si Maidin atu. Saya memberanikan diri.

“Mana orang rumah ?” Tanya saya pendek.

“Inda jua biskita inda tau. Lapan bulan lapas bepencen atu ia meninggal dunia”

“Si Minah atu antadi siapa ? Amahkah ?” Saya sedikit-sedikit mula mengorek.

“Si Minah ?” Ia bertanya kembali. Ia tersengeh. “Ia kesayangan saya. Saya sendiri memandikannya” Hujah itu menambahkan saya lebih termanggu. “Kalau ada orang Kementerian Ugama, merbahaya kawan saya ini. Boleh didakwa ni” Saya mencuba untuk menghulurkan nasihat. Tapi mulut saya terkunci.

“Orang rumah abiskita cam mana ? Masih bekerajakah ?” Saya bagaikan tidak mendengar soalannya kerana masih mengenangkan suasana rumah teman saya itu. Mana mungkin ada pegawai pencegah maksiat menyerbu rumah atu kecuali ada tanda-tanda bahawa kawan saya atu bersekedudukan dengan perempuan yang bukan muhrim.

“Isteri saya inda lagi bekeraja. Inda jua bepencen”

“Kita bisai, saya ani, ia tah macam ani”

“Si Minah ?”

Ia terbahak ketawa. “Si Minah atu bukan manusia. Si Minah atu kucing Siam. Tu nah” Ia menunjuk ke sebuah kurungan. Dalamnya ada seekor kucing putih yang kembang bulunya.

“Patuttah kita tebahangga antadi bila ku menyabut si Minah”

“Kenapa di bari nama si Minah ?” Tanya saya balik.

“Ia ani ku pelihara bagai menatang minyak yang penuh. Di mandihi. Di shampoo. Di sisir. Pasir tempat najisnya diganti alat beberapa hari. Di bawa ke klinik. Makanannya dijaga. Pill kesihatan di bari.”

“Macam manusia” ulas saya pendek….“Inda ada hajat mencari pengganti ?” saya mencoba-coba mengorek.

“Memang, mun ada keraja rumah terasa jua kehilangan isteri atu. Mun luan barat, ku lagau anakku. Suruh ia bawa amahnya menolong” teman saya atu menceritakan rotin cara dia membersihkan rumah.

“Kenapa inda kita mendapatkan amah ? Mampu jua abis kita”

“Soal gajinya atu inda jadi hal. Tu nah menjaga mulut orang ah. Walau tia di ulu ani. Aku ani dudu. Apa hal mun amah tinggal serumah. Macam-macam boleh jadi pekurapakan.”

Mendengar atu saya kembali teringat bincang-bincang dengan teman-teman pencen tempuh hari. Dari manalah datangnya khabar angin si Maidin kan mengahwini amahnya sedangkan ia inda mempunyai amah. Jangan-jangan orang salah sangka, seperti saya juga, si Minah mahluk yang disayangi oleh si Maidin atu seekor kucing bukan manusia.

No comments: