Wednesday, April 2, 2008

April Fool

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan, merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Mereka ingin melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, kadang-kadang 'practical jokes' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Saya membaca satu cerita dari Internet. Seorang suami yang jahil tentang agama melapazkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!! Nah, cam mana kan mulih tu, mun sudah jatuh talak tiga. Ani tah peibunan yang melampau.

Saya jua tebaca mengenai permulaan April Fool. Salah satunya dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera musuh. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera musuh bagaimanapun inda berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Ada khabar mengatakan penduduk Islam boleh lari berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Islam risau jua. Mana tau itu suatu penipuan. Keesokan harinya pada 1April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan dan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak musuh mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Orang Islam inda sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak musuh membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Kesihan...kesihan...

Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan setiap tahun sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri. Nah dalam shiuk-shiuk atu, ketahui jua asal usul April Fool atu.

No comments: