Monday, April 7, 2008

Bandara atau Lapangan Terbang

Sejarah Lapanganterbang Antarabangsa Brunei bermula dari sebuah bangunan yang hanya menampung keperluan asas bagi pendaratan pesawat-pesawat kecil. Letaknya di Berakas. Tidak banyak orang tempatan yang menggunakannya. Paling awal penulis memijak lapangan terbang itu ialah pada tahun 1962 semasa hendak bertolak ke Malaya. Jauh sebelum itu lapangan terbang Brunei hanya sebagai tempat mengambil lamiding yang tumbuh melata di pesisir sepanjang landasan. Dalam bangunan ada ruang menimbang bagasi, tempat melaporkan diri. Selainnya ruang digunakan sebagai restoren yang menjual minuman keras di mana pelanggannya terdiri dari orang luar. Kebanyakannya orang putih.

Sekarang Negara Brunei Darussalam mempunyai sebuah lapanganterbang yang dibina pada tahun 1974. Lapangan terbang ini di ubahsuai dan ditingkatkan beberapa kali sehingga apa yang ada sekarang. Memasuki bahagian dalam terdapat beberapa ruang jualan, bank, restoren.

Orang Brunei masa kini sudah jauh langkahnya. Tidak seperti empat puluh tahun lalu. Ke Singapura bagaikan mengembara ke daerah lain saja. Boleh pergi waktu pagi dan pulang waktu petang. Dari Singapura boleh saja mencawang ke bandar-bandar besar di seluruh pelusuk dunia. Dengan yang demikian lapangan terbang itu telah dilengkapi dengan kemudahan bagi keselesaan penumpang. Maklum saja kalau di sana tengah malam destinasinya mungkin waktu siang dan bagitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian pihak berkuasa menyediakan hotel-hotel bagi penginapan jangka pendek, ruang senaman, tempat mandi atau kalau tidak mahu membeli belah, santai sanja melihat pelbagai pameran atau menonton wayang. Kalau itupun dirasa tidak mencukup boleh saja menonton TV atau berdengkur tidur di sudut sunyi bagi mereka yang menghendakkan kerihatan.

Dengan berkembangnya perniagaan pelancongan, laluan masuk juga dipertingkatkan termasuk pembinaan lapangan terbang baru. Di Asia, negara Thailand, Hongkong dan akhir ini China membina lapangan terbang baru. Jika melihat suasana di dalamnya lapangan terbang ini layak digelar sebagai bendara atau bandar udara.

Bangunan terminal Beijing Capital International Airport adalah bangunan ultra moden, dan merupakan terbesar di dunia bagi menyambut kedatangan pengunjung ke sukan Olympik 2008. Bangunan berharga 3.6 billiun ringgit ini direka bentuk oleh seorang arkitek British yang terkenal, Norman Foster. Terminal Tiga mampu mengendali 76 juta dari 52 juta penumpang pada tahun lepas. Inipun mengikut penganalisa akan tidak mencukup kerana terminal keduanya baru saja di bina lapan tahun lalu dan sekarang sudah bagitu sesak dan padat.

Kali pertama saya ke Beijing ialah dalam tahun 1991. Masa itu belum kedengaran tentang bendara baru ini. Tentu saja saya berhajat untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bendara yang menggunakan tenaga keraja 50 ribu orang untuk membinanya.dan siap dalam masa empat tahun. Dikatakan bentuk bendara ini bagaikan seekor naga, jendelanya tiga segi bagaikan sisik naga dan menggunakan dinding gelas bagi membolehkan cahaya suria asli memasuki bangunan.

Tempat menunggu keberangkatan berukuran tiga kilometer. Wah jauh tu. Perlu awal kalau tidak mahu ketinggalan pesawat walaupun tiga bahagian pelepasan ini dihubungkan dengan keretapi kawalan komputer yang laju, yang boleh membawa penumpang ke pusat bandarraya dalam jangka 15 minit sahaja.

Bahagian bagasi boleh mengendali 20 ribu bagasi sejam dan landasannya sudah tentu dapat menampung pesawat terbang paling besar masa kini Airbus super jumbo A380.

Ada terdapat 64 buah restoren menyediakan sajian Barat dan China. Awda mempunyai banyak pilihan. Bagitupun jika kebetulan awda duduk berehat pastikan awda tahu di mana check in counter awda. Jangan buat seperti berada di negara sendiri di mana hanya terdapat kaunter-kaunter yang jauhnya dua tiga langkah. Di Beijing Capital International Airport ada terdapat 300 check in counter.

Nah sekarang awda boleh menilai mana satu bangunan yang layak digelar lapangan terbang dan mana pula yang sesuai dan mempunyai taraf bandara atau Bandar udara.

1 comment:

stenote said...

Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Narita, melihat kegirangan di wajah sebagian besar penumpang, penumpang kalem yang tampaknya sering bepergian, penumpang dengan wajah gelisah karena tergesa-gesa .
Saya mencoba menulis blog tentang hal ini, semoga anda juga suka blog http://stenote-berkata.blogspot.com/2021/08/narita-di-pelabuhan-udara.html.