Sekarang musim durian. Bila tais liur bali saja. Jangan tah fikir pasal harga. Mun sakit ada rasa kan makan inda jua belaku. Anak buah saya Idris belanja adiknya Zaitoneh yang berada di Johor. Durian kuning jarang ada di Johor.
Thursday, December 13, 2018
Musim durian
Sekarang musim durian. Bila tais liur bali saja. Jangan tah fikir pasal harga. Mun sakit ada rasa kan makan inda jua belaku. Anak buah saya Idris belanja adiknya Zaitoneh yang berada di Johor. Durian kuning jarang ada di Johor.
Wednesday, December 12, 2018
Ingin bersilatulrahim
Lima tahun jaraknya sejak terkhir saya menulis dalam blog ini. Tentu banyak bahan yang boleh saya tulis. Dan yang penting ramai blogger yang saya kenali dan belajar dari perhubungan sedemikian. Saya harap selepas ini akan ada insan yang ingin bersialtul rahim dan tentunya dalam bidang penulisan.
Monday, November 11, 2013
MAHRAJAN PERSURATAN DAN KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE 2
Pada 1hb dan 2hb November 2013
yang lalu saya berada di Sabah bersama rombongan Asterawani dan Putera Seni Brunei
Darussalam bagi menghadiri Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam kali ke 2. Mahrajan itu ertinya Festival. Acara di
adakan di Kota Kinabalu dan pekan kecil Membakut. Untuk sampai ke Kota Kinabalu kami memandu
kereta dari Brunei kurang lebih 7 jam.
Antara isian Mahrajan ialah
Diskusi Mahrajan, ucapan berunsur Islam dari tokoh-tokoh seni dan sastera, Persembahan
Kesenian Islam. Acara ini diadakan di Seapark Hotel KK.
Hari kedua para peserta diangkut
dengan bas ke pekan kecil Membakut iaitu kawasan N 24 dibawah pimpinan Yang Berhormat Haji Mohd Arifin bin
Haji Mohd Rrif, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Di
Membakut/Pimping diadakan pula penyampaian Kertas Kerja, Program Ziarah
Mahrajan, Projek Keluarga Angkat. Sekali
lagi persembahan kesenian Islam di utarakan.
Dalam majlis itu juga beberapa orang penulis dianugerahi hadiah
SEDCO-BAHASA-NST kali ke 5 dan beberapa tokoh dinobatkan sebagai Anugerah
Kesenian Islam Nusantara.
Dengan berlatarkan Kampung
Pimping terasa kedamaian masyarakat pedalaman.
Di Dewan Perpustakaan Membakut disampaikan beberapa buah Kertas Kerja
yang menjurus kepada tujuan Mahrajan.
Rombongan berpeluang mengunjungi Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yakob
Khan.
Di sebelah petang rombongan
diberi ruang untuk bersama keluarga angkat.
Saya diangkat oleh keluarga Pengiran Hamzah bin Pengiran Haji Simpul
iaitu Pemimpin Kemajuan Rakyat Daerah Membakut.
Membaca nama beliau saya teringat pada seorang kawan sekolah di STAR
Ipoh kira-kira lima puluh tahun lalu. “bin” nya itu sama dan nama ini jarang
ada kecuali di kalangan masyarakat Melayu Sabah dan Brunei. Saya tanya
kenalkah Pg Hamzah dengan Awangku Amin kerana kata saya nama indung mereka sama
iaitu Pengiran Simpul. Dia segera
menjawab, itu abang saya. Dia ada di kampung
ini tadi, sambungnya. Pengiran Hamzah
cuba menghubungi tapi Ak Amin sudah pulang ke Benoni Papar. Kalau tidak alangkah seronoknya berjumpa
kawan yang terpisah sejak 1967 itu.
Walau bagaimanapun saya kagum
dengan penyertaan masyarakat kampung Pimping di bawah pimpinan Datuk Haji Mohd
Arifin, wakil rakyat mereka dalam
meraikan kami dan menyertai acara Mahrajan.
Mereka tidak bergajak mengikuti pelbagai acara sehingga tamat jam 11.30
malam.
SALAH SEORANG PEMENANG PERADUAN MENULIS
YB DATO HAJI ARIFFIN BERSAMA PENERIMA ANUGERAH KESENIAN ISLAM NUSANTARA
KELAS TAHFIS AL-QUR'AN KAMPUNG PIMPING MEMBAKUT
UCAPAN DARI PEMIMPIN SETEMPAT
ANAK DAMIT YANG MNYERTAI MAJLIS PAPAT JAMBUL
DAMAINYA KAMPUNG PIMPING MEMBAKUT
Saturday, October 12, 2013
MAJLIS PERKAHWIANAN PUAK BRUNEI: BEBERAPA PENGHAKISAN BUDAYA TRADITIONAL
Kurang lebih 3 bulan yang lalu iaitu pada 27hb Jun 2013 saya
bersama beberapa orang teman dari Asterawani berkunjung ke Labuan atas undangan
Persatuan Penulis Perwila. Saya telah membentangkan sebuah kertaskerja
betajuk Penyelenggaraan Majlis
Perkahwinan Puak Melayu Brunei: Beberapa Hakisan Budaya Traditional dalam majlis seminar yang diadakan selama 3 hari. Ramai yang hadir termasuk dari Semananjung,
Sabah dan Sarawak, juga sebagai pemakalah Kertaskerja dan sebagai peserta biasa seminar. Kertas Kerja saya itu
terkandung dalam 12 muka. Masa yang
diperuntukkan ialah kurang lebih 15 minit.
Tentu saja tidak mencukupi. Maka
saya hanya menyampaikannya secara impromto dengan hanya berpandukan tulisan
dalam Power Point. Baik jua saya berbuat
demikian kalau tidak pembicaraan akan melarat dari tabasan.
| Pengantin di arak ke Majlis Persandingan didahului oleh "bidadari-bidadari" kecil |
| Pada masa ini ramai yang mengadakan Majlis Persandingan di hotel dan dewan-dewan persidangan. |
Monday, October 7, 2013
DAKWAH BERINOVASI
Sudah lama benar saya tidak menulis dalam blog ini kerana digiring
untuk membaca facebook setiap hari dan jua
membaca pesanan-pesanan dalam whatsapps kumpulan-kumpulan yang saya
terlibat. Dulu setiap kali saya buat posting akan menyertakan gambar. Mendownload gambar anipun menyebabkan
saya garing. Tidak secepat saya membaca facebook. Sebab itu saya terlalai membuat pengisian
dalam blog.
Banyak bahan sebenarnya yang saya boleh tulis. Tapi itulah, bila terlalai cerita itu jadi
basi atau bangas. Hari ini saya kuatkan hati untuk menulis.
Minggu lepas saya mengikuti Seminar Dakwah Berinovasi
anjuran Pusat Dakwah Islamiah Brunei yang berlangsung di Jade Room Centre Point Gadong
dari 2hb-3hb Oktober 2013. Sebanyak 7
buah kertas kerja dibentangkan dan satu kertas perdana disampaikan sebaik saja
perasmian disempurnakan oleh YB Menteri Hal Ehwal Ugama. Pembentang termasuk dari Singapura dan Malaysia disamping dari Negara Brunei Darussalam sendiri.
Di akhir Seminar telah menghasilkan 15 resolusi. Pastinya menjadi pandu Pusat Dakwah Islamiah yang menganjurkan Seminar tersebut.
| Kulit buku kertaskerja yang di download dari sesawang KHEU |
| Sebaagian dari peserta Seminar yang diadakan di centre Point Gadong. |
Sunday, February 3, 2013
UMUR SAYA 63 TAHUN
Saya berumur 63 tahun pada 30 Januari yang lalu. Dan
ramai juga manusia lain berumur 63 tahun pada tarikh yang sama. Ada sesuatu
yang signifikan dengan angka 63 tahun ini.
Orang Islam mesti tahu Nabi Muhammad wafat ketika berumur 63 tahun. Jadi bagaimana? Adakah saya memikirkan tentang kematian?
Kematian adalah sesuatu yang pasti. Tentang bila waktunya itu terserah pada Yang
Maha Kuasa. Yang penting orang Islam diingatkan
supaya sentiasa mengingati mati kerana dengan demikian akan terus kuat beramal
bagi mendapatkan bekal yang maksima dalam menuju akhirat. Seolah-olah kematian
akan berlaku esok. Begitupun ini bukan
bermakna soal dunia tidak dipentingkan.
Di kala umur 63 tahun mari imbas kembali apa yang
telah kita lalui. Cuba lihat bandingan
apa yang dicapai oleh Nabi Muhamad SAW. Baginda telah dapat menyebarlan Islam
ke seantero dunia. Jasa baginda adalah
peringkat global. Kita tidakpun sampai
ke sana. Bandingannya tidakpun sampai
setitik air di lautan.
Nah, ketika merayakan hari lahir mari kita imbas
kembali apa yang telah kita lakukan.
Awda bukanlah pemimpin dunia,juga bukan pemimpin ugama. Awda cuma manusia kecil. Kalau begitu bagaimana di peringkat benua ?
Itupun tidak ada yang signifikan untuk awda kenang. Bagaimana pula peringkat serantau? Cuba juga
imbas di peringkat Negara atau peringkat mukim dan kampong. Tentu ada secalit jasa yang awda telah
ukirkan. Sekurang-kurangnya di peringkat
keluarga. Tentu awda telah melalui zaman membesarkan anak, memberi pendidikan
atau menimang cucu. Teruskan merenung
kehidupan.
| Gambar saya di Pantai Berakas ketika rihat dari mengendalikan pengarahan drama Teh Copachino |
Sunday, January 13, 2013
SEMINAR KESEDARAN ASEAN
Saya menghadiri Seminar “program Kesedaran Mengenai ASEAN”
anjuran Persatuan Siswazah Wanita, Negara Brunei Darusalam kemarin 12hb
Jan. Ini langkah baik sebagai respon
kepada persediaan Brunei menjadi Pengerusi ASEAN 2013.
Kata-kata dari ucapan SUT Jabatan Perdana Menteri Haji Mohd
Roselan memberangsangkan. Tiga orang
penceramah juga memberikan input yang berguna.
Mereka ialah Garry Ramlee Dato Haji Ibrahim, Kementerian HEWLN, Pg Haji
Mohd Aslan dari KKBS dan dari Malaysia Miss Tan Lay Ean. Saya tertarik dengan topik ASEAN Charter And
The Roadmap.
| Sebahagian dari peserta seminar dari kalangan persatuan wanita |
| Banyak soalan dikemukakan semasa forum Kesedaran ASEAN |
Kehadiran di seminar itu menimbulkan nostalgia zaman saya terlibat
dalam ASEAN COCI dan menjadi Pengerusi sub Group on Film and TV bagi Negara
Brunei Darussalam semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan dulu.
Monday, January 7, 2013
GELB KICK OFF 2013
| Notis pelancaran GELB Kick Off 2013 |
| Group CEO dari Singapura turun padang ke NBD beri perangsang dan nasihat |
| Belum lagi kumpul jualan sudah ada semangat Korea. Staf GELB menggayakan tarian Gangnam Style |
Saya
menghadiri perjumpaan GELB Kick Off 2013 Syarikat Great Eastern di mana saya
bertugas sebagai Life Planner di syarikat tersebut. Sesi ini ialah untuk melihat kemajuan pada
tahun 2012 yang lalu dan mendedahkan apa
yang patut dibuat untuk tahun 2013 ini. Bagi merangsang perniagaan, beberapa
orang top gun dari Singapura turun
padang dan menyampaikan pelbagai saranan, pandangan dan nasihat. Antaranya ialah Group CEO dan juga Singapore
CEO. Hadiah yang ditawarkan dan bakal
menanti ialah melancong ke Korea disamping pelbagai insentif lain.
Saturday, January 5, 2013
GUNA TENAGA ELEKTRIK
Saya sudahpun diaturkan
menggunakan meter pra bayar menggantikan meter elektrik lama. Sudah dua bulan saya menggunakannya. Bila disemak memang ada penurunan bayaran. Tapi masa ini saya masih berhempas pulas
membayar tunggakan dua ratus ringgit sebulan disamping membeli kad pra bayar. Mungkin selesai dalam tiga tahun ini.
Tunggakan itu adalah kerana ada
sifat “nantitah dulu, esok lusa ku membayar”.
Akhirnya sampai ke hujung bulan tidak terbayar. Lagi satu sebab masa itu tidak ada kemudahan
membayar secara on line. Bayaran harus
dijelaskan di meja pembayaran. Bila
malas pergi ke tempat itu (dengan pelbagai alasan, tidak ada parking dan
sebagainya) maka bayaran tertunggak.
| Notis ini di diletakkan di pintu tandas Universiti Brunei Darussalam. Cara begini mengingatkan tentang penggunaan tenaga elektrik |
Sekarang ini kalau tidak peka
mengenai penggunaan tenaga elektrik, alamat gelaplah rumah.
Thursday, January 3, 2013
TENGUK AIR PADA 1HB JANUARI 2013
Pada 1hb
Januari yang lalu saya tidak mempunyai program khusus. Hari cuti tahun baru 2013 itu elok di isi dan tidak gureng limpang di
rumah. Maka saya ke Empire Hotel and
Country Club. Tengok pecahan ombak. Tenguk orang mandi manda di kolam bernang. Sayang tidak ada pancutan air.
Air sebenarnya mustahak alam
kehidupan, tujuh puluh peratus tubuh
kita terdiri dari air. Jadi mengambil air bersih dan sihat sangat-sangat
disarankan. Air menghantar vitamin dan zat makanan ke seluruh sel
dan organ tubuh. Jika kita kekurangan air, vitamin dan zat makanan, daya tahan
tubuh akan melemah. Air menjaga suhu tubuh khususnya bagi kita yang hidup di
iklim tropika, kurang minum menyebabkan dehidrasi.
Air membantu peredaran oksigen ke seluruh sel tubuh. Jika tubuh kekurangan air,
maka bekalan oksigen terganggu dan kesannya sangat tidak baik bagi kesihatan.
Air membantu tubuh bebas bergerak. Sendi-sendi tulang bahkan otot tidak akan
berfungsi dengan baik jika tidak terdapat peluancar yang dihasilkan air, yang
membantu melenturkan tubuh kita. Air berfungsi membantu membuang racun dalam tubuh
kita yang keluar dalam bentuk air kencing. Air sebagai pengimbang elektrolit
dalam tubuh untuk membantu mengawal tekanan darah. Air membantu memelihara
volume darah dalam tubuh sehingga kita mendapatkan keseimbangan tenaga yang
baik. Dengan cukup minum air proses
pembakaran kalori dalam tubuh akan berjalan secara baik. Air juga membantu
mempercepat proses penyembuhan penyakit.
| TENANG BILA MELIHAT AIR DI RUANG DEPAN HOTEL |
| DEKOR EMPIRE HOTEL KETIKA MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 |
Banyak lagi kegunaan air. Bagi saya melihat desiran ombak yakni air memecah di tepi pantai, air di kolam renang, sudah cukup mentenangkan fikiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)





